P F T @

Misi Dulu, Ride Kemudian

Ya Allah, rindunya nak ride sesama lagi.

Tapi apa boleh buat, ada misi yang perlu diselesaikan dulu. Ada kerja yang tak boleh ditangguh dan ada matlamat yang perlu dicapai sebelum Mawar boleh pulas throttle sepuas-puasnya.

Di hadapan deretan Bennelli T600

Misi 1: Tanam Benih Dulu

Dua tahun pertama ini, Mawar perlu fokus untuk membina sumber pendapatan sampingan. Tanam benih, semai, jaga, siram dan baja cukup-cukup. Hasilnya nanti, Mawar harap ia memuaskan hati.

Tak ada jaminan, tapi Mawar percaya usaha yang konsisten tak pernah sia-sia.


Misi 2: Setelkan Hutang

Ini bahagian yang paling jujur untuk Mawar tulis.

Duit tabung Mawar dah licin lecak, termakan dek pelaburan yang tak menjadi dan macam-macam kes yang Mawar sendiri terlalu percaya. Sekarang, hutang keliling pinggang. Pengajarannya mahal, tapi Mawar simpan sebagai pengalaman.

Ada orang pernah cakap pada Mawar, hutang itu pemberat hidup. Biar kita "miskin" dulu asalkan hutang selesai. Mawar setuju. Bila bahu dah ringan, langkah pun jadi lebih laju.

Lepas tu, baru boleh membina tabungan semula.


Misi 3: Aset, Ilmu dan Hajat Arwah Mak

Bila hutang selesai dan tabung dah mula membukit, Mawar nak fokus pada:

  • pengumpulan aset
  • pendidikan anak-anak
  • pendidikan diri sendiri

Hajat di hati, Mawar nak sambung belajar. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tapi untuk jadi inspirasi kepada anak-anak. Dan untuk menunaikan hajat arwah mak yang begitu berharap Mawar menjadi pakar kaunseling.

Al-Fatihah untuk arwah mak. Kalau mak ada, Mawar harap mak bangga dengan pencapaian Mawar.


Apa Yang Mawar Cari Sebenarnya

Kalau ditanya apa yang Mawar nak sangat, jawapannya hanya satu... iaitu kebebasan. Kebebasan masa dan kewangan. Mawar bercita-cita menjadi Work At Home Mom, yang ada masa untuk anak-anak dan hidup yang tak sentiasa dikejar tekanan.

Bagi Mawar, rezeki bukanlah semata-mata duit. Rezeki juga ... hati yang tenang, anak-anak yang membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh dan solehah, kawan-kawan yang jujur dan setia, dan urusan yang sentiasa dipermudahkan. Duit tetap perlu, tapi kalau hati lapang, hidup lebih cool, right!


Destinasi Impian

Bila semua misi selesai, barulah Mawar boleh join group ride sana sini. Tiga destinasi dalam senarai:

  1. 1000 Corner, impian emas sejak Mawar memiliki Z1000 pada 2013.
  2. Segitiga Emas (Laos, Thailand, Myanmar).
  3. Ride ke Vietnam.

Dulu Mawar terpaksa lepaskan minat ini demi ayah dan keluarga tercinta. Mawar tak menyesal, tapi impian itu tak pernah padam.

Ilustrasi AI: tangan memegang kunci motosikal dengan superbike yang kabur di latar belakang

Suatu hari kelak, inilah kunci superbike Mawar.
(Ilustrasi AI)


Kemas Kini: Dua Impian Dah Tercapai

Alhamdulillah, pada tahun 2018, dua daripada tiga impian dalam senarai ini sudah tercapai:

✔ Segitiga Emas. Bukan dengan ride, tapi Mawar berpeluang menjejakkan kaki ke sana semasa dalam perjalanan dari Mae Sai ke Chiang Mai.

✔ 1000 Corner. Dari Chiang Mai, Mawar sewa motosikal dan ride ke Mae Hong Son.

Yang tinggal hanya satu: ride ke Vietnam.

Sampai Jumpa Lagi...

Orait guys, tinggal Vietnam. Nanti kita ride lagi. Hopefully... amin.

Comments