Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

10 July, 2018

Ramadhan 30/30 : Ayam Goreng Lemon

sumber copy and paste

HARI KETIGA PULUH : AYAM GORENG LEMON

https://bit.ly/2MYEOvI
Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan
i. 3 sudu minyak zaitun
ii. 6 ketul peha ayam
iii. garam dan lada hitam
iv. 1 biji bawang Holland (dihiris kasar)
v. 2 ulas bawang putih (dicincang)
vi. 6 biji kentang (dihiris halus)
vii. 1 cawan air rebusan ayam
viii. ½ epal cider
ix. 2 sudu perahan lemon
x. beberapa batang rosemary
xi. herba thyme


Bahan perhiasan
i. ½ hirisan keju parmesan
ii. 6 hingga 10 hirisan lemon


Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula menggoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam ke dalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah diasingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.

02 July, 2018

Ramadhan 22/30 : Kari Ayam Nyonya

sumber copy and paste

HARI KEDUA PULUH DUA : KARI AYAM NYONYA

https://bit.ly/2oUT7mp

Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan
i. ayam 1/2 ekor
ii. santan 1 bungkus kecil
iii. bawang merah 6 ulas
iv. bawang putih 4 ulas
v. serai 3 batang hiris
vi. lengkuas 1 inci
vii. halia 1 inci
viii. kunyit hidup 1 inci
ix. buah keras 4 biji
x. cili kering ikut pedas
xi. cili masak 2
xii. serbuk rempah daging 1 sudu besar
xiii. daun limau purut
xiv. daun kari
xv. rempah kari
xiv. kentang 


Cara-cara memasak
1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan rempah.
2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
4. Siap untuk dihidangkan.

27 June, 2018

Ramadhan 17/30 - Ayam Percik Bakar

sumber copy and paste

HARI KETUJUH BELAS : AYAM PERCIK BAKAR

https://bit.ly/2oWkv3K

Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan 
 i. ayam
ii. cili kering (suka pedas lebihkan)
iii. bawang kecik
iv. bawang putih
v. halia
vi. lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar)

vii. serai (titik)
viii. 3 serangkai
ix. santan
x. gula
xi. garam kasar
xii. asam keping


Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar.
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.

22 June, 2018

Ramadhan 12/30 - Ayam Goreng Madu

sumber copy and paste

HARI KEDUA BELAS : AYAM GORENG MADU

https://bit.ly/2MjATUW

Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:

*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.

Bahan-bahan
i. ayam 8 ketul (direbus)
ii. bawang merah 5 biji (dikisar)
iii. bawang putih 6 ulas (dikisar)
iv. halia 1 inci (dikisar)
v. kicap cair 1 sudu besar
vi. kicap pekat 1 sudu besar
vii. sos tiram 1 sudu besar
viii. madu 1 sudu besar
ix. minyak untuk menggoreng.


Cara-cara memasak
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu bersama-sama ayam.
3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam sudah separuh masak.
5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

19 June, 2018

Ramadhan 9/30 - Ayam Masak Halia

sumber copy and paste

HARI KESEMBILAN : AYAM MASAK HALIA

https://bit.ly/2oUEShu

Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan

i.500 gram ayam, potong kecil
ii. 4 ulas bawang putih, hiris nipis
iii. 2 cm halia, dihiris halus memanjang
iv. 1 sudu besar kicap cair
v. 1 sudu besar sos tiram
vi. 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
vii. 1 biji cili merah, hiris nipis
viii. 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
ix. 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
x. minyak masak, untuk goreng ayam
xi. sedikit lada sulah atau lada hitam
xii. sedikit garam dan kunyit
xiii. garam dan gula, secukup rasa


Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.