31 December, 2007

Poster : Sangka Baik

poster sangka baik

Pada SETIAP SANGKAAN BURUK itu ALLAH TARIK NIKMAT KETENANGAN. Maka, BERSANGKA BAIKLAH kerana pada setiap SANGKAAN BAIK itu MENGHILANGKAN KERISAUAN.


Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk hanyalah pada nafsu kita sendiri. Dengan ini, kita terbiasa mencari aib dan kekurangan diri sendiri. Lalu tiada masa sedikit pun untuk kita intai kekurangan orang lain. 


Jika bertemu seseorang yang lain, ucapkanlah dalam hatimu, "Kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


Maka dengan itu, kita menjadi susah bersangka buruk dan sentiasa merendah diri.




10 December, 2007

21 Petua Gerenti Anda Suka Tentang Pandan


Kenal tak pokok ni?
Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni. Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lainnya, pokok  ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi, sapa suka cuba boleh je dan tak suka abaikan.

Antaranya :
Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

Mengubati lemah saraf
Ambil 3 daun pandan. Cuci bersih kemudian dipotong-potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam, minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang  masing masing satu gelas setiap kali minum.

Mengatasi lemah syahwat
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf, daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. 

Ambil sehiris halia, sekeping kulit kayu manis, beberapa biji halba, tiga daun pandan. Cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari setiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum. 

Menurunkan bacaan gula
Ambil akar yang terjuntai beberapa batang, cuci bersih, rebus dan buat minuman pagi segelas dan petang segelas.

Mencuci kewanitaan
Rebus daun pandan, daun inai, daun sirih, buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

Merawat gaut
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas. Setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari. 

Menghilangkan bau badan
Blender daun pandan dengan limau. Gosok-gosok pada badan, ketiak dan kemudian sabun serta bilas. Buat beberapa kali.

Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

Menurunkan kolesterol
Selain menurunkan tekanan darah tinggi, mengamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Mengatasi sembelit
Rebus daun pandan dan minum airnya.
Melembutkan daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

Buka selera makan
Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

Makanan tidak cepat basi 
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

Merawat rambut
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

Rawat resdung, jeragat dan jerawat gajah
Blender daun bersama buah limau, kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih. Boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk. Tampal tebal-tebal apabila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

Pewangi alami 
Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

Merawat susah tidur
Ambil daun pandan, jemur kering, digunting kecil kecil, masukkan dalam bantal. Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas. Masukkan juga jintan putih dan jintan manis. 

Pewarna asli 
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

Buang angin dalam badan
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu dan diminum suam.

Mengecutkan rahim 
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.



©

05 December, 2007

Sabar

 Jangan rasa lemah dan putus asa dengan ujian, 

ada orang lebih berat diuji, 

malah bertubi-tubi ujian yang datang padanya, 

tapi dia masih kuat dan sabar meneruskan hidup.




03 December, 2007

Poster : Muhasabah Diri

 

poster muhasabah diri

Yang harus diperbaiki adalah diri kita, isi hati kita, sifat buruk kita, prasangka kita, perilaku kita dan lisan kita.


Ketika melihat kesalahan orang lain, lihatlah diri kita, boleh jadi kesalahan kita lebih banyak dari kesalahan orang lain.


Jangan pernah menganggap diri lebih baik dari orang lain kerana hanya Allah yang paling tau siapa kita.




02 December, 2007

Hilangkan Sakit Gigi

Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. 

Untuk  menghilangkan rasa sakit gigi, 

  • Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus. 

 

  • Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau 

 

  • Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam.  Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur. 

 

  • Boleh juga ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. 


Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.




01 December, 2007

Mengapa lingkaran mata boleh bengkak ataupun gelap?

 1. Keturunan ataupun genetik

Jika dalam keluarga memang ada lingkaran mata gelap, kemungkinan besar ia akan diwarisi kepada kita. Dan bergantung juga kepada jenis kulit. Jika kulit jenis nipis, memang jelas nampak bayang-bayang bawah mata.


2. Pengambilan ubat

Mempengaruhi di sekitar mata iaitu saluran darah semakin membesar dan menganggu keseimbangan hormon juga.


Biasanya lebam bawah mata sangat digalakkan ambil asid lemak Omega 6 untuk bantu peredaran darah dan seimbangkan hormon.


Masalah kesihatan seperti anemia juga menyebabkan mata kelihatan gelap dan lebam. Ini kerana kekurangan zat besi di dalam darah.


3. Faktor umur

Apabila mencapai umur 30tahun ke atas, kulit semakin hilang keanjalan terutamanya di bahagian mata. Lapisan kolagen semakin menipis dan lebih mudah gelap dan lebam bawah mata.


4. Kurang tidur

Masalah tidak cukup tidur memang mudah sangat mata jadi bengkak dan lebam. Ini kerana pembuluh-pembuluh darah terpaksa bekerja lebih keras daripada keadaan normal. Hingga mewujudkan bayang-bayang bawah mata.


Boleh cuba periksa faktor-faktor di atas yang mana menyebabkan bawah mata jadi lebam dan gelap.