Trip Mangga Harum Manis Perlis | Kebun, Homestay dan Bajet RM175
Ladang Kenaf, Chuping (dijana menggunakan AI). Assalamualaikum, Kak Mawar di sini. Siapa sangka, berawal dari sembang-sembang semasa Umrah Ramadhan Andalusia 2024 tentang mangga Harum Manis, Aunty Norlidah mempelawa rakan-rakan jemaah datang ke kebunnya di Perlis. Harga di kebun lebih murah daripada beli di tepi jalan, dan boleh masuk kebun pula. Siapa yang tak mahu, kan! Akhirnya pada April 2026, janji tahun 2024 itu tertunai. Asalnya Kak Mawar nak naik ETS, tapi tiket pergi balik dekat RM300, belum campur Grab ke sana sini dan mengangkut mangga dalam tren. Jadi kami putuskan drive sahaja, dan boleh kongsi kos sekali. Nak tahu harga mangga, tips pilih dan fakta Harum Manis? Baca di sini: Panduan Harum Manis: Harga, Tips Pilih dan Fakta . Ringkasan Trip Tarikh: 25 dan 26 April 2026 (2 hari 1 malam) Perjalanan: Putrajaya, Ipoh, Alor Setar, Perlis, dan balik ikut jalan yang sama Rombongan: 3 generasi, Baby Boomers, Gen X dan Gen Z Bajet: sekitar RM175 seor...