Nota Kecil - Pemenang Dunia Akhirat dengan Surah Al-Baqarah
"Mentadak Mentadu: Simbol ketelitian dan kepatuhan pada fitrah ciptaan-Nya."
Dalam kembara hidup Mama yang panjang, Mama belajar bahawa setiap perjalanan memerlukan "peta" dan "perisai". Hari ini, Mama ingin menitipkan sebuah nota kecil, satu rahsia kekuatan yang Mama temui dalam Al-Quran. Jika suatu hari nanti anak-anak mama mencari kekuatan saat jiwa terasa lelah, carilah kekuatan itu dalam Surah Al-Baqarah.
"Bila hati lapang untuk Islam, dunia yang luas ini akan terasa lebih damai dan tenang."
1. Kenapa Surah Al-Baqarah? (Kekuatan Seorang Khalifah)
Surah ini adalah surah terpanjang dalam Al-Quran (286 ayat) dan merupakan surah yang diturunkan di Madinah dan selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ia menjadi asas kepada pembentukan umat.
Apa maknanya bagi kita? Surah ini mengajar tentang peranan kita yang paling besar iaitu... kita sebagai Khalifah di muka bumi ini.
- Inas, Syasya, Anas... Apapun ujian yang menimpa, ingatlah bahawa Allah tidak akan membiarkan pejuang-Nya sendirian. Kita dipilih kerana kita mampu. Anak-anak mama bukannya dilahirkan untuk kalah, tapi... untuk menguruskan muka bumi Allah ini dengan iman.
2. Disebalik Kisah Lembu Betina - Patuh Tanpa Ragu
Nama "Al-Baqarah" bermaksud lembu betina. Sejarahnya bermula apabila Nabi Musa A.S. memerintahkan Bani Israel menyembelih lembu untuk membongkar satu kebenaran di sebalik kematian seorang lelaki.
Pengajaran buat anak-anak Mama:
- Jangan banyak soal: Apabila Allah memberi arahan melalui syariat-Nya. Kepatuhan (Tawakkal) membawa jalan keluar yang ajaib, manakala keraguan hanya melambatkan bantuan Allah.
- Berkat: Ingatlah, harta yang haram atau jalan yang tidak diredhai tidak akan pernah membawa berkat dalam hidup anak-anak. Keadilan Allah itu pasti akan tiba.
3. Benteng Rohani dan Penyembuh Jiwa
Mama nak anak-anak tahu yang surah ini adalah pelindung rumah dan jiwa kita daripada segala gangguan, termasuklah sihir yang pernah cuba merobek ketenangan kita:
- Rumah yang Hidup: Bacalah (fahami dan ikutlah ajaran) Al-Baqarah. Syaitan akan lari dari rumah yang bergema dengan ayat-ayatnya. Jangan biarkan bilik atau rumah kita sunyi seperti kubur.
- Pembela di Akhirat: Di hari kiamat, surah ini akan datang menaungi pembacanya seperti awan yang sejuk.
- Perisai Sihir: Rasulullah SAW bersabda bahawa tukang sihir tidak akan dapat menguasai orang yang mengamalkan surah ini. Ia adalah sumber barakah yang luar biasa.
- Cukup Segala-galanya: Amalkan membaca dua ayat terakhir surah ini pada waktu malam (Amanarrasulu), Allah berjanji akan mencukupkan segala keperluan dan perlindungan buat anak-anak.
4. 5 Ciri-Ciri "Pemenang" (Golongan Bertaqwa / The Winning Mindset)
Jika anak-anak mahu kejayaan dunia dan akhirat, jadilah seperti golongan bertaqwa dalam ayat 1-5:
Nota Tadabbur: Keajaiban Alam & Kebesaran Sang Pencipta
Sebagai peminat sejarah dan alam, Mama kongsikan fakta unik tentang ciptaan Allah (lembu) ini yang menjadi tanda kebesaran-Nya:
- • Kasih Sayang & Keadilan: Tempoh kandungan lembu sama dengan manusia (9 bulan). Allah Maha Adil dalam merencana setiap ciptaan.
- • Rezeki: Lembu tiada gigi depan di bahagian atas, namun tetap dapat makan dengan baik. Begitulah rezeki kita, Allah akan beri dalam bentuk yang tidak disangka-sangka. Rezeki Allah itu luas untuk semua makhluk.
- • Ketenangan: Kajian menunjukkan muzik (ketenangan) mampu membuatkan lembu menghasilkan lebih banyak susu. Begitulah dengan jiwa kita; yang memerlukan zikir dan Al-Quran untuk menghasilkan kebaikan dan kekuatan.
Pesanan Akhir Mama
Anak-anak Mama tercinta, jadilah golongan yang menang iaitu... golongan yang mendapat nikmat Allah, bukannya yang dimurkai atau pun sesat. Mama selalu mendoakan Inas, Syasya dan Anas sentiasa dalam lindungan-Nya yang paling selamat."Ukhuwah yang terbina dalam ketaatan, itulah rezeki yang paling mahal buat kita."
Mawar Safiya
Seorang pengembara menyusuri sejarah dan kehidupan demi mencari rahmat dan keredhaan Allah SWT dan berkongsi hikmah-Nya di jalanan.
Comments