31 October, 2022

Celebral Palsy

 

Palsi serebrum atau Cerebral Palsy adalah gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang.

Keupayaan berdikari kanak-kanak palsi serebrum bergantung kepada keterukan bahagian badan yang terjejas seperti dikongsikan. Gangguan yang juga biasa ditemui di kalangan pesakit adalah:

▶️ Kecerdasan di bawah normal
▶️ Mempunyai sawan/epilepsi (terutama pada jenis spastik)
▶️ Gangguan menghisap atau makan
▶️ Pernafasan yang tidak teratur
▶️ Gangguan berbicara
▶️ Gangguan penglihatan
▶️ Gangguan pendengaran

Terapi fizikal yang berterusan dan pendidikan khas boleh membantu anak-anak ini berdikari sejauh mungkin. ❤️ Berikan sokongan.



30 October, 2022

Aedes dan Denggi

 

⛈️ Peningkatan curahan hujan akibat Monsun Timur Laut dapat mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di Malaysia. 

💧Oleh itu, setiap individu perlu memastikan tiada bekas yang berpotensi menakung air di persekitaran rumah serta melupuskan barang lusuh atau yang tidak digunakan di tempat pelupusan secara berhemah.

🧹Sekiranya kawasan perumahan dinaiki air, lakukan aktiviti Cari dan Musnah bekas-bekas pembiakan nyamuk Aedes sejurus selepas air banjir surut kerana sampah sarap yang dibawa air banjir dikhuatiri boleh menakung air dan seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. 
Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.❌🦟



29 October, 2022

Makanan untuk Kesihatan Otak


Apabila perut tidak sihat, ia akan mempengaruhi kesihatan otak. @PetuaDankesihatan
Manusia ada dua otak. Otak di dalam tempurung tengkorak dan juga 'otak di perut'.

'Otak di perut' dikenali sebagai 'enteric nervous system'. Ia terletak di sarung tisu yang melapisi esofagus, perut, usus kecil dan usus besar. 

Ia adalah rangkaian neuron, neurotransmitter dan protein yang saling berhubung seperti yang ditemui di otak. 

Dr. Michael Gershon, professor Anatomi dan Cell Biology di  Columbia-Presbyterian Medical Center, New York menerangkan bahawa perut memainkan peranan penting kepada mood, tahap kegembiraan manusia dan kesihatan tubuh badan. Namun, hanya sedikit yang mengetahuinya.


Jom makan makanan yang sihat untuk kedua-dua otak. 

Nutrisi untuk otak :
Omega-3s - Meningkatkan fungsi otak. 
Sumber : Ikan, minyak ikan, chia dan flax seed.

Vitamin B-complex - Membina neurotransmitter dan membantu sel otak sentiasa berhubung dengan pantas.  

Vitamin C - Membina dan menggerakkan neurotransmitter dopamine
Sumber : Buah oren,  cili merah, brussels sprouts, brokoli, strawberi, grapefruit, jambu, kiwi, nenas, kacang botol dan mangga.

Calcium – membantu dalam penghantaran signal di antara sistem saraf. 
Sumber : Susu kambing, susu lembu, keju, yogurt dan almond.

Potassium - merupakan ion positif yang menghasilkan signal elektrik yang bergerak dalam rangkaian sistem saraf dan menyampaikan signal ke sel-sel otak lain. Meningkatkan daya ingatan. 
Sumber : Avocado, bayam, keledek, air kelapa, yogurt, pisang, aprikot kering dan cendawan. 

Zinc - Membantu membina hormon. 
Sumber : Daging lembu, kambing, ayam, yogurt, bayam, gajus, biji labu, kacang kuda dan cendawan.

Iron - Otak bergantung kepada oksigen untuk berfungsi dengan baik. Ini membantu otak menerima oksigen secukupnya dan membantu meningkatkan daya ingatan dan daya fikir. 
Sumber : Daging, ikan, bayam, kekacang


Magnesium - membantu tubuh beristirehat dan mudah tidur. 
Sumber : susu kambing, coklat hitam, flax seed, bayam, biji labu, badam, buah tin dan pisang dan kuning telur.

Protein - Kunci untuk meningkatkan daya tumpuan dan fokus. 
Sumber : Daging ayam, daging lembu, susu, yogurt, badam, ikan, telur dan dal.

Fat – Lemak penting untuk otak. 60% dari berat otak tanpa air adalah lemak. Ia meningkatkan daya fikir, juga mempengaruhi mood dan perlakuan. Sumber : Walnut, flaxs seed, brazil nut, ikan, minyak ikan, minyak kelapa dara dan minyak zaitun.




28 October, 2022

Great Alkaline Plant Based Alternatives

 

Some great alkaline plant based alternatives to cows milk, sugar and white flour. @PetuaDankesihatan



27 October, 2022

Syukur Selalu


BAGAIMANA MENCARI RAHMAT DISEBALIK MUSIBAH

Rahmat disebalik kesedihan dan kesusahan, melihat semua ini dengan hati. 

Siapa tahu? 
Setelah kita banyak menangis depan Allah subhanahuwataala pada waktu malam hari. Allah subhanahuwataala akan menghadiahkan kita kebaikan dan rahmat yang mencurah-curah keesokan hari.

Siapa tahu?
Anak paling nakal rupanya Allah subhanahuwataala nak dia mendapat didikan dan doa dan tangisan dari ibu-bapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya. Apabila besar, dia yang paling kuat menjaga mak ayah. Paling banyak buat kebaikan. Paling banyak mendoakannya dan hadiahkan pahala buat ibu-bapanya. 

Siapa tahu? 
Lambat kahwin rupanya Allah menghadiahkan perkahwinan yang sebenarnya.

Siapa tahu?
Lambat dapat anak rupanya bakal Daie besar.

Siapa sedar?
Ada orang ditakdirkan tiada anak tapi seperti ada ribuan anak dalam dunia ini. Mereka suami isteri menjadi sibuk membangunkan manusia seluruh dunia.

Siapa sangka? 
Gagal dalam peperiksaan banyak kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat.

Siapa sangka?
Setiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah subhanahuwataala nak dia jadi kuat, bersyukur dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti.

Siapa sedar?
Dalam kemiskinan dan kesusahan mereka menikmati nikmat tidur yang lena dan menikmati walau nasi dengan kuah sahaja. 

Siapa perasan?
Orang yang tidak dipandang dan dihina. Tak kawan dengan raja atau orang besar. Tak pandai hidup berkabel dan meminta. Hidupnya lebih mudah untuk ikhlas dan berjaya kemudian hari. Kerana hidupnya hanya untuk Allah subhanahuwataala. Benar-benar berjaya kerana hatinya hanya bergantung pada Allah subhanahuwataala dan kuat berusaha.

Siapa sangka?
Kehilangan orang tersayang membuat kita belajar rindu kehidupan syurga dan menghargai keluarga yang berada di sisi. Kerana manusia akan lebih menghargai saat kita kehilangan.

Paling mulia?
Tidak dikenali di dunia, tidak dipandang di dunia, orang biasa sahaja tapi dikenali di sisi penghuni langit. Amat disayangi Allah subhanahuwataala. Tanah merinduinya. Dia orang baik jujur amanah dalam hidup. Syurga Firdaus menantinya, dia siapkan syurga buat ibu-bapanya dan keluarganya. Dia bawa ramai manusia untuk masuk syurga.

Bersyukurlah itulah rahsia bahagia dalam hidup ini. Ya Allah, terima kasih atas segala nikmatmu dalam hidup ini yang tidak pernah berhenti-henti. 

#deep
#dakwah
#tarbiyyah
#doa
#pray



26 October, 2022

Doa Susah Tidur


👉Doa Susah Nak Tidur👈@PetuaDankesihatan

Adakalanya, datang penyakit susah nak tidur, badan penat, mata mengantuk tapi apabila baring tak boleh nak lelap mata. Mungkin sebab otak kita banyak sangat berfikir, kan. Jadi, jika ada masalah susah nak tidur, boleh amalkan doa ini.

Doa Susah Tidur
اللّهُمَّ غََارَتِ النَُّّجُومُ وَهَدَأتِ الْعُيُونُ وَأَنتَ حَيٌّ قَيُّْومٌ لاَّ تَأْخُذُكَ سِنَةٌ وََّلاَ نَوْمٌ يَاحَيُّ يَاقَيُّْمُ أَهْدِيْ لَيْلِي وَأَنِمْ عَيْنِي

Allahumma ghaaratin nujuumu wa hada’atil ‘uyuunu wa anta hayyun qayyuumul laa ta’khudzuka sinatuw wa laa nauum, yaa hayyu yaa qayyuumu ahdi’lailii, wa anim ‘ainii.

"Ya Allah, bintang telah redup, mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup terus menerus mengurus mahkluk. Tidak menimpa-MU rasa ngantuk dan tidur. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus mahkluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku".
(HR. Ibnu Sunni)

Kalau susah nak tidur, zikir dan cuba tenangkan kosongkan fikiran, jangan banyak fikir yang lepas ataupun yang akan terjadi esok. Insya Allah, mudah tidur.

Sebelum tidur disunnahkan untuk :
  1. menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu. 
  2. Berwuduk, 
  3. bermuhasabah diri, 
  4. mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan 
  5. berbaring miring sebelah kanan.
  6. bacalah ayat Kursi, 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, kemudian hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan.



25 October, 2022

Tips Tampal Lencana Sekolah

 


Tampal lencana menggunakan double sided adhesive cloth  @PetuaDankesihatan



24 October, 2022

Tips Minum Air Bagi Yang Berpuasa

 

Tips minum air bagi yang berpuasa 
@PetuaDankesihatan

23 October, 2022

Osteoprosis

 

🦴Osteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga fraktur berlaku.


🏥 Rawatan awal adalah penting. 

Proses kereputan tulang boleh diperlahankan jika penyakit ini dikesan awal. 

✔️ Jika anda berisiko untuk menghidap penyakit ini segeralah berbincang dengan doktor terutamanya golongan: 

✔️Warga emas

✔️Wanita hampir atau selepas putus haid

✔️Penyakit kronik seperti kencing manis, rheumatoif arthritis dan sebagainya

✔️Rawatan yang menggunakan steroid untuk jangka masa panjang




22 October, 2022

Teruskan Melangkah...



Berpegang teguhlah pada janji Allah SubhanahuwaTaala bahawa orang yang sabar akan mendapat ganjaran pahala yang sangat banyak.
Tidak kira apa pun ujian yang datang, ingatlah Allah SubhanahuwaTaala sentiasa bersama kita.

Yakinlah, Allah SubhanahuwaTaala bersama-sama orang yang sabar. Kesabaran itu sangat-sangat dituntut oleh Allah SubhanahuwaTaala. Sabar itu adalah sifat ahli-ahli syurga.

Perbanyakkan memohon keampunan kepadaNya, agar tidak terlalai. Berbahagialah mana-mana hati yang mana hatinya sentiasa ada Allah SubhanahuwaTaala.

Sesungguhnya Susah Senang Kehidupan Kita Ini Adalah Ujian Dari ALLAH SubhanahuwaTaala
Apa Yang Terjadi Di Dalam Kehidupan Kita Ini Juga Adalah Takdir Dari ALLAH SubhanahuwaTaala. Takdir Hidup Kita Telah Tertulis Sejak Azali Lagi. Jadi Sentiasa Redha Ketentuan Dari ALLAH SubhanahuwaTaala.

Ingatlah ALLAH SubhanahuwaTaala Menyukai Orang Yang Sentiasa Sabar, Tabah dan Bersyukur Menjalani Takdir Hidupnya. 

Sahabatku ingatlah 
Ketika HATImu sedang bersedih untuk memilih.
Pilihlah untuk terus TERSENYUM, walaupun kita memiliki segunung perasaan MURAM.
Pilihlah untuk bangkit SEMULA, walaupun kita telah JATUH dan MALU.
Pilihlah untuk SABAR dan REDHA, walaupun kita ada alasan untuk KECEWA.

KERANA ALLAH SubhanahuwaTaala sentiasa bersama orang yang SABAR.

dan 
Ketika kaki tersesat tak tentu arah,
Ketika bahu melemah tiada sandaran,
Ketika hati perit tiada pengubat. 

Ingat ini...
👉🏻 "Hasbunallah wanikmal wakil", Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami
👉🏻 "La Tahzan Innallaha Ma'ana", Jangan bersedih Sesungguhnya Allah bersama kita
👉🏻 "Innallaha ma'asshobirin", Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar

Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian kerana Allah SubhanahuwaTaalasentiasa ada, sentiasa mengetahui apa yang ada dalam hati setiap hambaNya. 

Kita rasa kita tak kuat, tapi hakikatnya Allah SubhanahuwaTaala turunkan setiap ujian itu pada kita kerana Allah SubhanahuwaTaala tahu hambaNya itu kental hati dan perasaan.

Jika ada iman maka itulah pembimbingnya. Jadilah orang yang sabar, kerana sabar itu indah pada akhirnya. Payah tapi berbaloi untuk saham akhirat. 

Renungkan;
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada ALLAh dengan sabar dan solat” – al-Baqarah : 153 @PetuaDankesihatan
Apabila kita rasa kecewa, rasa down, rasa tidak diperlukan, yakinlah Allah SubhanahuwaTaala sentiasa ada bersama.


21 October, 2022

Anda mahu bina rumah sendiri?



Perkongsian daripada Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj Omar 
FB: Zainuddin

Tentu ramai mempunyai impian membina rumah sendiri dengan rekaan citarasa masing-masing. Jika anda mempunyai tanah lot atau tanah pertanian di kampung, memang berbaloi membina rumah dengan bajet lebih murah dari pembelian rumah pemaju. 
 
Sebagai jurutera awam profesional berpengalaman 40 tahun dalam pembinaan bangunan, saya senaraikan sedikit tip jika anda berniat membina rumah idaman. 
 
Soalan lazim.
1. Berapa keluasan tanah lot yang diperlukan?
Paling minima dan selesa ialah 4000 kaki persegi (50’x80’). 
Tiada masalah jika anda mempunyai tanah lot keluasan besar tetapi akan memeningkan kepala untuk penyelenggaraan nanti.
 
2. Berapa keluasan rumah yang selesa?
Tentunya mengikut citarasa dan bajet peribadi tetapi untuk keluarga sederhana empat bilik, 1 stor dan 3 tandas adalah memadai dengan saiz antara 1500 hingga 3000 kaki persegi.
 
3. Bajet
Semuanya bergantung pada kewangan anda, dan dari pengalaman saya harga RM150-RM180 kps adalah sesuai. 
Ini bermakna untuk rumah saiz 2000 kps, bajet pembinaan anda ialah RM360,000 (RM180/kps). Anda boleh membina rumah dengan kos RM100/kps tetapi akan memeningkan kepala. Anda juga boleh bina rumah dengan bajet RM250/kps jika memilih kemasan yang mahal. Tambah 25%-50% kos selepas PKP. 
 
4. Bajet yang tak nampak
i) Kos lantik juruperunding (arkitek, engineer, pelukis pelan dan lain-lain)
ii) Kos submit pelan kepada Majlis.
iii) Kos sambungan air dan eletrik.
 
5. Bajet yang selalu tertinggal
i) Kos pagar (RM100 per ft run).
ii) Kos pembetung (culvert).
iii) Kos piling jika perlu.
iv) Kos ‘treatment’ anai-anai.
v) Kos tanaman rumput dan landskap.
vi) Kos built-in cabinet terutama kabinet dapur, langsir, aircond dan furniture (10% dari bajet).
vii) Kos fittings (kepala paip, grills, kipas, sinki, tandas, kunci dan lain-lain).
viii) Kos lampu dalaman dan kawasan.
ix) Kos perparitan. 
x) Bangsal kereta dan premix apron ke jalan raya.  
 
6. Pemilihan Arkitek
Ramai menjadi ‘cheapskate’ kerana ingin potong bajet dengan tidak melantik arkitek dan jurutera merekabentuk rumah idaman. Akhirnya rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi. 
Percayalah, bahawa anda tidak rugi melantik arkitek dan jurutera kerana mereka terlatih dalam rekabentuk rumah mengikut kepuasan pelanggan. Jika anda membina rumah ‘simple’ berbentuk empat segi, cukup dengan mengambil khidmat pelukis pelan.
 
7. Kos Juruperunding
Harga boleh dirunding tetapi kebiasaan antara 3% - 8% dari harga rumah. 
Anggaran kos pelukis pelan antara RM3,000 – RM6,000 bergantung pada kepandaian anda menawar.
 
8. Pemilihan Kontraktor
Ini bab paling rumit kerana terdapat berbagai kontraktor yang mengaku berpengalaman membina rumah.  
Kebiasaan saya nasihatkan rakan-rakan untuk memilih kontraktor yang sedang membina rumah berdekatan dengan cadangan rumah anda. Teliti kualiti pembinaan yang dilaksanakan dan bertanya pada tuan rumah tentang keikhlasan kontraktor tersebut. 
Ada kontraktor memberi khidmat ‘All in One’, dari melukis pelan, submission Majlis, pembinaan, permohonan utiliti sehingga siap. Satu lagi cara ialah mendapat kontraktor dari rekomen rakan-rakan yang pernah berurusan dengan beliau. Jangan pilih kontraktor yang iklan atas pokok. 
 
9. Surat perjanjian dengan kontraktor
Semua terma yang dipersetujui mesti ditulis dalam satu surat perjanjian lengkap dengan saksi. Paling penting ialah terma pembayaran mengikut ‘schedule progress’ kerja.
Ini hanya contoh mudah:
i) Siap pembersihan tapak – RM2000
ii) Siap cerucuk/foundation – RM3000
iii) Siap ground beam – Rm3000
iv) Siap column – RM3000
v) Siap roof beam – RM3000
vi) Siap trusses dan roofing – RM10000
vii) Siap brickworks – RM5000
viii) Siap kerja pipe dan wiring – RM5000
ix) Siap plastering – RM3000
x) Siap flooring – RM3000
xi) Siap tiling – RM5000
xii) Siap kerja cat – RM3000
xiii) Siap kerja tingkap dan pasang pintu – RM10000
xiv) Siap kerja fittings – RM3000
xv) Siap kerja pagar – RM15000
xvi) Siap tangki najis – RM3000
xvii) Siap pembersihan, testing and commissioning dan handover Final Payment.
xviii) Pegang bayaran akhir RM1000 (minima) selama 6 - 12 bulan untuk pembaikan kerosakan oleh kontraktor (defect liability period) - ini perlu persetujuan kontraktor. 

 Kebiasaan akan ada perbalahan antara tuan rumah dan kontraktor jika ‘schedule payment’ tidak dipersetujui dahulu.

 Jika projek Kerajaan ada bond atau bank gerenti yang ditinggalkan sehingga ‘defect liability period’, tetapi untuk projek kecil membina banglo tiada kontraktor akan bersetuju ‘final payment’ mereka yang banyak dipegang selama setahun. Saya rekomen simpan RM1000 (minima) sebagai bond

 Walau bagaimanapun anda boleh berbincang dengan kontraktor berkenaan kerja-kerja ‘defect’ selepas ‘handover’. Kebiasaan mereka sangat liat untuk membuat kerja ‘defect’, dan anda boleh menolak duit bond dengan mengupah orang lain. 

 
10. Beberapa tip pembinaan
i) Jika anda mempunyai banyak masa terluang, anda boleh upah kontraktor untuk membina rumah anda tetapi semua barangan binaan anda beli dan hantar sendiri. 
Sekurang-kurangnya anda boleh jimat 10-20% dari bajet asal, tetapi cara ini memeningkan kepala. Saya pernah membina rumah kampung cara ini dan ianya sangat memenatkan. 
ii) Siapkan rangkaian pipe pvc yang sudah ditebuk dan ditanam keliling foundation tiang agar kimia anti anai-anai boleh dipam selepas rumah siap setiap tahun. 
Anda perlu sembur kimia anti anai-anai di dalam kawasan foundation atas batu hardcore sebelum kerja flooring. Kerja ini selalu tertinggal walhal kimia anti anai-anak sangat murah. 
iii) Pastikan rekabentuk rumah ada free air flow untuk ‘natural ventilation’ dan cukup ‘shading’ dari matahari. Pasang solar heater dan pam air jika ada bajet semasa pembinaan. 
iv) Pastikan bilik utama terima sinaran matahari pagi bukan sinaran petang.
v) Ketinggian ‘floor to ceiling’ minima 10 kaki.
vi) Lebihkan plug point eletrik di setiap bilik dan ruang.
vii) Jika ada bajet, tanam kabel CCTV dan alarm rumah dalam plastering dinding.
viii) Pastikan semua wiring eletrik disimpan dalam conduit PVC atas siling.
ix) Jika ada bajet, mohon 3 phase supply dari TNB. Jika ada 3 phase tiada masalah jika ingin memasang banyak pendingin udara nanti. 
x) Siapkan semua saluran dan plug point pendingin udara di dinding untuk elakkan penebukan di lain-hari.
xi) Pastikan tangki air rumah minimum 400 gelen atau lebih. Clay tiles lebih baik dari concrete tiles untuk hindar panas matahari. Metaldecking roof perlu ada penebat haba. 
xii) Pastikan Kontraktor faham bancuhan konkrit 1:2:4 gred 20 (1 simen, dua pasir dan 4 batu kerikil). Lebih baik penggunaan konkrit gred 30.
xiii) Lebih baik guna besi bunga dari besi biasa.
xiv) Guna batu bata merah dari batu bata simen kerana lebih ‘cooling’. Guna tiles kecil homogeneous di lantai dapur dan tandas agar tidak licin. 
xv) Jangan lupa pasang lintol beam dan stiffener column setiap 12’x12’ dinding. Jangan lupa pasang drain floor trap di dapur untuk memudahkan pembersihan. 
xvi) Guna cat weather shield acrylic paint untuk dinding luaran. Border tiles guna simen biasa dan jangan simen putih kerana lambat laun warnanya akan berbelak. 
xvii) Buat ponding test dan flow test di setiap toilet sebelum tiling agar air tidak bertakung. Buat pressure test untuk paip air dalaman sebelum plaster dinding agar tidak bocor. 
 
11. Contoh kiraan bajet
Luas tanah = 50’ x 80’
Cadangan rumah = 30’ x 50’ (1500kps)
Kos rumah =  1500kps x Rm180 = RM270k.
Harga Pagar = RM100 x 260’ = RM26k
Kos perabut & fittings 10% x RM270k=RM27k
Fees Akitek/Engineer & Majlis =
8% x RM270k = RM21.6k
 Anggaran kasar, lebih kurang RM350,000

12. Beberapa faktor apabila rancang rumah untuk orang bersara.
Apabila merancang rumah setelah bersara ramai lupa bahawa usia mereka semakin meningkat. Misalnya master bedroom yang biasanya di tingkat atas sudah tidak bersesuaian lagi.

Saya senaraikan beberapa perkara yang perlu diambil kira kerana faktor umur. 

• bina master bedroom di ground floor
• pastikan tandas cukup luas untuk mandian jenazah. 
• guna tiles anti-skid/anti-slip.
• tiles warna cerah lebih baik dari tiles warna gelap.
• pasang pemegang besi (handrail) dalam tandas jika perlu.
• guna pemulas pintu bukan tombol
• siapkan pasang wiring CCTV, alarm sekuriti dan alarm api dan letak console di master bedroom
• Dapur biar dekat dengan master bedroom agar tak perlu bergerak jauh.
• guna pipe fittings dan aksesori jenama baik seperti DOE dalam tandas agar tidak mudah rosak.
• cari toilet dan sinki jenama baik kerana tak mudah rosak seperti Johnson Suisse.
• jangan cari toilet jenama pelik kerana susah cari alat ganti seperti Cistern.
• saya hanya percaya kipas siling National atau KDK.
• Schneider Electric dan MK untuk suis dan socket electric
• pakai lampu LED dan bulb LED jenama Osram atau Phillips adalah terbaik. 
• jangan banyak floor recess kerana menyusahkan pergerakan wheelchair
• pasang spotlight di 4 bucu dinding luar dan switch di master bedroom
• saiz master bedroom yang bersesuaian ialah 14 kaki x 16 kaki. 
• elakkan tangga untuk masuk rumah kalau boleh. 
• hati-hati penipuan kontraktor apabila pasang pagar BRC hot deep galvanised anti-climb fence. Harga anti climb fence dua kali ganda dari pagar biasa. 
• guna lampu solar untuk kawasan rumah untuk penjimatan. 
• seboleh mungkin pasang auto gate tanpa rail kerana ianya perlu penyelenggaraan tinggi. 
• pada pendapat saya CCTV yang disambung internet sangat penting kerana anak-anak boleh monitor ibu-bapa secara remote
• minima 15 plug points di dapur dan jangan lupa pasang exhaust fan dan kitchen hood
• rancang rumah untuk automation sebagai smart home.  
• rumah bentuk ‘squarish’ lebih murah dan mudah selenggara dari rumah berkelok-kelok. 

 

Dipersilakan share. Saya mohon doakan saya dan keluarga selamat dan mendapat kebaikan dunia akhirat. 

Kredit kepada penulis : Zainuddin Omar