P F T @

15 Cara Mudah Jadi Orang yang Disenangi Ramai

Ini adalah artikel terjemahan daripada artikel 15 Sentences That Will Maximise Your Social Intelligence, Quora Space: Mental Health (Psychology), oleh Hoorab Abbasi | 12.8.2024

Gambar petikan: Let Your Smile Change The World
  1. Bagi menyelesaikan sesuatu isu dengan cepat, seeloknya bersikap lemah-lembut kepada diri sendiri, tetapi tegas terhadap masalah tersebut.
  2. Anggaplah setiap orang yang hadir dalam hidup korang tu adalah seorang guru yang hendak mengajar korang sesuatu.
  3. Berhenti sekejap semasa bercakap + make eye contact = keyakinan.
Gambar petikan tentang melihat sesuatu yang indah
  1. Jadikan semua orang di sekeliling korang berasa penting dengan menggunakan kaedah SHR (Seen, Heard, Remember): dilihat, didengari dan diingati.
  2. Sebutan yang paling digemari oleh ramai orang adalah nama diorang, jadi ingatlah nama mereka.
  3. Memuji biarlah secara terbuka, mengkritik haruslah secara tertutup.
  4. Sebelum memberi respon (feedback), pastikan orang itu merasa korang memang ambil berat tentangnya.
  5. Strategi rangkaian terbaik ialah strategi ‘membantu orang lain dahulu’.
Gambar petikan motivasi tentang menjadikannya milik sendiri
  1. Kesepian adalah silent pandemic; anggaplah memang ada orang yang jumpa dengan korang.
  2. Bina tabiat menjawab dengan “Ya, dan...” kerana ini boleh membuka percambahan banyak idea dari orang lain semasa dalam perbincangan.
  3. Elakkan merungut atau bergosip (tiada siapa yang suka mendengarnya pun).
  4. Storytelling adalah satu kuasa yang besar, jadi gunakanlah struktur seperti persediaan, ketegangan dan resolusi semasa bercerita (setup, tension, resolution).
Gambar petikan selamat datang ke minggu baharu
  1. Untuk mengetahui kelemahan yang korang tak perasan, bina inner circle yang akan memberi respon yang jujur tentang korang.
  2. Normalkan ungkapan “Saya belum tahu apa-apa tentang itu lagi” sebab itu jawapan yang terbaik untuk menggambarkan kita bersikap optimis dalam sesuatu perkara.
Gambar petikan motivasi tentang hubungan dengan orang lain
  1. Rakam dan semak cara pertuturan korang, biarlah seperti seorang atlet yang sedang menonton game film.


Comments