Posts

P F T @

Bab 2 | Kekayaan Sejati

Image
Ilustrasi: dijana AI Suasana di beranda rumah Pak Danial, petang itu riuh dengan cerita tentang pulangan dana pelaburan kebun durian komersial. Khairul, dengan gaya seorang broker saham yang serba tahu, sedang rancak mengira agihan dividen di atas skrin tabletnya. Di sebelah, Linda sibuk membelek kuku yang baru dibuat, sekali-sekala membetulkan kedudukan beg tangan jenama mewah yang sengaja diletakkan di atas meja. Sakinah hanya duduk di sudut bangku kayu, menjadi pemerhati yang setia. Di tangannya ada secawan kopi yang sudah suam. "Bulan ni untung portfolio pelaburan korporat kita naik sikit, ayah. Kebun durian Linda dengan bahagian Mak Tiri pun saya dah uruskan bahagian bersih. Semua dah masuk akaun," kata Khairul, si perunding kewangan itu penuh bangga. Pak Danial mengangguk-angguk sambil tersenyum lebar, kelihatan sangat bangga dengan anak lelakinya yang seorang itu. Puan Katrina, si mak tiri, tersenyum meleret sambil mengerling ke arah Sakinah. Tiba-tiba, pand...

Bab 1 | Antara Maruah dan Sabar yang Berbisa

Image
Ilustrasi: dijana AI Lampu biru berkelip-kelip dari jauh sudah cukup untuk membuatkan suasana di dalam SUV premium itu bertukar tegang. Di luar, hujan renyai-renyai mula membasahi lebuh raya menghala ke ibu kota. Di dalam, atmosfera terasa lebih sejuk daripada pendingin hawa yang terpasang. Sakinah Elena membetulkan kedudukan duduknya di kerusi penumpang hadapan. Di sebelahnya, Mastura, sahabat karibnya sedang memandu dengan tenang. Di barisan tempat duduk belakang, ada Pak Danial (ayah Sakinah), Puan Katrina (ibu tiri Sakinah), dan seorang kenalan rapat keluarga yang dipanggil Pak Cik Khalid. Kereta Honda CRV itu sebenarnya milik Kak Long Sakinah, iaitu Hanis, yang juga ada bersama di tempat duduk belakang. "Aduh, ada roadblock pulak," rungut Puan Katrina dari belakang, nadanya kedengaran rimas. Mastura memperlahankan kenderaan, bersedia untuk berbaris mengikut arahan polis trafik di hadapan. Punca sekatan jalan raya hari ini jelas, hanya pemeriksaan rutin dan mu...

Di Sebalik Perang Air | Makna, Sejarah dan Tradisi Sebenar Songkran

Image
Suasana Songkran tradisional (dijana menggunakan AI). Assalamualaikum, Kak Mawar di sini. Dulu Kak Mawar ingat Songkran ni cuma festival budak-budak muda yang adrenaline rush main pistol air kat jalanan di Patong Beach, Hatyai, Bangkok, Chiang Mai atau di mana-mana sahaja di Thailand. I mean, it looks super fun and happening, a massive water war party, right? Dengan muzik dance yang kuat dan lautan manusia yang basah lencun dari pagi sampai ke malam. Tapi rupanya, bila Kak Mawar gali lebih dalam, festival ni bukan calang-calang pesta. Ia adalah perayaan yang memegang makna yang sangat deep , syahdu dan spiritual bagi penganut agama Buddha. It's about a spiritual rebirth, a fresh start and shedding the old year's burdens, guys! Info Negara Gajah Putih Sebelum kita melompat terus ke dalam kolam air Songkran, jom kita kenal sikit dengan ‘tuan rumah’ kita, Thailand. Sebuah negara yang kaya dengan budaya dan sejarah yang mendalam. Thailand ni bukan negara kecil-k...

Trip Mangga Harum Manis Perlis | Kebun, Homestay dan Bajet RM175

Image
Ladang Kenaf, Chuping (dijana menggunakan AI). Assalamualaikum, Kak Mawar di sini. Siapa sangka, berawal dari sembang-sembang semasa Umrah Ramadhan Andalusia 2024 tentang mangga Harum Manis, Aunty Norlidah mempelawa rakan-rakan jemaah datang ke kebunnya di Perlis. Harga di kebun lebih murah daripada beli di tepi jalan, dan boleh masuk kebun pula. Siapa yang tak mahu, kan! Akhirnya pada April 2026, janji tahun 2024 itu tertunai. Asalnya Kak Mawar nak naik ETS, tapi tiket pergi balik dekat RM300, belum campur Grab ke sana sini dan mengangkut mangga dalam tren. Jadi kami putuskan drive sahaja, dan boleh kongsi kos sekali. Nak tahu harga mangga, tips pilih dan fakta Harum Manis? Baca di sini: Panduan Harum Manis: Harga, Tips Pilih dan Fakta . Ringkasan Trip Tarikh: 25 dan 26 April 2026 (2 hari 1 malam) Perjalanan: Putrajaya, Ipoh, Alor Setar, Perlis, dan balik ikut jalan yang sama Rombongan: 3 generasi, Baby Boomers, Gen X dan Gen Z Bajet: sekitar RM175 seor...

Panduan Harum Manis | Harga, Tips Pilih dan Fakta

Image
Mangga Harum Manis (dijana menggunakan AI). Assalamualaikum, Kak Mawar di sini. Dulu Kak Mawar ingat mangga Harum Manis sama sahaja dengan mangga lain. Selepas mengunjungi kebun Aunty Norlidah di Perlis pada April 2026, banyak yang Kak Mawar baru tahu. Post ini merangkumi harga, tips memilih dan fakta ringkas tentang Harum Manis. Nak baca kisah trip penuh (homestay, makan, tempat menarik)? Ada di sini: Trip Mangga Harum Manis Perlis . Kenapa Harum Manis Istimewa? Harum Manis paling terkenal datang dari Perlis. Masa di kebun, Aunty Norlidah ‘berbisik’ bahawa buah ini dipercayai kacukan dengan kuini. Kalau betul, itu mungkin sebabnya rasanya lain daripada mangga biasa. Kak Mawar tak dapat mengesahkan perkara ini, jadi anggap sebagai cerita tuan kebun. Rasa: ada kick masam manis dan sedikit lemak yang seimbang. Tak manis melampau sampai termuak. Tekstur: isi pejal, tak lembik macam sesetengah mangga lain. Senang dimakan: senang dipotong kerana isinya tak lembik ...

Nota Kecil Mama | Tadabbur Surah Al-Baqarah untuk Anak-Anak

Image
Mentadak Mentadu: simbol ketelitian dan kepatuhan pada fitrah ciptaan-Nya. Assalamualaikum buat para pembaca dan teristimewa buat tiga permata hati Mama yang dikasihi... Dalam kembara hidup Mama yang panjang, Mama belajar bahawa setiap perjalanan memerlukan ‘peta’ dan ‘perisai’. Hari ini, Mama ingin menitipkan sebuah nota kecil, satu rahsia kekuatan yang Mama temui dalam Al-Quran. Jika suatu hari nanti anak-anak Mama mencari kekuatan saat jiwa terasa lelah, carilah kekuatan itu dalam Surah Al-Baqarah. Bila hati lapang untuk Islam, dunia yang luas ini akan terasa lebih damai dan tenang. 1. Kenapa Surah Al-Baqarah? (Kekuatan Seorang Khalifah) Surah ini adalah surah terpanjang dalam Al-Quran (286 ayat) dan merupakan surah yang diturunkan di Madinah selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ia menjadi asas kepada pembentukan umat. Apa maknanya bagi kita? Surah ini mengajar tentang peranan kita yang paling besar, iaitu kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. ...