P F T @

10,000 Bilik di Makkah! Kisah Abraj Kudai

Artikel ini adalah artikel terjemahan daripada Quora, What are the most interesting ‘world’s largest ___’ that are around the world?

Gambar hotel Abraj Kudai di Makkah

Pada masa ini, Arab Saudi mahu membuat perkara yang besar. Besar yang tidak pernah ada sebelum ini. Itulah sebabnya mereka datang dengan Abraj Kudai yang terletak di Makkah. Abraj Kudai adalah sebuah hotel yang sangat besar bagaikan seekor raksasa.

Projek mega ini dianggarkan bernilai USD3.5 bilion yang menawarkan tahap kemewahan dan kecemerlangan yang tidak pernah berlaku dalam abad ini.

Gambar hotel terbesar di dunia dengan 10,000 bilik di Makkah

Keluasannya telah menjangkau 1.4 juta meter persegi, atau dengan kata lain, lebih kurang sama dengan keluasan 262 padang bola sepak bersaiz Amerika.

Fakta Pantas

10,000 bilik. 70 restoran. 12 menara. 45 tingkat.

Sekarang, apa yang sebenarnya ada dalam hotel mega ini?

  • 10,000 bilik
  • 70 restoran
  • 4 helipad
  • stesen bas
  • keseluruhan pusat membeli-belah (orang nak pi menyucikan diri, bukan nak berjimba-jimba!)
  • bilik tarian (untuk apa ni? di tanah haram kot)
  • kubah terbesar di atas hotel
  • dan pusat persidangan
Gambar menara hotel Abraj Kudai

Hotel ini terdiri daripada 12 menara yang mempunyai 45 tingkat, termasuk 5 tingkat khas untuk kerabat diraja Saudi. (ada kasta jugak)

Pembinaan hotel ini bermula pada 2015, dan asalnya hotel ini akan dibuka pada 2017. Namun disebabkan masalah kewangan dan kontroversi apabila sebuah kren milik syarikat pembinaan SBG, yang turut membina Abraj Kudai ini, telah terjatuh ke dalam Masjidil Haram. (elokla tak bukak pun!)

Gambar kren yang tumbang di Makkah pada 2015

Tragedi bersejarah itu telah berlaku sekitar jam 5:10 petang pada 11 September 2015 yang telah mengorbankan 111 orang dan mencederakan 394 jemaah lain. (ada kenalan kita yang terselamat masa ni, yang menunaikan haji pada 2015)

Jemaah haji ketika itu sedang bersiap sedia untuk menunaikan haji. Runtuhan itu telah disebut sebagai kren yang paling maut dalam sejarah, berbanding kejadian paling mengerikan sebelum ini, iaitu keruntuhan kren pembinaan di New York City pada 2008, yang telah membunuh 7 orang.

Gambar berkaitan syarikat pembinaan dan larangan projek

Disebabkan itu, SBG telah digantung daripada mengambil projek baharu. Setakat artikel asal ini ditulis, hotel Abraj Kudai masih belum selesai dibina sepenuhnya.

First World Hotel di Genting Highlands, Malaysia

Namun, setelah selesai dibina, ia akan membawa gelaran ‘Hotel yang Terbesar di Dunia’, yang dapat mengatasi First World Hotel di Malaysia, yang mempunyai 7,351 bilik sahaja. (kat Genting Highland tu, private land yang turut dikenali sebagai kawasan judi terbesar di Malaysia, sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan)

Jadual kadar pertukaran mata wang untuk kos penginapan semalam

Hotel ini akan dibuka untuk orang awam Islam untuk menginap dengan kos yang berpotensi £4,000 (RM23,000) setiap malam atau kira-kira $5250. Gila mahal. (Duit sebanyak itu untuk semalam sahaja? Takut jadi pembaziran, wallahualam)

Gambar penutup tentang Abraj Kudai

Korang boleh baca Wikipedia tentang Abraj Kudai dan jangan lupa klik nak tahu lebih lanjut tentang Abraj Kudai.

Comments