Mencari Syifa’ dan Syurga dalam Ujian
Assalamualaikum anak-anak Mama sayang... Mama tulis coretan ini bukan sekadar untuk memenuhi ruang blog Canonrider, tapi sebagai kompas untuk anak-anak Mama saat dunia terasa menghimpit. Kita semua tahu, perjalanan hidup kita bukan lebuh raya yang rata. Ada lubang trauma, ada bukit kewangan yang tinggi untuk didaki dan ada rintangan kesihatan yang perlu kita lalui. Tapi, Mama mahu anak-anak kesayangan Mama pegang dua kunci utama yang Mama pelajari hari ini dari kelas Tadabbur Ghulam Al-Dakwah, Rawatan Hati Melalui Surah Ash-Sharh (94) oleh ustaz Abdul Muein Abd. Rahman bertarikh 12 Mac 2023 . 1. Al-Quran: Bukan Sekadar Bacaan, Tapi Penawar (Syifa’) Dalam Surah Yunus, ayat 57-58, Allah menurunkan manual kehidupan yang sangat indah. Allah Taala menyebut Al-Quran itu ada 4 fungsi besar: Mau’izah (Nasihat): teman saat kita hilang arah. Syifa’ (Penawar): ini paling penting untuk kita. Ia adalah ubat bagi ‘penyakit dalam dada’. Segala parut luka lama, trauma yang...