KOG Border Ride Pak Bara Satun 2017

22 Disember 2017   |   Jumaat
Putrajaya - Wang Kelian

Setelah abih bekerja, kita berkejar nak selesaikan apa yang patut sebelum bergerak untuk rv di Tol Sg. Buaya bagi mengikuti trip Kawasaki Owner Group (KOG) Border Ride ke Pak Bara, Satun. Kita tiba di tempat rv pada jam 11.05 malam, hari tu jalan raya jem teruk sempena cuti krismas. Dalam jam 11.30 malam, kita pun bergerak menghala ke Utara tanahair untuk berkumpul semula di Masjid Changlun, Sintok, Kedah.


Jalan memang jem sesangat dan hujan renyai-renyai. Setiap hentian dan RNR, penuh dengan kenderaan dan orang begitu ramai. Kita teruskan perjalanan lagi sehinggalah jam 5.00 pagi kita pun tiba di Masjid Changlun. Opss, lupa kita nak bagitau, actually kita ni tumpang "support car".

23 Disember 2017   |   Sabtu
Wang Kelian - Satun

Setelah selesai solat subuh, hujan turun selebat-lebatnya. Rakan-rakan bikers nak tak nak terpaksa meredah jua hujan yang lebat untuk bersarapan pagi di restoran mamak di Pekan Changlun.


Memang basah kuyup depa-depa ni. Alahai... Aha, lupa lagi kita nak bagi tau, ride ini melibatkan 55 buah motosikal dari 250cc hingga 1400cc. Ada macam-macam jenis dan kategori. Ada GTR, Z1000, Z900, Z800, Z6, Versys, ER6, Z300, Z250, Ninja dan yang paling best, tetiba ada terselit sebuah Ducati.


Selepas bersarapan, kita bergegas ke border Wang Kelian untuk urusan imigresen Malaysia-Thai. Hujan berterusan sehinggalah selesai urusan. Dalam pada menunggu rakan-rakan bikers selesai, sempat jugaklah kita membeli makanan thai dan merasa teh dan coklat panas di gerai Wang Kelian.


Dan yang paling best, kita dapat grab sehelai selimut yang penah kita usha-usha di Betong, tapi harganya terlalu mahal, akhirnya kita dapat harga yang jauh lebih murah di Wang Kelian. Apa lagi, setakat RM10. Apa laa sangat... Alhamdulillah, ada jugak kenangannya.



Then, setelah semuanya selesai, kita pun bergerak menghala ke dataran Pak Bara yang ada ikon Satun tu. Kalau di Betong, ikonnya Giant Chicky (ayam). Songkhla pula si half nude Mermaid dan si Garang Naga tetapi di Pak Bara, Satun, ikonnya adalah si ikan todak. First time pandang, alamak, da macam kat Sabah dah... 

Bergambar sakan laa depa depan ikan todak tu dengan macam-macam gaya. Depa ni best, sebab sporting sesangat kalu bab bergambar. Walaupun kepenatan dan keletihan, berhujan dan tak cukup tido dan rehat, tetapi kalau bab bergambar, dan dan tu jugak jadi hyperactive. huahahahaha.. Tambah-tambah geng-geng KLG. Terbaik.


Bergambar sudah, kami pun bergerak menghala ke Lake Terrace Resort yang amat amat cantik dan alahai menenangkan. Layanan  staf hotel yang amat mesra dan warm welcoming serta suasananya walahai amat menggamit kalbu. 

Nampak macam eksklusif sangat kan, sebenarnya hotel ni, biliknya dibuka dengan dengan harga 100TB onwards. Tak de laa mahal sangat macam harga hotel kat Malaysia, kan kan kan.

Gambar ehsan : peserta KOG Border Ride Pak Bara Satun 2017
Actually, ada banyak jenis bilik di sini. Ada yang mengadap kolam biru, ada jugak yang connecting room dan ada yang jenis apartment. Bilik kita dari jenis apartment yng berada di atas bukit yang sah sah mengadap pantai Pak Bara. 

Wow, very very nice view. Dalam banyak-banyak hotel yang kita pernah menginap sebelum ini, hotel ni paling paling marbelous. Kalah hotel Promenade, Kota Kinabalu dan The Zenith, Kuantan, dik non oi...

Hotel ini juga ada menyediakan Milo 3IN1, hair dryer, international power adapter dan iron. Selain itu, ada tiang sangkut baju, tuala mandi dan tuala kecil yang berbungkus di dalam plastik, sejadah, plug suis yang banyak. Channel tv pula banyak-banyak-banyak sangat sampai tak tau nak pilih dan tengok yang mana satu. 

Bilik kita menginap tu, besar dan luas, rasanya muat dalam 5 orang pun boleh, siap ada balkoni lagi... Memang rekemended sesangat. 9/10 bintang kita kasi taw. Eh, apa lagi, jomlah mandi dan tido dengan sepuas-puasnya... Bateri handphone, powerbank pun da kita caj.. kita pun nak recharge jugak.


Jam 4.30 petang, kita terjaga. Teringat yang hari Sabtu, ada pasar malam di dataran Pak Bara. Jadinya, dalam jam 5.00 petang, kita polow Kak Mimie dan suami ke sana untuk beli makan-makan. Perut kita lapar giler kot, pagi tadi hanya alas perut dengan roti canai bawang jer.


Sesampai di sana, perghhhh.. macam-macam ada. Yang best tentang Thai ni, bukan sahaja makanannya sedap dan murah, tapi cara persembahan makanan depa2 ni memang fantastic. Menyebabkan kita rasa macam makanan tu rare dan best sangat. 

Betapa kreatifnya depa2 ni. Satu lagi, depa2 ini boleh dikatakan pembersih. Jauh bezalah dengan Malaysia. Orang Malaysia patut tiru cara depa2 ni. Kita hari tu, beli sate ayam yang juicy, kerabu maggi seafood yang banyak sangat sayurnya, telur puyuh mata kubau, aiskrim kelapa, dan yang paling rare, siput laut lah; daaaann tak lain tak bukan, sure pasti mesti takkan kita tinggal, pulut mangga wajib beli. 

Tau-tau jelah perut tengah lapar kan, semua benda rasa nak makan. Jadinya. kita tak ronda sampai abih. Kalu ronda, sah sah laa, membeli sampai tak cukup tangan nak membimbit kot. Huwahahahahaha



Perut sudah kenyang, apalagi jom lah kita balik. Kan ada diner plak malam ni jam 8.00. Diner malam tu, semua bikers nak atau tak nak wajib pakai baju yang direka khas untuk event border ride ini. Dan malam tu jugak, ada banyak sangat cabutan bertuah dan grand prizenya, helmet HJC yang bernilai RM2200.

Untuk cabutan bertuah pun ramai jugak yang sponsornya terdiri kalangan peserta sendiri. Ada yang sponsor minyak rantai, penjimat minyak dan macam-macam lagi la awaknya. Event uols ada macam ni daks? hik3.


Malam, malam tu jugak, Kawasaki ada edarkan kalendar dan mengumumkan 3 buah model baru motosikal kawasaki iaitu jeng, jeng, jeng....hik3, aish mana boleh bagi tau. Belum official lagi. Masa dengar tu memang wow, wow, wow! Memang memang menarik sesangat tapi kita tak leh nak beli pun.. just terkelip kelip, berangan dan bermimpi je laaah.



Selain itu, organizer juga ada edarkan frame gambar yang depa-depa tu bergambar petang tadi di hadapan ikon ikan todak tu. Bukan main laju bebenar,  organizer ni wat kerja ye, awaknya.

Dalam majlis tersebut juga, ada disampaikan juga beberapa plat penghargaan kepada rakan-rakan organizer yang bersusah payah bagi menjayakan event ini dan yang sebelum-sebelum ni. Actually, ini adalah event kelima yang diuruskan oleh KOG.


Buff penutup kepala jugak ada diberikan kepada rakan-rakan marshall dan rakan-rakan bikers sebagai tanda penghargaan kerana tidak pernah tidak follow ride yang dianjurkan oleh KOG. Dan yang paling kita tak sangka, di dalam border ride ni, ada rakan-rakan dari Singapura selain Ducati Rider yang tak pernah miss ride dengan KOG Border Ride.

Agaksnya apalah istimewa sesangat event depa ni, sehingga rakan-rakan bikers sanggup berkorban apa saja untuk join. Opss lupa lagi... selesai sesi penghargaan, buff penutup kepala ni dijual dengan harga RM20 untuk 20 orang peserta yang terawal. Kita nak jugak, tapi kita bukan de motot pun. Jadinya, terkelip-kelip le lagi...


Selepas makan-makan, apa lagi, macam biasalah depa pun mula karok (karaoke) ler... tapi kita, balik lena, konon nak kumpul tenaga untuk keesokkan harinya pula. Lagi syiiiok...



24 Disember 2017   |   Ahad
Satun - Dannok

Hari seterusnya, pada jam 8.30 pagi, kami semua berkumpul untuk briefing sebelum ride. Semasa sesi briefing, ada sedikit sumbangan yang terkumpul sejak malam tadi sehingga pagi ini sejumlah lebih kurang RM1500 + duit Baht telah pun disumbangkan kepada salah seorang ahli KLG yang mana beliau bertarung nyawa untuk survive dari kanser lymphoma yang dideritai sejak bertahun-tahun yang lalu.


Kak Lynn seorang wanita yang berjiwa kental dan senyuman manisnya tidak pernah lekang dari bibir  mungilnya, ini adalah seorang penunggang ER6 berjiwa adventoures. Berada di sisi beliau, terasa aura positifnya. Kemana je beliau pergi, pasti mesti akan ditemani oleh si suami Versys Oren yang tabah dan setia menemani.

Apa-apa pun, terima kasih kepada semua penderma yang bermurah hati. Alhamdullillah, semoga rezeki awak-awak semua melimpah ruah dan awak-awak semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.



Briefing sudah.. jomlah kita bergambar beramai-ramai. Then, bolehlah bergerak menghala ke Hotel Siam Thana, Dannok yang jaraknya lebih kurang 170km. 




Pada jam 2.00 petang, konvoi selamat sampai di Siam Thana, Dannok setelah dengan jayanya berhenti makan durian di tepi jalan menghala ke Dannok. Dah sampai Dannok, kita apa lagi, amik kesempatan untuk mencari kasut boot dan legging untuk next trip ke pendalaman Laos.

Tapi kan, mata kita terpaut pada menda lain pulak. Dah kita terambil jeans koyak dan beberapa pakaian dalam wanita yang kat sana, memang murah-murah dan auchh sexy nya. Auuummm!!!...


Selepas tu, kita pergi ke Linda Hair Salon yang direkemenkan oleh rakan-rakan Kawasaki Lady Bikers (KLG). Hari itu, memang ramai kawan-kawan serbu tempat tu untuk :
  • Facial 45 minit - 300B
  • Massage 1 jam - 300B
  • Massage kaki 1 jam - 300B
  • Pedicure + Manicure - 200B
  • Salon rambut - 200B 
Apa apa pun, memang best sesangat. On the way balik hotel, kita singgah beli somtam yang super kick ass pedas dan kerabu seafood, selain pulut ayam, mangga dan buah naga. Tapikan, disebabkan keletihan, kita terlupa nak makan semua-semua tu. huhuhuh. Last-last keesokan paginya, baru dapat merasa keenakannya walaupun rasanya "da kurang" da.



25 Disember 2017   |   Isnin
Dannok - Putrajaya

Hari ini adalah hari perayaan krismas. Malam tadi, di Pekan Dannok berdentum dentam bunyi tembakan dan percikan bunga api. Tapi kita tak de la beria sangat nak tengok. Sebab kita da lena diulit intan.


Pagi ini, selepas bersarapan di hotel, kita pun bergegas ke imigresen Thai - Malaysia bagi urusan keluar. Selesai urusan, kita pun bergerak ke Petronas Bukit Kayu Hitam untuk berkumpul semula dengan rakan-rakan bikers.


Pada jam 3.00 petang, kita selamat sampai ke Tol Sungai Buaya dan menantikan dengan sabar konvoi tiba untuk salam perpisahan. Harap-harapnya ride akan datang, kita dapat join trip macam ni lagi. Dan seterusnya, apalagi kita pulanglah ke Putrajaya dengan senyum yang maha puas ati dan "home sweet home" pada jam 5.00 petang. Syukur ya Allah, selamat sampai dah.

*** Kesimpulan

 Alhamdullillah... Trip ini adalah trip yang terbaik dalam sejarah 2017. Trip konvoi yang paling best kita ikut. Dan yang syoknya, kita diberi peluang untuk mengambil gambar konvoi dengan diiringi oleh marshal-marshal yang jadi idola ramai dan para organizer yang terbaik.

Selain itu, gambar-gambar kita juga diberi peluang untuk dipilih muncul di majalah Roadstar. Harap-harapnya adalah sekeping dua, ye. Maklum kita bukannya profesional. Mengambil gambar motosikal dan semasa ride itu hanya hobi je. Belum lagi menjadi kerjaya. By the way, memang seronok dan happening sangat.


Selain tu kan, kita dapat kenal ramai rakan bikers, menginap di bilik yang best, marbelous dan rasa semacam istimewa sangat, dapat makan makanan yang pelik, rare dan sedap semasa di Pak Bara dan yang paling best-best-best, rakan-rakan KLG kita yang sporting dan happening abih.

Gambar ehsan : peserta KOG Border Ride Pak Bara Satun 2017
Apa apa pun, uols memang best, iols likeeeee sangat taw.  Orait, itu je kita nak kisahkan kali ini. Nak tengok pix dan video lagi, boleh layari Page Facebook Canon Rider  dan  Canon Rider Channel
Canon Rider was here... #spreadlove #cyunxsamakamu


Post a Comment

0 Comments