Hai, uols!... Kali ini, kita nak share satu tempat makan yang unik dan best giler sebab setakat ni kita belum masuk lagi restoran macam ni kat mana-mana tempat.
Nak tau kat mana? Sah-sah lah kat Shell Out @Ayers8, Putrajaya. Tak rugi meluangkan masa makan-makan kat sini. Masakannya pun sedap, layanan pun best, view pun best, dan yang paling best, its rare!
24hb Februari 2018
Shell Out Seafood Restaurant,
Ayers 8, Presint 8,
Putrajaya
Hari itu, kita ke sini untuk temankan si PA kita ni, Muacha ni makan-makan. Kali ini, dia mengidamkan nak makan Shell Out Putrajaya. Kita pula #firsttime kat sini, walaupun restoran ni dah dibuka dah hampir setahun dah kat @Ayers8 ni.
Untuk hari tu, kita order satu set untuk makan berdua. Ingatkan sikit ja... rupanya, hah, hambik! Kami makan berdua pun tak abih. Banyak kot.
Opss, lupa pulak kita nak bagitau. Actually, untuk ke sini, boleh je akses dengan bas Nadiputra L02 atau L03, tak pun dengan berkereta. Bas perantara ini boleh dinaiki di Putrajaya Sentral. Parking kereta dan motorsikal pun banyak di sini. Tetapi kalau untuk parking di hadapan restoran Shellout tu, memang payah la skit. Sebab kat situ, parking nya amat-amatlah terhad.
But, itu small matter jer, kan. Yang penting makan best, view best, servis pun best. Laju, cepat, pantas dan tepat. Walaupun kebanyakkan staff nya bukan warga kita, tapi diorang memang berdedikasi dengan kerja-kerja diorang. Terbaik!
Ahaks, restoran ini dibuka setiap hari, bermula jam 11.30 pagi hingga 10.00 malam. Tapi last order pada jam 9.15 malam, kalau orang dah terlalu ramai sangatlah...
Ahaks, restoran ini dibuka setiap hari, bermula jam 11.30 pagi hingga 10.00 malam. Tapi last order pada jam 9.15 malam, kalau orang dah terlalu ramai sangatlah...
Kalau uols datang pada waktu petang, fuh, view nya memang owsemmm! Boleh layan sunset. Bayangkan dengan pemandangannya yang mengadap tasik, kat situ ada masjid besi Tuanku Mizan Zainal Abidin dan ada pula jambatan Seri Saujana yang menghubungkan Presint 4 dengan Presint 9. Uols wajib datang sini tau. Best ter!
Laluan untuk ke Shell Out Putrajaya |
Lepas makan, bolehlah memain kat sini sambil layan angin petang. Ohsem! |
New Sauce! Marbelousss...sedap sampai menjilat jari kot |
Unik! Dinding, meja, kerusi, siling, memang tak terkecuali kena conteng.hik3 |
Dan yang bestnya lagi, kebetulan waktu kami sampai tu, pelanggannya baru dua orang... makanya, kita sah sah lah dapat layanan ala-ala puteri maharani gitu. Greeting sebijik macam kat Sushi King kot.
Tapi yang menghairankan kita, banyak betul contengan dalam restoran ni. Memang saja-saja diconteng ker? Kalau gitu, kita pun nak conteng jugak lah. Nak titipkan nama kita kat meja, kerusi, dinding atau apa saja... hik3
Namun, masa buat pembayaran, kami tertunggu-tunggu jugak lah kalau kalau diorang ni offerkan kita takpun hulurkan marker pen untuk kami menconteng... Tunggu punya tunggu, tak dak pun.
Sukalah tu! Impian nak makan shellout tercapai, ye. |
Special, untuk kami, diorang keluarkan air basuh tangan.. wow! |
Orangnya dua sahaja, tapi cawannya.hik3.. macam-macam air kami order termasuklah sky juice.hik3 |
Disebabkan terlalu banyak sangat corak conteng di sini, memang tak leh nak layan view ler... |
Ikan Dory.. yang dalam citer Finding Nemo tu ker? hik3 |
Shell, udang yang besar-besar dan sos yang spice mild tu, memang sedap sesangat ter! |
Harganya berbaloi untuk makan berempat. |
0 Comments