15 Cara Mudah Jadi Orang yang Disenangi Ramai
Ini adalah artikel terjemahan daripada artikel 15 Sentences That Will Maximise Your Social Intelligence , Quora Space: Mental Health (Psychology), oleh Hoorab Abbasi | 12.8.2024 Bagi menyelesaikan sesuatu isu dengan cepat, seeloknya bersikap lemah-lembut kepada diri sendiri, tetapi tegas terhadap masalah tersebut. Anggaplah setiap orang yang hadir dalam hidup korang tu adalah seorang guru yang hendak mengajar korang sesuatu. Berhenti sekejap semasa bercakap + make eye contact = keyakinan. Jadikan semua orang di sekeliling korang berasa penting dengan menggunakan kaedah SHR ( Seen, Heard, Remember ): dilihat, didengari dan diingati . Sebutan yang paling digemari oleh ramai orang adalah nama diorang, jadi ingatlah nama mereka. Memuji biarlah secara terbuka, mengkritik haruslah secara tertutup. Sebelum memberi respon ( feedback ), pastikan orang itu merasa korang memang ambil berat tentangnya. Strategi rangkaian terbaik ialah strategi ‘ membantu o...