Posts

Showing posts with the label Parut
P F T @

Bab 3 | Syurga Kecil yang Tuhan Kirimkan

Image
Ilustrasi: dijana AI "Mama hantar lauk kurma daging sikit ni, Sakinah. Hakimi kata anak-anak suka makan kurma daging mama," Che Minah, bekas ibu mertua Sakinah, menghulurkan mangkuk tingkat dengan senyuman yang paling luhur. Sakinah menyambutnya dengan rasa hiba yang sarat. Di pintu grill rumah flat sewanya, dia memandang wajah tua yang pernah menjadi ibu mertuanya itu. Walaupun jodoh Sakinah dengan Hakimi sudah lama terlerai, kasih sayang keluarga itu tidak pernah berkurang walau seinci. "Terima kasih banyak, mama. Susah-susah je. Selalu sangat mama bagi macam-macam pada Sakinah dan anak-anak," ujar Sakinah lembut. Dia membiasakan diri memanggil namanya sendiri, Sakinah. Nama yang membawa maksud ketenangan jiwa. "Apa yang susahnya... mereka tu kan cucu-cucu mama. Oh ya, ni ada kiriman daripada Husna. Dia kata, ni duit lebihan sikit untuk tampung tambang bas dan duit buku Ammar dengan Anisa bulan ni. Gaji Hakimi kecil, jadi Husna kata dia tambah mana y...

Bab 2 | Syukur Itu Bahagia

Image
Ilustrasi: dijana AI Suasana di beranda rumah Pak Danial, petang itu riuh dengan cerita tentang pulangan dana pelaburan kebun durian komersial. Khairul, dengan gaya seorang broker saham yang serba tahu, sedang rancak mengira agihan dividen di atas skrin tabletnya. Di sebelah, Linda, kakak kedua Sakinah yang dipanggil Kak Ngah, sibuk membelek kuku yang baru dibuat, sekali-sekala membetulkan kedudukan beg tangan jenama mewah yang sengaja diletakkan di atas meja. Sakinah hanya duduk di sudut bangku kayu, menjadi pemerhati yang setia. Di tangannya ada secawan kopi yang sudah suam. "Bulan ni untung portfolio pelaburan korporat kita naik sikit, ayah. Kebun durian Linda dengan bahagian Mak Tiri pun saya dah uruskan bahagian bersih. Semua dah masuk akaun," kata Khairul, si perunding kewangan itu penuh bangga. Pak Danial mengangguk-angguk sambil tersenyum lebar, kelihatan sangat bangga dengan anak lelakinya yang seorang itu. Puan Katrina, si mak tiri, tersenyum meleret sambil...

Bab 1 | Selembut Sutera, Setegas Maruah

Image
Ilustrasi: dijana AI Lampu biru berkelip-kelip dari jauh sudah cukup untuk membuatkan suasana di dalam SUV keluarga itu bertukar tegang. Di luar, hujan renyai-renyai mula membasahi lebuh raya menghala ke ibu kota. Di dalam, atmosfera terasa lebih sejuk daripada pendingin hawa yang terpasang. Sakinah Elena membetulkan kedudukan duduknya di kerusi penumpang hadapan. Di sebelahnya, Mastura, sahabat karibnya sedang memandu dengan tenang. Di barisan tempat duduk belakang, ada Pak Danial (ayah Sakinah), Puan Katrina (ibu tiri Sakinah), dan seorang kenalan rapat keluarga yang dipanggil Pak Cik Khalid. Kereta Honda CRV itu sebenarnya milik Kak Long Sakinah, iaitu Hanis, anak sulung dalam keluarga mereka, kakak yang sentiasa mahu memegang kendali. Dia juga ada bersama di tempat duduk belakang. "Aduh, ada roadblock pulak," rungut Puan Katrina dari belakang, nadanya kedengaran rimas. Mastura memperlahankan kenderaan, bersedia untuk berbaris mengikut arahan polis trafik di ha...

Cerpen Kisah Si Bongsu | Aku Belajar Berbahagia

Image
Aku Si Bongsu… kahwin awal. Umur 23 tahun. Di saat rakan-rakanku sibuk bergambar konvo, aku pula sibuk pilih langsir pelamin dan susun barang hantaran. Bukan kerana cinta agung macam dalam drama pukul tujuh malam tu. Bukan pula sebab cinta monyet. Dia adalah cinta pandang pertama aku. Oh ye, aku sarankan korang baca dulu kisah sebelumnya, Cerpen Kisah Si Bongsu | Genggam Aku Kuat-Kuat Ya, aku kahwin…sebab aku nak bebas. Bebas dari belenggu kokongan keluargaku. Bebas dari emosi yang lama terpenjara. Aku fikir dengan perkahwinan itu adalah tiket kemerdekaan jiwa. Aku sangka, dengan bernikah, aku akan tenang…akan selamat dari cengkaman mereka. Ilustrasi AI Tetapi rupanya aku silap. Perkahwinan bukanlah ubat magik yang dapat menyembuhkan luka semalam. Luka lama yang tidak sembuh itu, turut ikut berpindah ke rumah yang baru aku pula. Suami aku... baik orangnya. Baik sungguh. Dia penyabar. Dia penyayang. Kalau aku merajuk tahap ribut taufan, dia tetap jadi pelindung. Aku marah, dia...

Cerpen Kisah Si Bongsu | Genggam Aku Kuat-Kuat

Image
Jadi korang dah baca siri sebelum ini kan… Kisah Si Bongsu - Luka Yang Tak Terucap . Kalau belum, aku syorkan baca dulu sebab ini sambungan dari kisah itu. Nota: cerita ini menyentuh perasaan ingin mengakhiri hidup. Kalau ia terasa berat untuk dibaca, berhenti dahulu dan hubungi seseorang yang kau percayai. Maklumat bantuan ada di hujung cerita. Aku bukanlah sesiapa. Hanya si bongsu yang biasa-biasa, yang lahir dalam keluarga yang nampak sempurna dari luar, tapi penuh luka yang mencarik-carik di dalamnya. Aku pernah senyum di luar, tapi menangis tak henti-henti di dalam kamar mandi. Pernah makan nasi bersulamkan senyuman untuk anak-anak, tapi dalam hati, Allah saja tahu betapa kosong dan kelamnya ruang dalam dada ni. Kadang-kadang… aku rasa nak tamatkan semuanya. Astaghfirullahal’azim . Berat aku nak tulis ni. Tapi aku tahu, aku tak keseorangan. Ramai di antara kita...wanita, ibu, anak, isteri, manusia biasa, yang pernah rasa apa aku rasa. Ya... aku pernah rasa terlal...

Cerpen Kisah Si Bongsu | Luka Yang Tak Terucap

Image
Nota: kisah ini menyentuh luka lama dalam keluarga. Kalau ia terasa berat untuk dibaca, berhenti dahulu dan hubungi seseorang yang kau percayai. Kisah ini bermula dengan seorang anak bongsu… ya, aku lah itu. Si bongsu daripada empat orang adik-beradik. Katanya, Si bongsu ni manja, suka buat perangai, dan juga yang paling disayangi. Tapi hakikatnya? Manja tu kadang hanya nampak pada mata kasar. Dalam hati tak siapa pun tahu badai yang melanda. Bondaku...wanita paling aku cintai di dunia ini. Wajahnya redup, suaranya lembut, namun nasihatnya bisa menikam sampai ke dasar jiwa. Dia selalu pesan, "Solat jangan tinggal, mulut jangan celupar, jangan sesekali jaja cerita orang." Tapi itulah… Si bongsu ini, degilnya aku mengalahkan batu. Kadang-kala rasa aku ni macam campuran batu sungai dengan duri semalu. Pantang ditegur, tapi mudah sangat terasa. Kuatnya merajuk macam kerja part time aku yang tetap gaji dia: kosong. Ayahandaku pula, pendiam tapi tegas. Apabila dia ma...