9 Kebenaran Pahit Tentang Hidup yang Perlu Kita Terima
Artikel ini adalah artikel terjemahan daripada Some Ugly Truths of Life , oleh Ayaz Ali, Quora Space: Psychology Behaviour | 2 Mei 2024 Kesihatan itu penting. Tak usahlah mengharapkan pujian atas kerja keras kita. (Kerja kerana Allah Taala, bukan untuk pengiktirafan apatah lagi pujian.) Masa kita susah dan sukar itulah baru kita kenal siapa orang itu. Duit, pangkat dan penampilan itu untuk jangka masa sementara je. Suatu hari nanti, apabila kulit dah berkedut, rambut beruban dan menipis, kita akan menilai sesuatu itu dengan cara pandang yang berbeza pula. Jangan lupakan mak ayah kita. Walaupun dah meninggal atau masih ada, sentiasalah titipkan doa untuk diorang, minta dengan Allah Taala agar mereka sentiasa dalam rahmat Allah sebagaimana mereka menjaga kita semasa kecil. Tidak semua orang akan mempunyai kisah kejayaan yang besar dan itu tidak mengapa. Semua orang ada kisah masing-masing dengan keunikan tersendiri. Kita akan mengal...