Songkran

Assalamualaikum, Kak Mawar di sini. 

Dulu Kak Mawar ingat Songkran ni cuma festival budak-budak muda yang adrenaline rush main pistol air kat jalanan di Patong Beach, Hatyai, Bangkok, Chiang Mai atau di mana-mana sahaja di Thailand. I mean, it looks super fun and happening, a massive water war party, right? Dengan muzik dance yang kuat dan lautan manusia yang basah lencun dari pagi sampai ke malam. 

Tapi rupanya, bila Kak Mawar gali lebih dalam, festival ni bukan calang-calang pesta. Ia adalah perayaan yang memegang makna yang sangat deep, syahdu dan spiritual bagi penganut agama Buddha. It’s about a spiritual rebirth, a fresh start and shedding the old year's burdens, guys!


Info Negara Gajah Putih

Sebelum kita melompat terus ke dalam kolam air Songkran, jom kita kenal sikit dengan "tuan rumah" kita, Thailand. Sebuah negara yang kaya dengan budaya dan sejarah yang mendalam.

Thailand ni bukan negara kecil-kecil yang boleh dipandang sebelah mata tau! Dengan keluasan geografi mencecah 513,120 km persegi, ia menduduki kedudukan ke-50 negara terbesar di dunia. Strategik betul kat tengah-tengah rantau Asia Tenggara. Malaysia pula ranking ke-66.

Mereka mempunyai populasi mencecah 65 juta orang (dengan anggaran terkini menghampiri 70 juta!). Bayangkan betapa meriahnya, betapa chaosnya, tapi dalam masa sama betapa bersatunya bila 65 juta orang ni menyambut Tahun Baru Tradisional mereka serentak! Seluruh negara 'dicuci' dalam festival yang sama.

Kalau korang plan nak melancong ke sana, jangan lupa:

  • Mata Wang: Sediakan duit Baht (THB) siap-siap.

  • Bahasa: Bahasa rasmi adalah Thai (Tha) iaitu sebuah bahasa tonal yang unik ada 5 tone (melodic) yang mana satu perkataan jika disebut dengan nada berlainan membawa maksud yang berbeza.

Ibu Kota: Bangkok (Krung Thep Maha Nakhon) yang sentiasa jammed dengan tuk-tuk dan pasar malam, tapi bila tiba Songkran, semua orang bersatu hati di bawah simbahan air.


Bangkok tu turut dikenali as Krung Thep Maha Nakhon ke?

Ya, betul... tepat sekali! Sejak awal tahun 2022 hari tu, pejabat diraja Thailand dah umumkan yang nama rasmi ibu kota mereka ditukar daripada "Bangkok" kepada Krung Thep Maha Nakhon.

Tapi jangan risau, nama "Bangkok" tu masih lagi diiktiraf dan boleh guna (biasanya diletakkan dalam kurungan). Cuma kalau dalam urusan rasmi kerajaan mereka, nama panjang tu yang diutamakan.

Tapi nak tahu fun fact tak? Nama yang disebut tu sebenarnya "singkatan" saja. Nama penuh Bangkok ni adalah nama tempat yang paling panjang di dunia mengikut Guinness World Records!

Nak tengok tak betapa panjangnya? Jangan cuba hafal ya, nanti otak korang jammed terus! Haahahhaha...

"Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit."

Maksud dia punyalah puitis, tak lain tak bukan tentang kota malaikat, kota agung, tempat bersemayamnya tuhan-tuhan... ermmm...ye lah!


Sejarah & Simbolik Air

Perkataan "Songkran" ni sebenarnya datang daripada bahasa Sanskrit, Sankranti. Maksudnya? Perpindahan, perubahan atau kemasukan. Secara astrologinya, ia tanda matahari beralih ke fasa baru dalam kalendar Hindu-Buddha. Jadi, untuk kawan-kawan kita kat sana, ini adalah Tahun Baru Tradisional mereka, kebiasaannya disambut dari 13 hingga 15 April.

Kenapa kena main air? Ini inti pati Songkran:

  • Penyucian Spiritual: Air tu simbol penyucian utama. Simbahan air melambangkan segala nasib malang, dosa, atau "kekotoran" emosi antaranya segala benda negatif, rasa sedih atau aura tak best yang disimpan dalam hati sepanjang tahun lepas dihanyutkan pergi. It’s like hitting a massive, collective spiritual reset button.

  • Memandikan Patung Buddha (Song Nam Phra): Air wangian disiram ke atas patung Buddha dengan penuh kehalusan sebagai tanda hormat kepada ajaran-Nya dan memohon rahmat.

  • Simbol Kemakmuran: Ia juga simbolik permintaan kepada tuhan untuk hujan yang baik bagi pertanian dan kesejukan jiwa (yen).


Tradisi Abadi Menyelami Maksud Tersirat 'Rod Nam Dum Hua'

Di sebalik 'perang air' yang riuh rendah tu, terletak ritual yang paling syahdu iaitu Rod Nam Dum Hua
  • Rod Nam: Bermaksud "menuang air".

  • Dum Hua: Istilah lama bermaksud "membasuh rambut" (simbolik memohon maaf dan restu).


Upacara ini adalah
Hari Berbakti. Yang muda akan berlutut di hadapan orang tua atau guru. Sambil menuang air wangian bunga (jasmin dan mawar) ke atas tapak tangan si tua, mereka akan memohon maaf atas segala kesilapan setahun yang lalu. 

Si tua pula akan meletakkan tangan di atas kepala yang muda untuk memberikan doa, restu dan nasihat yang berharga. Respect is non-negotiable! Ia adalah jambatan yang menghubungkan generasi dengan kasih sayang.

Rain Rave@Bukit Bintang vs Songkran Tradisional

Baru-baru ni kecoh pasal Rain Rave International Music Festival kat Bukit Bintang, kan? Kalau kita bandingkan dengan Songkran, ada perbezaan ketara yang mengundang kontroversi:

  • Sensitiviti Agama & Budaya (The Big Conflict): Ramai tokoh agama dan NGO membantah keras kerana ia dilihat mempromosikan budaya hedonisme (hiburan melampau) yang tak selari dengan nilai ketimuran. Pesta air campur lelaki perempuan dengan muzik 'rave' kat kawasan terbuka macam Bukit Bintang dianggap tidak sensitif terhadap norma masyarakat kita.


  • Krisis Air & Kelestarian (Global Crisis): Ini yang paling ironik. Dunia sekarang tengah bergelut dengan Climate Change dan Water Scarcity. Di saat ada negeri kat Malaysia hadapi gangguan air, festival yang membazirkan beribu liter air bersih untuk hiburan dilihat sebagai tindakan "pekak badak" terhadap krisis alam sekitar.


  • Ekonomi vs Kos Sosial: Memang betul ia tarik pelancong dan buat ekonomi Bukit Bintang "meletup". Tapi, adakah untung itu berbaloi dengan kesesakan lalu lintas yang melumpuhkan KL, sampah-sarap dan risiko keselamatan? Untung pada peniaga besar, tapi rakyat marhaen yang tanggung kos sosialnya.


Tip 'Survival' Cantik dan Sihat Semasa Festival 

Walaupun festival dah lepas, tapi cuaca Malaysia tetap panas. Tolong dengar tips dariKak Mawar ni:

  • Kulit Kombinasi Jangan Buat Main: Bagi kulitjenis kombinasi? Oily kat T-zone, kering kat pipi macam Kak Mawar ni, jika terkena air klorin lama-lama dan berjemur di bawah matahari terik, akan buat kulit jadi breakout! Wajib pakai SPF 50 water-resistant dan sapu semula setiap 2 jam.


  • Hydration is Key: Jangan asyik layan air manis! Dehidrasi akan buat metabolisme drop mendadak. Keep sipping your water untuk flush toksin dan bantu pembakaran kalori.


  • Sauna Time (Detoks): Balik dari aktiviti penat, masuk sauna kejap. Bagi liang roma terbuka dan buang segala toksin di bawah kulit. Self-care adalah ubat stres paling mujarab!


Penutup

Setiap budaya ada kecantikan dan pengajaran tersendiri. Songkran mengajar kita bahawa setiap tahun, kita berhak dapat peluang kedua untuk wipe the slate clean dan jadi lebih baik. Out with the old, in with the new vibes!

Korang macam mana pula? Ada tak memori kena simbah air masa travel kat Thailand? Atau korang jenis yang duduk rumah sorok jauh-jauh dari pistol air? la kat ruangan komen bawah ni, Kak Mawar nak baca!


Tak minat Pesta Songkran
Mawar Safiya | Putrajaya

Comments