Posts

Showing posts from May 2, 2026
P F T @

Al-Fatihah Tun Dr. Siti Hasmah - Sebuah Renungan

Image
Malam ini terasa lain sedikit. Berita pemergian Tun Hasmah tiba-tiba membawa aku kembali kepada makna seorang ibu, seorang pendamping, seorang wanita yang bertahan dengan lembut sepanjang zaman yang penuh cabaran. Seratus tahun bukan usia yang singkat. Ada banyak yang beliau saksikan, banyak yang beliau lalui dan mungkin banyak juga yang beliau pendam sendiri sebagai seorang isteri kepada tokoh besar negara. Aku terfikir, di sebalik gelaran dan sejarah, beliau tetap seorang manusia biasa yang penat, yang gembira, yang bimbang, sama seperti aku dan semua wanita lain yang cuba menjadi kuat setiap hari. Entah kenapa, berita ini menyentuh sesuatu dalam diriku. Mungkin kerana aku pun seorang ibu, yang cuba bertahan, cuba membesarkan anak-anak sendirian, cuba mencari makna di sebalik keletihan harian. Melihat seorang wanita yang begitu dihormati akhirnya pergi dengan tenang pada usia begitu panjang, buat aku rasa bahawa hidup ini, walau seberat mana pun, tetap ada keindahannya sendiri jika...

Trip Mangga Harum Manis Perlis - Kebun, Homestay dan Bajet RM175

Image
Ladang Kenaf, Chuping (dijana menggunakan AI). Assalamualaikum, Kak Mawar di sini. Siapa sangka, berawal dari sembang-sembang semasa Umrah Ramadhan Andalusia 2024 tentang mangga Harum Manis, Aunty Norlidah mempelawa rakan-rakan jemaah datang ke kebunnya di Perlis. Harga di kebun lebih murah daripada beli di tepi jalan, dan boleh masuk kebun pula. Siapa yang tak mahu, kan! Akhirnya pada April 2026 , janji tahun 2024 itu tertunai. Asalnya Kak Mawar nak naik ETS, tapi tiket pergi balik dekat RM300, belum campur Grab ke sana sini dan mengangkut mangga dalam tren. Jadi kami putuskan drive sahaja , dan boleh kongsi kos sekali. Nak tahu harga mangga, tips pilih dan fakta Harum Manis? Baca di sini: Panduan Harum Manis: Harga, Tips Pilih dan Fakta . Ringkasan Trip Tarikh: 25 dan 26 April 2026 (2 hari 1 malam) Perjalanan: Putrajaya, Ipoh, Alor Setar, Perlis, dan balik ikut jalan yang sama Rombongan: 3 generasi, Baby Boomers, Gen X dan Gen Z Bajet: sekitar RM1...