Posts

Showing posts from April 30, 2026
P F T @

Al-Fatihah Tun Dr. Siti Hasmah - Sebuah Renungan

Image
Malam ini terasa lain sedikit. Berita pemergian Tun Hasmah tiba-tiba membawa aku kembali kepada makna seorang ibu, seorang pendamping, seorang wanita yang bertahan dengan lembut sepanjang zaman yang penuh cabaran. Seratus tahun bukan usia yang singkat. Ada banyak yang beliau saksikan, banyak yang beliau lalui dan mungkin banyak juga yang beliau pendam sendiri sebagai seorang isteri kepada tokoh besar negara. Aku terfikir, di sebalik gelaran dan sejarah, beliau tetap seorang manusia biasa yang penat, yang gembira, yang bimbang, sama seperti aku dan semua wanita lain yang cuba menjadi kuat setiap hari. Entah kenapa, berita ini menyentuh sesuatu dalam diriku. Mungkin kerana aku pun seorang ibu, yang cuba bertahan, cuba membesarkan anak-anak sendirian, cuba mencari makna di sebalik keletihan harian. Melihat seorang wanita yang begitu dihormati akhirnya pergi dengan tenang pada usia begitu panjang, buat aku rasa bahawa hidup ini, walau seberat mana pun, tetap ada keindahannya sendiri jika...

Nota Kecil - Pemenang Dunia Akhirat dengan Surah Al-Baqarah

Image
"Mentadak Mentadu: Simbol ketelitian dan kepatuhan pada fitrah ciptaan-Nya." Assalamualaikum buat para pembaca dan teristimewa buat tiga permata hati Mama yang dikasihi...  Inas, Syasya, dan Anas. Dalam kembara hidup Mama yang panjang, Mama belajar bahawa setiap perjalanan memerlukan "peta" dan "perisai". Hari ini, Mama ingin menitipkan sebuah nota kecil, satu rahsia kekuatan yang Mama temui dalam Al-Quran. Jika suatu hari nanti anak-anak mama mencari kekuatan saat jiwa terasa lelah, carilah kekuatan itu dalam Surah Al-Baqarah . "Bila hati lapang untuk Islam, dunia yang luas ini akan terasa lebih damai dan tenang." 1. Kenapa Surah Al-Baqarah? (Kekuatan Seorang Khalifah) Surah ini adalah surah terpanjang dalam Al-Quran (286 ayat) dan merupakan surah yang diturunkan di Madinah dan selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ...