Misi "Memburu" Harum Manis 2026: Perlis, Kami Datang!

Siapa sangka, berawal dari sembang-sembang semasa Umrah Ramadhan Andalusia 2024, tentang Mangga Harum Manis. Aunty Norlidah offer  kepada rakan-rakan jemaah untuk datang ke kebun dia kat Perlis. Harga di kebun lagi murah dari harga beli di tepi jalan. Betul lah tu.

Akhirnya this year Kak Mawar luangkan masa untuk penuhi misi mengejar mangga paling eksklusif di Malaysia, iaitu Harum Manis. Tersenyum sendirian apabila misi aka janji 2024 ini telah berjaya dilaksanakan pada April 2026! 

Asalnya nak pergi naik ETS sahaja, tapi memandangkan tiket untuk ke sana, cecah RM300 pergi balik, belum lagi kira duit grab untuk ke sana sini then kena mengangkut mangga tu pula naik train ETS.  Better kita drive je laah. Boleh la ajak yang lain join sama, leh sama-sama "tong" sorang sikit. 

Sapa je yang tak nak ikut trip mangga harum manis ni. Tambah plak, RM20 kalau beli kat kebun (tapi bukan gred A lah). Harga pasaran kat luar tu RM25 taw. Paling tinggi RM35, itu maybe gred A. (agak-agak kita lah ye....hik3). Betul ke tidak, ntah..


Rahsia Sebenar Harum Manis, Bukan Sekadar Mangga Taw!

Masa kat kebun hari tu, Aunty Norlidah ada "bisik" satu rahsia besar. Rupa-rupanya Harum Manis ni lain daripada yang lain. Baru Kak Mawar tahu yang buah ni hasil kacuk dengan buah kuini! Patutlah:

  • Rasa: Ada kick masam-masam manis yang seimbang. Taklah manis leting sampai termuak.

  • Tekstur: Isinya pejal, tak lembik macam mangga biasa.

  • Selesa Dimakan: Paling best, isinya tak "lembik" bila dipegang. Senang nak potong dan terus ngap!


Makan Mangga Untuk Awet Muda? Ya, Betul!

Kak Mawar yang kadang-kadang suka buat Intermittent Fasting sangat suka ngan fakta ni. Mangga bukanlah buah favourite tapi kalau harum manis atau Cik Ana, ia bukan saja sedap, tapi ia adalah "skin food" yang semula jadi, haaaa.. gitu:

  1. Booster Kolagen: Kaya dengan Vitamin C yang bantu tegangkan kulit. Sesuai sangat untuk kita yang nak kekal vibrant dan awet muda.

  2. Anti-Oksidan Tinggi: Ada Vitamin A untuk memudahkan sel kulit ni pulih seperti biasa.

  3. Glowing: Makan mangga ni boleh buat kulit nampak lebih bersih dan bermaya dari dalam. Siapa sangka, misi makan-makan pun boleh jadi misi kecantikan, kan?


Sabtu 25/4/2026 - Drama Subuh & Jejak Sejarah

Then, pagi tu, sepatutnya Kak Mawar bertolak dengan Che Ngah, Anas, Hasya, Faridah dari Putrajaya pada jam 6.45 pm mengikut itinerary ysng disediakan seminggu awal. Tapi Allah lebih tahu, kita ni sekadar merancang sahaja, kan! 

Jadi lebih kurang jam 7.30 pagi baru betul-betul bertolak. Namun apa yang yang penting... Nasi Daging Kerutub dan Nasi Dagang Ikan dah siap bungkus oleh Ummie Hasya Tapaw Cafe Desa Pinggiran Putra untuk makan sarapan semasa dalam perjalanan, selain buah tangan keropok ikan dan karipap mini untuk keluarga Husni dan tuan kebun. Adat bertandang... tapi itulah siapa Husni dan Hasya? Treng teng teng. 

Laluan kami Ipoh. Singgah kejap pick-up Husni (dan "pass" keropok ikan terpaling sedap dari Terengganu kiter). Dah menunggu Husni bersiap pula. Ahahaha, drag lagi masa kita. Tak per, Allah lebih tahu, kan! Mak Husni (Kak Cma bekalkan kami karipap panas dan pau. Sedap betul, dia punya tahan lama tu, sampai ke malam, baru abih karipap dan pau tu.)

Then masuk Alor Setar. Disebabkan drag dari awal pagi tadi, kita sampai di Alor Star, jam 1.15 petang, Perut dah mula konsert rock, jadi kami singgah Restoran Sri Pumpong. Ada banyak lauk pauk di sini. 

Masya Allah, masakannya pun sedap, harga pun berbaloi. Memang kita rekemen tempat ni. Toilet bersih, tempat makan pun bersih, servis laju yang amat dan yang paling penting harganya berbaloi. Rasa teruja ngat

Jejak Tun M. Disebabkan masa dah tak sempat, kita skip solat di Masjid Zahir yang gah tu, kami terus ke Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir. 

  • Fakta: Rumah ni adalah sebuah rumah kayu tradisional berbumbung nipah yang dibina sekitar tahun 1900-an.

  • Vibe: Masuk je ke dalam, terus rasa suasana zaman dulu-dulu. Sangat tenang dan penuh memori. Kat sinilah lahirnya seorang tokoh negarawan hebat yang telah mengubah landskap Negara Malaysia.

  • Inspirasi: Tengok rumah yang sederhana ni, buat kita sedar yang kejayaan besar bermula dari langkah yang kecil dan rendah diri.


Walau pun suasana panas terik di luar, tapi apabila masuk ke dalam rumah, rasa sejuk, sedangkan aircond pun tak de, mungkin sebab rumah kayu, pengudaraannya hebat. itu yang rasa nyaman. 

Apabila kami masuk ke ruang dapur, ahaaa.nampak sia (mangkuk tingkat). suis lampu, pelita, sudut simpan pinggan, gelegar dapur, ahaiii terkenang kami pada arwah nenek atau lebih tepat rumah tahun 1980-an yang lalu. Cengginila rumah-rumah di kampung orang dulu-dulu. 

Drama 48 Jam Sebelum Berlepas

Sampai je Perlis, kami terus pick-up Kak Raja dan Kak Ija kat KTM Arau sebelum check-in di Hanana HomestayRehat sekejap, terus kami "shooting" macam model kat:
  • Canal Run & Terowong Kg. Wai: Bergambar sakan sampai 30 minit!

  • Kampung Pelangi (Seberang Ramai): Ini memang tempat healing paling "win". Lorong dia warna-warni, udara petang laut pula sepoi-sepoi bahasa. Datang waktu Golden Hour baru gambar nampak mahal!

Hakikatnya, itu hanya di dalam itinerary. Yang sebenar-benarnya terjadi ..haaa, baca seterusnya.

Dua hari sebelum nak gerak ke Perlis, homestay asal yang Kak Mawar tempah tu tiba-tiba batalkan pesanan sebab dah penuh? Panik weh! Time tu, Kak Mawar punyalah gigih cari rumah yang ada 3 bilik (sebab kami perlukan bilik berasingan demi menjaga batasan mahram; bilik lelaki, bilik perempuan dan bilik kakak-kakak otai).

Disebabkan masa tu ada Perkampungan Sunnah, hampir semua tempat penuh! Dalam keadaan terdesak dan aplikasi Traveloka pun dah kena uninstall, Kak Mawar pun terjebak dengan "tekanan" Agoda.

  • Pilihan Yang Ada: Sebuah rumah kononnya 300m dari pusat bandar Kangar. Gambar dalam iklan nampak cantik (walaupun tak tunjuk gambar bilik).

  • Realiti: Sampai je kat sana... Huarghhh! Rumahnya teruk, tak macam dalam gambar pun, panas nak mati, dan paling sedih... TUALA PUN TAK ADA! 

  • Review Kak Mawar: Sangat TIDAK REKOMEN Hanana Homestay ni. Tuan rumah kurang serius nak buat bisnes homestay, ruang tamu tak ada aircond dan dapur membahang macam dalam sauna. Banyak sudut tak berkemas, berhabuk, berkulapuk dan kotor. Sabar je la!


Sepupu Baik Hati Sangat & Perut Kenyang

Nasib baiklah Kak Mawar ada sepupu yang memang menetap di Perlis. "Tuan tanah" ni sambut kami dengan sangat meriah! Walaupun kami cuma bawa tembikai sebagai buah tangan, beliau sekeluarga balas dengan:

  • Mee Goreng (siap boleh bawa bekal sarapan esok!).

  • Cucur Udang panas-panas.

  • Kuih Raya.

  • Tembikai yang sejuk dan manis (buah tangan kami bawa tur!! kita bawak untuk dia, dihidangkan untuk kita plak.. hik3).

Alhamdulillah, hilang sekejap stres pasal homestay tu. Tapi itulah, masa dah suntuk, dah jam 6 lebih, kami terpaksa batalkan niat nak naik perahu kat Terowong Perang Kampung Wai. Next time lah..


Kampung Warna-Warni -"Menjerut Rasa" di Seberang Ramai

Apa lagi kami bergegas ke Kampung Warna-Warni (Seberang Ramai). Untuk pusing satu kampung, kami sewa 2 motosikal roda 3 dengan Kak Rina.

  • Kos: RM35 satu trip (boleh kongsi-kongsi, jimat!).

  • Durasi: 20 ke 40 minit pusing kampung.

Tengah sedap-sedap meronda, Kak Rina bagi tahu satu fakta yang buat hati kami semua ini pedih bagai dicurah perahan limau nipis atas luka berdarah, "Rumah Johor kat dalam kampung ni sewa RM200 je semalam, rumah besar..." 

Ya Allah... rasa nak luruh jantung! Dah la homestay tadi mahal dan panas, rupa-rupanya ada pilihan yang lagi best. Tapi takpelah, Allah lebih tahu kenapa kita diuji macam tu. Redha je la...

Kak Mawar rasa sangat ralat time tu. Tapi tak per, kita teruskan trip dengan senyuman. Anggaplah "kerugian" kat homestay tu sebagai sedekah atau asbab Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil Kak Mawar. Ini no. telefon Homestay Johor yang dikatakan RM200 untuk rumah 3 bilik dan 2 bilik air. 


Dinner "Grand" di Restoran Ikan Bakar Rohani 2

TIPS PENTING: Kalau korang guna Waze, pastikan taip "Restoran Ikan Bakar Rohani 2". Kalau korang pergi yang Ikan Bakar Rohani 1, ke restoran Seafood Cina di Kuala Perlis, nanti pening pula nak mencari menu halal!

Kami order macam nak makan kenduri-kendara:

  • 2 jag Lemon Asam Boi & 1 jag Air Kosong. (sebab Hasya tak minum air manis)

  • Sotong Celup Tepung & Sotong Bakar.

  • Udang Butter (The Champion!)

  •  Ketam Salted Egg.

  • Ikan Siakap Bakar.

Servis sangat laju walaupun orang ramai. Total kerosakan? Cuma RM39 seorang! Sangat berbaloi dengan rasa yang mantap. Padu! Kak Mawar bajet RM40 tanpa ketam dan udang tau. Kira under budget la. Mantop...

Misi Anak Pokok Mangga Harum Manis @Agrofest
Ahad: Plot Twist & Rezeki Pagi
Sarapan di Ngulang Kopitiam (Layan Vibe!)
Chuping: Rasa Macam Kat Luar Negara!
Misi Utama: Kebun Harum Manis Aunty Norlidah

Tips Pilih Harum Manis 


Sebelum balik tidur, kami singgah ke Agrofest kat Sg Batu Pahat. Kak Mawar ada misi nak cari anak pokok Harum Manis pesanan Ayahanda. Tapi sayang, kami sampai jam 10:45 malam, kebanyakan gerai dah mula berkemas. Tak ada rezeki Ayahanda kali ni, maaf ya!

Kami balik ke homestay dengan badan yang letih gila. Sampai je depan pintu, nampak ada kain tuala diletakkan di situ. Syukurlah, akhirnya dapat juga mandi dengan tenang sebelum tidur dalam bilik yang berasap (sebab luar bilik panas sangat!).

Siap, kita nak call Rumah Johor tu, untuk dapatkan kepastian, betul ke RM200 untuk satu rumah. Ahahaaha, malam tu, kami tidur atas lantai, jubin lantai tu pun panas, walaupun bilik pasang aircond. 

Pagi Ahad kami bermula dengan kejutan. Tengah sedap bersiap, pintu bilik diketuk. Rupa-rupanya rakan sepejabat dari cawangan Perlis datang ziarah kat homestay! Bukan tangan kosong ya, Kak Ina datang hantarkan Pulut Kukus untuk dimakan di kebun mangga nanti. Pulut tu kami dah tempah awal-awal lagi. Mekasih Kak Ina mai jenguk kami di sini!

Disebabkan tuan kebun (Aunty Norlidah) minta kami datang jam 11:30 pagi, maka bermulalah misi "merayap" sementara menunggu waktu.

Kami singgah sarapan di Ngulang Kopitiam. Kalau tanya pasal vibe, memang 10/10! Tapi kalau bab rasa... hmm, Melati cakap jujur la ya, rasa dia "biasa-biasa" saja. Kami order:

  • Pulut Ikan Masin (Klasik Perlis!)

  • Kopi Larat & Teh Tarik (Tapi tehnya tak nampak gaya kena tarik pun, hik3).

  • Nasi Lemak & Cucur Jagung.

  • Roti Telur Gedix.

Berita paling gembira? Si Faridah belanja semua sekali! Alhamdulillah, jimat poket kita. Bak kata orang, "Bajet Ketat" pun boleh kenyang kalau ada kawan sepemurah si Faridah ni!

Disebabkan terlalu lama sangat menunggu di kopitiam, kami bergegas ke Ladang Kenaf, Chuping. Masya-Allah, tu diaaaa... pemandangan kat sini memang nun saujana mata memandang. Cantik sangat. Rasa nak guling-guling macam teletubbies tu. ahaahhahaa.

Apa lagi kami bergambar sakan dengan bunga Kenaf dan bunga lalang. Serius, kalau tengok gambar, orang tak percaya ni kat Perlis. Nampak macam kita tengah shooting filem kat tempat asing yang sangat estetik!

Jam 11:30 pagi, kami sampai di destinasi keramat. Keadaan agak "kelam-kabut" (tapi meriah!). Aunty Norlidah tengah sibuk packing buah. Kak Raja dengan Kak Ija apa lagi, terus turun padang menolong.

Kak Mawar dengan yang lain buat apa? Kami tolong tengok je la dari jauh. Takut juga kalau sibuk-sibuk nak menolong "otai", nanti kena marah pula sebab kacau flow kerja mereka. Kita jadi penonton setia pun dah cukup kan? Hik3.

  • Misi Packing: Bayangkan kami "borong" 44kg mangga! Ada lagi yang pesan last-last minute, tapi Aunty Norlidah dah tak terima dah. 

  • Agihan: Mawar sendiri rembat 4kg, Kak Raja juara bertahan dengan 15kg! So, semua mangga dalam kotak disusun elok dalam kereta, kesian la plak nak bagi Kak Raja dan Kak Ija jinjing mangga dan beg. Tolong menolong tu kan...budaya kita. 

Sambil memerhati, Kak Mawar sempat kumpul info macam mana nak pilih mangga yang paling "mantap" dan manis untuk artikel ni:

  1. Bau di Pangkal: Cium bahagian tangkai. Kalau ada bau manis yang kuat dan harum, itu tandanya buah dah masak sempurna.

  2. Kulit Berdebu: Jangan cari yang berkilat sangat. Mangga yang ada lapisan "lilin" atau debu putih nipis biasanya lebih segar dari ladang.

  3. Tangkai Tenggelam: Cari buah yang bahagian pangkal tangkainya sedikit tenggelam ke dalam (nampak montok).

  4. Sentuhan: Harum Manis tak patut rasa lembik. Ia kena rasa pejal tapi ada sedikit give bila ditekan lembut. Isinya yang padat dan tak licin tu lah rahsia kenikmatannya!

Pit-Stop Terakhir: Misi "Betulkan Urat" di Alor Setar

Dilema Perut vs Drama Highway

Sebelum betul-betul keluar dari zon utara, kami singgah sekejap di Taman PKNK Alor Setar. Misinya? Menghantar si Faridah "servis" badan dengan Abang Fauzi, Pakar Urut Saraf.

Ikutkan hati, kami semua pun dah rasa macam robot karat, nak juga mengurut! Tapi apa kan daya, rezeki hanya pada Faridah sorang sebab slot Abang Fauzi memang sentiasa penuh. Nasib baiklah Anas dan Che Ngah sempat juga dapat sentuhan urutan saraf, manakala Husni, Anas, dan Che Ngah sempat buat terapi resdung. Kami yang lain? Gigit jari je la tengok sambil bayangkan urat saraf masing-masing kembali ke tempat asal!

Perancangan asal nak makan tengahari di Alor Setar, tapi "anxiety" tengok Waze punya pasal, kami teruskan perjalanan. Takut punya pasal kalau tersangkut dalam jem yang boleh buat kami sampai Putrajaya waktu subuh!

Akhirnya, kami berhenti di R&R Juru. Keputusannya tepat! Kami pekena Nasi Sup Utara (RM12). Pergh... dia punya penangan memang padu amat! Hirup je kuah dia, terus terang mata masing-masing. Hilang segala rasa mengantuk dan letih. Memang recommended untuk pengembara bajet macam kita!

Singgah Chemor: Karipap, Kuih Boom & Kasih Sayang

Perjalanan diteruskan ke Chemor, Ipoh untuk menghantar pulang si Husni. Sekali lagi, Kak Cma buat kami terharu. Kami dibekalkan dengan "harta karun":

  • Karipap & Kuih Boom (ini kegemaran Kak Mawar! Macam tahu-tahu je Kak Cma ni, kan).

  • Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis (Krup krap krup krap, sedap tak boleh bawa bincang weh!).

Kami sempat berhenti solat Isyak di Masjid Cina Ipoh. Senibina masjid ini memang cantik, tenang sangat hati dapat sujud di situ sebelum menempuh baki perjalanan ke selatan. Kak Mawar pernah ziarah masjid ini pada tahun 2020. 


Setelah menghantar Hasya, kotak-kotak mangga Kak Raja dan Kak Ija, serta si Faridah ke destinasi masing-masing, selesailah misi kami. Penat? Memang penat. Tapi bila tengok semua orang tersenyum puas, rasa berbaloi sangat segala peluh dan drama homestay kuap tu!


Misi Selesai: 3 Generasi, Satu Hati!

Bagi Kak Mawar yang sedang berada dalam Fasa Pemulihan Kewangan, trip ini adalah satu bukti bahawa kebahagiaan itu tidak semestinya mahal. Dengan bajet "Pejuang" sekitar RM170 seorang (tak termasuk tabung borong mangga, hik3!),  akhirnya berjaya mencipta memori yang nilainya jauh lebih besar daripada angka tersebut. Best..

Kembara "Pejuang": Nilai Ukhuwah Yang Tak Terbeli

Apa yang tinggal sekarang bukan sekadar stok Harum Manis yang dah habis berbagi-bagi, tapi hati yang kembali tenang dan ukhuwah yang semakin kental.


Keajaiban 3 Generasi: Satu Hati, Satu Misi

Sesuatu yang paling menyentuh sudut hati Kak Mawar sepanjang menulis nukilan ini adalah dengan melihat gabungan indah tiga generasi ni:

  • Gen Baby Boomers: Kumpulan yang paling sporting! Semangat mereka luar biasa, pantang nampak kamera terus posing sakan. Kami yang Gen X ni hanya mampu tumpang sekaki mengejar aura positif mereka.

  • Gen X: Sebagai "tulang belakang", pasti-pastilah menjadi pendengar, penyokong dan pengurus keadaan supaya semuanya berjalan lancar.

  • Gen Z: Penyeri suasana yang penuh kreativiti. Terima kasih kerana menjadi "mata" kami... mencari angle terbaik dan mencantikkan setiap sudut gambar sampai kami semua nampak vogue dan bermaya gitew!

Walaupun jurang usia kami berbeza, namun di sepanjang perjalanan, kami hanyalah sekumpulan hamba Allah yang ingin berkongsi kegembiraan.


Satu Janji Yang Dah Tertunai

Syukur ya Allah, janji telah tertunai. Walaupun letihnya masih terasa, namun kepuasan yang menyelinap dalam jiwa sukar digambarkan dengan kata-kata. Saat jemari ini menaip bait terakhir, jujur Kak Mawar katakan... hati ini sudah mula rindu. 

Rindu pada tawanya, rindu pada bahang panasnya dan rindu pada setiap saat kita saling menjaga.

Sampai jumpa lagi di "track" Memori seterusnya!

Comments