Posts

Showing posts from April 29, 2026
P F T @

Al-Fatihah Tun Dr. Siti Hasmah - Sebuah Renungan

Image
Malam ini terasa lain sedikit. Berita pemergian Tun Hasmah tiba-tiba membawa aku kembali kepada makna seorang ibu, seorang pendamping, seorang wanita yang bertahan dengan lembut sepanjang zaman yang penuh cabaran. Seratus tahun bukan usia yang singkat. Ada banyak yang beliau saksikan, banyak yang beliau lalui dan mungkin banyak juga yang beliau pendam sendiri sebagai seorang isteri kepada tokoh besar negara. Aku terfikir, di sebalik gelaran dan sejarah, beliau tetap seorang manusia biasa yang penat, yang gembira, yang bimbang, sama seperti aku dan semua wanita lain yang cuba menjadi kuat setiap hari. Entah kenapa, berita ini menyentuh sesuatu dalam diriku. Mungkin kerana aku pun seorang ibu, yang cuba bertahan, cuba membesarkan anak-anak sendirian, cuba mencari makna di sebalik keletihan harian. Melihat seorang wanita yang begitu dihormati akhirnya pergi dengan tenang pada usia begitu panjang, buat aku rasa bahawa hidup ini, walau seberat mana pun, tetap ada keindahannya sendiri jika...

Saat Allah Melapangkan Hati, Segalanya Jadi Mudah

Image
Buat anak-anak Mama yang sentiasa dalam doa...  Inas, Syasya dan Anas. Mama sambung lagi coretan ini. Jika dalam entri lepas, kita belajar tentang Rahmat , kali ini Mama nak bisikkan tentang "Kelapangan Hati" . Mama belajar sesuatu yang sangat mahal dari Surah Ash-Sharh (Alam Nashrah). 1. Ilmu adalah Harta Yang Paling Mahal Anak-anak kesayangan Mama, ramai orang hari ini kepenatan mengejar harta sehinggakan tidak berkesempatan untuk menimba ilmu. Anak-anak tahu yang para sahabat Nabi SAW dulu-dulu, sanggup menjual harta demi setitis ilmu? Kenapa? Kerana hidup tanpa ilmu, kita akan tersesat seperti dua golongan yang kita baca berulang-ulang kali setiap hari terutama dalam solat iaitu surah Al-Fatihah: Golongan yang Dimurkai: Ada ilmu (ada kitab), tapi tak mahu ikut/amal. Golongan yang Sesat: Beramal tapi tanpa ilmu (ikut-ikut sahaja). Peringatan buat kita -  Jangan sampai kita rajin membaca Al-Quran,...