Tafsir Surah Al-Baqarah (Lembu Betina) | Ayat 163 - 164

Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.


Keterangan ayat 163 -164 hal.33

Tuhan kita ialah Tuhan Yang Maha Esa. Buktinya ialah:


1. Tentang kejadian langit dan bumi. Jika kita perhatikan perjalanan bumi mengedari matahari, bulan mengedari bumi dan bintang-bintang beredar, semuanya berjalan dengan teratur, seperti keretapi yang berjalan di atas relnya.

Menurut akal yang waras, tak dapat tidak, mestilah ada yang mengaturnya dan yang mengadakannya. 

Jika terlalai yang memelihara itu satu minit pun, nescaya perjalanannya menjadi gagal atau rosak. Sebenarnya di sana ada kekuatan tarik menarik, tetap kekuatan itu Allah SWT juga yang mengadakannya. 


2. Berbeza-beza malam dan siang. Kadang-kdang malam lebih panjang dari siang, kadang-kadang sebaliknya. Keadaan ini terang benar di negara-negara yang letaknya jauh dari Khatulistiwa. 


3. Kapal yang belayar di lautan dengan tiada terbenam ke dalam dasarnya, sebagaimana yang ditetapkan dalam ilmu alam.


4. Air hujan yang turun dari awan, sedang asalnya dari air lautan yang menjadi wap oleh kerana panas matahari.


5. Angin yang bertiup seperti angin utara dan selatan.


6. Awan yang berjalan kencang, dan lain-lain banyak lagi. Semuanya itu berjalan dengan aturan yang sempurna, sebagai bukti atas adanya Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Kuasa. 




Post a Comment

0 Comments