Posts

Showing posts from June 28, 2025
P F T @

Al-Fatihah Tun Dr. Siti Hasmah - Sebuah Renungan

Image
Malam ini terasa lain sedikit. Berita pemergian Tun Hasmah tiba-tiba membawa aku kembali kepada makna seorang ibu, seorang pendamping, seorang wanita yang bertahan dengan lembut sepanjang zaman yang penuh cabaran. Seratus tahun bukan usia yang singkat. Ada banyak yang beliau saksikan, banyak yang beliau lalui dan mungkin banyak juga yang beliau pendam sendiri sebagai seorang isteri kepada tokoh besar negara. Aku terfikir, di sebalik gelaran dan sejarah, beliau tetap seorang manusia biasa yang penat, yang gembira, yang bimbang, sama seperti aku dan semua wanita lain yang cuba menjadi kuat setiap hari. Entah kenapa, berita ini menyentuh sesuatu dalam diriku. Mungkin kerana aku pun seorang ibu, yang cuba bertahan, cuba membesarkan anak-anak sendirian, cuba mencari makna di sebalik keletihan harian. Melihat seorang wanita yang begitu dihormati akhirnya pergi dengan tenang pada usia begitu panjang, buat aku rasa bahawa hidup ini, walau seberat mana pun, tetap ada keindahannya sendiri jika...

Z1000 & Misteri Kisah Cinta Tergolek ...dan "Kasut Tumit Tinggi"

Image
GEDEBUK! Itulah bunyi Kak Mawar semasa terjatuh betul-betul kat depan kedai makan Teluk Senangin. Pantai berpasir putih yang penuh orang melepak. Time tu pendek kata semua mata memandanglah. Memang malu sesangat, tapi terpaksalah letak tepi dulu. Tapi yang paling menyedihkan, cermin sisi kiri motor tu retak seribu .  Aha, tapi sebelum Kak Mawar nak bercerita macam mana Kak Mawar boleh jatuh "tergolek" kat Teluk Senangin tu, jom kita patah balik ke tahun 2013 hingga 2019 sewaktu Kak Mawar mula terjebak dengan aktiviti bermotosikal ni.  Ini adalah kisah seorang wanita yang asalnya cuma tahu berangan, sehinggalah dia berjaya memulas throttle impiannya sendiri . Kak Mawar la tu... :D Ilustrasi adalah suntingan AI