29 August, 2015

Siapa Melati?



Melati merupakan seorang wanita yang bekerja makan gaji dan ibu kepada 3 orang anak. 

Hobi Melati sukakan sukan lasak yang tak glamer macam motobike, paragliding, rowing dan dragon boat


Rowing da cuba ritu, motobike pun sudah, dragon boat pun sudah, paragliding je belum lagi. 


Suatu masa nanti...

Bercerita pasal Siapa Melati ni. Melati buat blog ni pun, sebab minat untuk berkongsi pengalaman. 

Tetapi Melati masih lagi bertatih untuk menjadi blogger sepenuh masa. 


Sehingga ke hari ini, Melati masih lagi belajar menulis artikel secara berkesan untuk blog The Simple Rules of Life.


Bagaimana Melati Jatuh Hati dengan Shaklee?

Melati bersama Shaklee pada 21 Feb 2015. 

Ketika itu, Melati mencari-cari vitamin yang berkesan, selamat dan ada unsur-unsur organik untuk kulit dan wajah. 


Waktu itu, kulit wajah Melati kusam dan tona tidak sekata. 


Ditambah pula dengan masalah jerawat nasi, parut jerawat, whitehead dan blackhead


Pendek kata memang muka Melati bermasalah teruk pada waktu tu.

Melati sudah lama mendengar kisah Vitamin Shaklee ni, namun harganya bagi Melati agak mahal bagi situasi kewangan ketika itu. 

Namun, setelah membuat pemerhatian dan pembacaan dari review-review tentang Shaklee, Melati mencuba nasib. 

Setelah dua bulan melalui "healing crisis process" yang teruk seperti keletihan dan kelesuan melampau, jerawat yang makin menggila tumbuh di muka, lenguh-lenguh dan bisa-bisa seluruh badan serta banyak lagi proses pemulihan sehingga Melati tak tahan dan berhenti sekejap dari mengambil Shaklee selama sebulan. 

Selepas sebulan, Melati mendapati badan seakan dicaj bateri baru seakan 'Energy Booster' yang telah mengembalikan tahap kecergasan dan kesihatan Melati. 

Yang best nyer kulit Melati makin cantik dan sihat serta kualiti kesihatan Melati semakin baik. (Melati ada masalah alergik habuk (resdung) , apendix, migrain dan badan bisa-bisa).

Di sinilah bermulanya saat indah Melati jatuh cinta dengan Shaklee

Sebab Melati tak perlu nak tempek macam-macam untuk menutup cela. 


Yakin keluar tanpa secalit bedak, hanya sapu gincu kolagen dHerbs dan celak skit. Itu je.. simple kan? 


Bikers mana boleh lelama kat meja solek. 


Kena asap, comot hitam jugak...dan badan Melati tak da rasa sakit-sakit lagi yang mana perlu ke klinik dan hospital untuk rawatan.



Kenapa Bersemangat Untuk Mengubah Fasa Kehidupan?

Alhamdullilah Melati dipertemukan dengan Mak Jemah Jual Vitamin (MJ) Master Coordinator Fatihanum yang merupakan blogger kesihatan Vitamin yang paling popular Permata Cintaku - Pabila Mak Jemah Berbicara dan beliau merupakan mentor Melati. 

Banyak input dan coaching yang beliau salurkan dan sampaikan. Melati rasa amat bertuah menjadi "anak biz" Master Wan Fatihanum (MJ)

Pada mulanya, hanya untuk makan sendiri seperti yang Melati ceritakan tadi. 

Kemudian, disebabkan push factor Melati mencuba nasib. 


Alhamdullillah, Melati di atas trek yang betul dan fast track sebenarnya. 


Mentor Melati iaitu MJ adalah insan yang paling tak kedekut ilmu. 

Dan rakan-rakan Melati yang dalam Shaklee pun, saling membantu di saat Melati blur mengenai Shaklee. 


Itulah antara yang paling best


Mentor MJ dan group WAHMillionaire sentiasa sharing dan memberi tunjuk ajar macamana nak berjaya dalam Shaklee. Its look like big happy family


Alhamdullillah. 



Melati yakin dengan Shaklee yang Melati boleh jadi blogger sepenuh masa dan WAHM pada 2019 nanti. Insha Allah. 

Waktu itu Melati pasti da bebas dari bebanan hutang dan Melati boleh luangkan masa dengan anak-anak dan keluarga serta kawan-kawan secara berkualiti. 


Kenapa Melati Begitu Yakin?

Antara sebab-sebabnya, Melati : 

1. Tak perlukan modal sesen pun untuk meniaga Shaklee. Hanya sebagai agen dropship je. Shaklee yang akan poskan semua vitamin dan barangan kepada pengguna. 

2. Tak perlu ada stok. Tak perlu ada kedai fizikal. Semuanya online. 

3. Ada wang tambahan dari untung runcit, bonus bulanan dan bonus ikut rank. Boleh bayar bil-bil data, telefon, dll dan simpan dalam tabung haji



4. Ada trip free. Melati dan keluarga suka travel. Jadinya Melati tak payah fikirkan pasal duit belanja, tiket dan berbagai-bagai lagi. Shaklee boleh bagi. Dah jimat...

5. Boleh buat umrah dan ziarah. Ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Best yang ini memang best. Dapat sujud berkali-kali kat multazam. mintak macam-macam.. tanpa keluar duit belanja. 

6. Dapat kereta idaman. Shaklee akan bayarkan. 


7. Yang paling PENTING, Dapat hidup sejahtera aman damai di dunia dan akhirat. Sihat rohani dan jasmani. Sihat mental dan fizikal. Itu yang kita nak, kan?


Itu la antaranya yang menyebabkan Melati yakin dengan Shaklee. 

Vitamin dan barangan Shaklee terjamin, terbukti, dan memang berkesan. 


Melati memang sukakan Shaklee disebabkan manfaat kesihatan yang ditawarkan. 

Dulu, bagi Melati, untuk satu botol vitamin, agak mahal. 

Tetapi setelah Melati cuba sendiri dan rasai kesannya, Melati rasa amat berbaloi dan sebenarnya amat menjimatkan dari segala segi terutamanya kos pembelian dan kos perubatan. 

Anda bagaimana? Berminat nak menyertai bisnes online dari rumah (WAHM) bersama Melati? 

Jika berminat untuk menjana side income dengan menjadi pengedar sah Shaklee, boleh isikan borang di bawah:


SID : 1183675
Melati +6011-2083 1086



Jangan lupa untuk klik LIKE pada page facebook Vivix Shaklee Putrajaya untuk mendapatkan info-info terkini.

Melati sedia membuat penghantaran (COD) di kawasan Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Dengkil, Bandar Baru Bangi dan kawasan-kawasan berhampiran dengannya. 

Melati juga membuat penghantaran di kawasan Kuala Lumpur dan Setiu dan Kuala Terengganu dengan temujanji awal. 

Kalau tidak, hanya melalui PosLaju, GDex dan lain-lain.

28 August, 2015

I Really Miss Them So Much

Ya Allah, rindunya nak ride sesama lagi. Namun pe kan daya, ada misi yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Ada sesuatu yang perlu capai matlamatnya dulu. 


Misi 2 tahun yang pertama ini, nak usahakan Shaklee ini dahulu. Tanam benih, semai, jaga, siram, baja cukup-cukup. Nanti hasilnya, sure memuaskan hati. Ye tak?


Misi seterusnya, setelkan hutang-hutang yang keliling pinggang ni. Kemudian, baru buat tabungan semula. 

Duit tabung semuanya da licin lecak dek termakan dengan godaan MV2 Money Games, program EMAS KJ dan Khazanah Bangsa dan macam-macam lagi kes penipuan. 



Then, baru fokus pada pengumpulan aset, pendidikan anak-anak dan diri-sendiri. Hajat di hati, nak sambung belajar lagi untuk memberi inspirasi kepada anak-anak dan penuhi hajat arwah mak yang nak sangat Melati menjadi pakar kaunseling. 


Melati yakin dengan Shaklee, Melati mampu melangkah lebih jauh untuk membina hidup baru setelah tidak berjaya dalam pengurusan kewangan sendiri. 

Dalam Shaklee, banyak insentif yang ditawarkan umpamanya untung runcit, bonus bulanan, bonus naik pangkat, bonus kereta, bonus percutian keluarga secara percuma serata dunia, bonus ziarah dan umrah bersama ahli keluarga jika kita benar-benar bersungguh-sungguh buat samada dari segi kerohanian dan kerja buat kita sehari-hari. 


Kata kuncinya adalah bersungguh-sungguh dan niat kena betul. Sure kita di lorong yang betul. 



Melati bukan racist, tapi Melati lebih senang bekerja dengan orang yang beragama islam. Seperti yang kita tau, islam amat menekankan mencari rezeki melalui perniagaan. 9/10 dari rezeki di atas muka bumi ini adalah dari sumber berniaga. 

Rezeki dalam islam adalah merangkumi semua aspek umpamanya kebahagiaan emosi, wang ringgit, kawan-kawan yang baik, makan minum yang halal, segala urusan yang sentiasa mudah dan lancar, anak-anak yang soleh dan solehah, suami yang pemurah dan penyayang serta keluarga yang aman bahagia.  

Kalau tak dapat duit pun, tak de hal, sebab hati kita senang dan tenang, ada anak-anak yang soleh dan solehah, kawan-kawan yang baik dan banyak lagi. 


Duit memang perlu tapi kita tak rasa susah hati. Allah lapangkan dada kita. Itu yang kita nak dalam hidup, kan. Hidup tanpa stress dan hidup dengan tenang sekali. Cool je... 



Sebelum ini, ramai yang mengajak Melati buat MLM Z*****n, E***C**x, D**, R***x dan macam-macam lagi. Melati perhatikan, MLM sedemikian, lebih kepada duit semata-mata. Bukan kepada perkongsian kebaikan produk tersebut. 

Contohnya, beli stok banyak-banyak. Apa akan jadi kalu stok tersebut tidak terjual dan tiba tarikh luput. Rugi bukan? Ditambah pulak dengan majlis-majlis yang mendedahkan aurat dan makan minum yang disediakan belum pasti halal atau haram. 


Seakan keperluan, ramai orang mencari side income untuk menampung keperluan diri dan keluarga selain memenuhi kehendak masing-masing. Ditambah plak dengan hutang meminjam orang perseorangan, hutang belajar, pinjaman kereta, rumah dan lain-lain. 


Nak naik rank, pendapatan setahun dalam lingkungan tu le...

Melati baru beberapa bulan dalam Shaklee. Sepanjang sesi pengenalan ini, Melati perhatikan banyak orang yang beragama islam yang telah menempa nama dan mencipta kejayaan bersama Shaklee. 


Secara tak langsung Melati merasa bangga dengan Shaklee disebabkan cara Shaklee yang begitu menekankan aspek kerohanian contohnya; 


"Apa yang kita nak, kita MESTI minta betul-betul dengan Allah."


Caranya, usahakan dahulu dan bertawakal dengan bangun malam menunaikan solat Tahajud, Solat Taubat, zikir munajat, baca doa murah rezeki, doa mudah bayar hutang dan permudahkan urusan dan membaca quran tafsir sekurang-kurang 10 mukasurat sehari. Cara berdoa pun turut diajar dalam Shaklee. 


Memang berbeza dari MLM yang lain. Kalu arwah mak ada ni, pasti dia bangga ngan Melati. Al-Fatihah untuk arwah mak.



Suatu hari kelak, inilah kunci motor superbike Mawar Melati

Mana nak cari orang yang sanggup berkongsi kejayaan mereka melainkan hanya berpasakkan pada duit semata-mata. Dalam Shaklee, perkongsian memang amat ditekankan. 

Kata Master Hj. Roslan, orang yang suka beramal dan berkongsi kebaikan adalah insan yang pasti berjaya dalam Shaklee. 





Sebab Dr. Shaklee sendiri pun pada awalnya berkongsi kebaikan produk ciptaannya dengan semua orang melalui chanel radio, kadang di kliniknya sendiri dan banyak lagi. Produknya terbukti berkesan dan selamat digunakan. 


Secara tak semena-mena Shaklee telah menempa nama di persada dunia dengan antara syarikat yang menaja angkasawan ke angkasa lepas, atlet-atlet dalam sukan antarabangsa dan sebagainya. Hebat, kan? 


Maklumlah Dr. Shaklee adalah orang yang pertama mencipta supplemen iaitu pada tahun 1915. 




Opsss, berbalik pada bonus tadi, mana-mana bonus yang diperolehi, sentiasa diingatkan supaya dahulukan perbelanjaan mana yang penting terutamanya menjelaskan hutang dan pinjaman. 

Menurut mentor Melati, hutang adalah pemberat hidup. Biar kita miskin dahulu dalam usaha menjelaskan hutang. Insha Allah, Allah akan permudahkan usaha kita nanti. Melati amat setuju dengan hakikat itu. 


Setelah selesai semua misi-misi tu, barulah Melati boleh join group motor ride sana sini. Yang Melati nak pergi sangat, 1000 corner, Segitiga Emas (Laos, Thailand, Myanmar) dan ride to Vietnam. 

1000 corner adalah impian emas Melati sejak mula memiliki Z1000 pada tahun 2013. Disebabkan halangan keluarga, Melati terpaksa lepaskan apa yang Melati minat demi ayah dan keluarga tercinta atas sebab-sebab tertentu. 

Apa yang Melati nak sangat adalah Freedom. Kebebasan Masa dan Kewangan. Target Melati, ingin menjadi salah seorang Work At Home Mom (WAHM@2019). 


Orait guys, nanti kita ride lagi pada awal 2018. Hopefully...

24 August, 2015

Manfaat Pemakanan Sihat dengan Sunnah


Anggur Muscadine adalah anggur liar yang tumbuh di sebelah tenggara Amerika Syarikat iaitu di kawasan North Carolina, Georgia dan Texas. 

Anggur Muscadine (Vitis Rotundifolia) ini pada awalnya ditanam di Scuppernong, North Carolina, oleh orang asli Amerika lebih kurang 400 tahun yang lalu dalam sekitar tahun 1810. 


Ia adalah anggur yang berkulit kuning gangsa bertukar kepada ungu gelap apabila ia benar-benar masak ranum.


Tidak seperti anggur biasa, Muscadine boleh dimakan bersama kulit. Ia biasanya dimasak untuk dijadikan jem, jeli, wain dan sebagainya. Anggur Muscadine mempunyai 6 kali Resveratrol lebih dari anggur biasa dan amat sesuai untuk diet pemakanan sihat. 


Resveratrol adalah polifenol yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan sebagai agen anti-kulat semula jadi. 

Ini kerana sebahagian besar daripada resveratrol dalam anggur terletak pada kulit anggur. Kajian telah menunjukkan bahawa anggur Muscadine mengandungi kepekatan resveratrol yang paling tinggi berbanding tumbuh-tumbuhan lain. 



Pada tahun 2003, Dr. David Sinclair mendapati bahawa anggur Muscadine adalah sumber resveratrol yang boleh membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan meningkatkan tahap tenaga dan daya tahan serta boleh meningkatkan jangka hayat iaitu dengan mengurangkan risiko kematian akibat diet pemakanan berkalori tinggi.  

Satu hidangan anggur Muscadine boleh membantu mengekalkan kolesterol sihat dan membantu penghadaman. 


Manfaat Kesihatan Anggur Muscadine

i. Membantu menggalakkan jantung yang sihat dan fungsi kardiovaskular
Penyelidik di Wake Forest University School of Medicine, Winston Salem, North Carolina, mendapati bahawa polifenol antioksidan dalam biji anggur Muscadine telah menunjukkan bahawa ia mampu stabilkan tekanan darah. Kajian ini telah pun disiarkan dalam "Jurnal American College of Nutrition" keluaran Oktober 2010. 


Mississippi State University pula melaporkan kulit anggur Muscadine dan isinya adalah antara sumber terbaik yang mengandungi serat diet,  mineral dan karbohidrat serta rendah lemak. 

Serbuk Muscadine mempunyai lebih banyak serat diet berbandiing bijirin oat atau beras bran yang mana ia amat bagus untuk jantung dan fungsi kardiovaskular. 


ii. Menghalang pembentukan protein AGE yang terbentuk akibat pemakanan dan genetik. protein AGE adalah faktor terjadinya penyakit seperti kencing manis, nyanyuk, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.



iii. Sokongan Anti-Radang
Anggur Muscadine menyediakan bantuan anti-radang yang disebabkan oleh Rheumatoid arthritis, gout, psoriasis, IBS, kolitis, aterosklerosis, kencing manis dan Fibromyalgia, atau apa-apa sebab lain.


iv. Antioksidan
Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh "Jurnal Pertanian dan Makanan Kimia," pada April 2010 mengatakan biji anggur Muscadine telah menunjukkan tahap antioksidan tertinggi di dalam buah anggur.  

Anggur Muscadine, Resveratrol dan sumber antioksidan ini amat penting untuk melawan radikal bebas. 


Antioksidan ini sangat berguna untuk menghalang penyakit seperti kanser, Alzheimer, kencing manis, tekanan darah tinggi, alahan dan artritis. 


Ia juga boleh membantu meningkatkan sistem imun badan.


v. Anti-Kanser
Satu hasil kajian yang diterbitkan oleh "Jurnal Perubatan Makanan" pada Mac 2007, para penyelidik pemakanan telah  mendapati bahwa ekstrak anggur Muscadine ini mempunyai potensi yang baik untuk mencegah kanser.

"Ia adalah salah satu sumber alam semula jadi yang paling kaya antioksidan polifenolik. Muscadines telah dikaji untuk memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang menghidap kanser terutama kanser prostat. "


vi. Pengawet
Ekstrak biji anggur Muscadine mempunyai antibakteria yang berguna untuk mengawet makanan. 

Menurut satu kajian yang telah diterbitkan pada Julai 2008 oleh "Jurnal Perlindungan Makanan mendakwa yang ekstrak Muscadine ini berpotensi baik sebagai bahan pengawet untuk jus dan minuman lain. 


Di Shaklee, satu produk yang telah berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu produk anti penuaan selular yang dikenali sebagai VIVIX. 

Di kala usia kian meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, dengan hanya 1 SUDU TEH VIVIX  sehari, Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 


Ini adalah kerana kandungan VIVIX yang turut mempunyai ekstrak Anggur Muscadine adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol biasa dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.




23 August, 2015

Tocopherol? Apa ke bendanya tu...



Tocopherol adalah unsur kimia yang berlaku secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Biasanya dikenali sebagai vitamin E yang boleh membantu badan melawan pelbagai jenis penyakit kronik.



Bahan antioksidan ini boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang paling segar seperti bayam, kacang dan minyak sayuran. 

Ia turut hadir dalam beberapa jenis makanan yang diproses seperti bijirin sarapan pagi, di mana bijirin tersebut diperkayakan dengan pelbagai vitamin termasuklah vitamin E ini.


Faedah Tocopherol kepada Kesihatan 

i. Meningkatkan Sistem Imun dan Metabolisme

Tocopherols adalah bahan antioksida yang boleh menghalang aktiviti radikal bebas dalam tubuh badan manusia. Ia juga boleh membantu dalam mengekalkan sistem imun secara berkesan. 

Fungsi tocopherols adalah untuk memastikan bahawa proses metabolisme dalam badan sentiasa kekal cekap. Tocopherols mampu melindungi isu tisu sensitif pada bahagian-bahagian tertentu badan seperti mata, kulit, payudara, hati dan testis.




ii. Mengurangkan Risiko Kanser dan Penyakit Kardiovaskular

Ia telah terbukti dalam kajian baru-baru ini bahawa tahap rendah vitamin E dalam darah boleh menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit kanser, termasuklah kanser payudara dan paru-paru. 

Tocopherols sebenarnya boleh melambatkan proses pengoksidaan darah dan menghalang pembekuan darah dalam arteri.


iii. Mencegah Katarak

Katarak adalah masalah kesihatan yang sering berlaku di kalangan warga emas tanpa mengira lelaki ataupun wanita. 

Katarak ini disifatkan sebagai ketumbuhan yang tidak normal yang berlaku dalam kanta mata. Hadirnya antioksidan ini boleh melambatkan perkembangan penyakit tersebut. 


Menurut kajian, supplemen vitamin E boleh mengurangkan risiko katarak sebanyak 50% atau lebih.



iv. Melambatkan Penuaan

Pakar-pakar perubatan percaya bahawa penuaan adalah disebabkan oleh penurunan kecekapan sistem imun dan juga peroksidaan lipid. Adalah disyorkan bahawa setiap orang perlu mengambil sekurang-kurangnya 15 mg vitamin E setiap hari

Kekurangan pengambilan tocopherols boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk jerawat, keletihan, batu karang, anemia, kesuburan dan penuaan awal. 


Kekurangan vitamin E juga boleh meningkatkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, artritis, strok, katarak, kencing manis, kanser dan demensia.


Bagaimana vitamin E memberi manfaat kepada kulit?

i. Melindungi epidermis (lapisan luar kulit) dari peringkat awal kerosakan cahaya ultraungu

ii. Meningkatkan keberkesanan bahan-bahan pelindung matahari

iii. Mengurangkan pembentukan radikal bebas apabila kulit terdedah kepada sinar UVA. 

iv. Menghalang pengoksidaan lemak yang mana ia adalah sumber utama kerosakan membran sel dalam badan


v. Mengurangkan kadar kehilangan air dari kulit dan menguatkan fungsi halangan kulit

vi. Melindungi minyak halangan kulit (lipid) baki semasa proses pembersihan

v. Mengurangkan keparahan kesan akibat terbakar terkena sinar matahari



Begitulah serba sedikit perkongsian berkenaan Vitamin E yang amat penting untuk kesihatan. 

Tocopherol ini turut terkandung dalam Gentle Deep Foaming Cleanser. Bukan setakat bahan antioksida ini sahaja yang terkandung dalam pembersih yang hebat ini, namun ada ekstrak Alga Hijau, Strawberi Begonia dan Seaweed




Teruskan pembacaan tentang Penyelesaian Terbaik - NutriWhite Cleanser

22 August, 2015

Manfaat Buah Zaitun untuk Penjagaan Kulit




Zaitun adalah merupakan sejenis spesis tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir lagi.


Nama saintifik zaitun ialah Olea europaea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. 

Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar.
 

Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan kerana ia boleh melembapkan, melembutkan kulit secara tak langsung kulit menjadi halus dan licin bak sutera.

Buah zaitun yang kaya dengan vitamin E dikatakan mampu melindungi sel-sel dari radikal bebas yang berbahaya. Menurut kajian, antioksidan ini dikatakan mampu mengurangi kemunculan garis-garis halus pada kulit. 

Asid lemak yang ada dalam buah zaitun ini dikatakan mampu berfungsi memberi keanjalan pada kulit dan melindungi elastin kulit rosak.

Minyak zaitun ini ada terkandung dalam Gentle Deep Foaming Cleanser yang amat bermanfaat untuk kulit.

21 August, 2015

Ketahui Khasiat Kacang Soya




Di dalam cleanser NutriWhite ada menunjukkan penggunaan ekstrak Glycine Soja iaitu kacang soya. Glycine Soja ini adalah dari ahli keluarga kekacang yang mana ekstraknya diperolehi dari biji kacang soya yang memang asalnya dari Asia Timur. 

Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).  Di Jepun, China, dan Korea, kacang soya telah membentuk sebahagian besar diet pemakanan  seperti miso, natto, tauhu, tempe, kicap, douchi dan sebagainya. 

Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap dan kaya dengan isoflavon (hampir sama dengan hormon estrogen) yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. 

Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegeterian. 

Ianya juga amat berkesan sebagai agen anti oksida, tinggi nutrien dan hanya mengandungi lemak yang minimum dan sifar kolestrol. 

Khasiat kepada kulit 


Glycine Soja merupakan agen anti-radang untuk kulit. Selain merupakan agen anti oksidan yang kuat kerana ianya memang kaya dengan vitamin E. 

Fungsinya amat diperlukan dalam produk anti-penuaan untuk melindungi kulit daripada radikal bebas selain memulihkan kulit serta mengurangkan risiko kanser kulit. 

Hadirnya agen anti oksida yang kuat ini boleh membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan mengurangkan kesan-kesan penuaan seperti tompok-tompok hitam, kendur, kusam, kering dan garis-garis halus serta kedutan pada kulit

Ia juga boleh mengurangkan kerosakan sel yang disebabkan oleh sinar ultraviolet matahari (UV), yang merupakan sebab kenapa Glycine Soja sering digunakan dalam produk-produk pelindung matahari (sunblock) yang mendorong kulit menjadi lebih cerah dan putih

Di dalam ekstrak kacang soya ni juga digunakan untuk merangsang pengeluaran kolagen yang boleh meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit. 


Glycine Soja ini yang digunakan dalam cleanser NutriWhite adalah untuk mengurangkan ketegangan pada permukaan kulit yang berminyak.  

Pengeluaran minyak yang berlebihan dari kulit boleh menyebabkan pertumbuhan Propionibacterium Acne atau lebih dikenali sebagai jerawat. 


Jerawat terhasil disebabkan adanya bakteria, hormon dan pengeluaran minyak yang berlebihan pada kulit dan adanya kulit mati. 

Penggunaan cleanser NutriWhite yang mencuci secara mendalam boleh menghilangkan sel-sel kulit mati secara lembut tanpa meninggalkan kesan kering pada kulit dan menjadikan kulit kembali segar, anjal, licin, lembut dan berseri.