Posts

Showing posts from July 22, 2024
P F T @

Tafsir Al-Baqarah 168, 172 dan 173 | Halal Lagi Baik

Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Baca Dahulu Keterangan ayat di bawah dipetik daripada tafsir lama (hal. 34 dan 35), manakala huraian Ibn Katsir ditulis dengan pemahaman Kak Mawar. Keterangan Ayat 168, 172 dan 173 Segala makanan yang baik, lazat dan enak rasanya, halal dimakan, kecuali yang memudaratkan kesihatan badan atau merosakkan kesucian rohani, seperti bangkai (haiwan yang mati tanpa disembelih), darah, nanah, daging babi dan haiwan yang disembelih atas nama berhala, bukan atas nama Allah SWT. Tetapi jika kita terpaksa memakan yang tersebut itu kerana tiada makanan lain, maka tidak mengapa (halal dimakan). Dari sudut kesihatan, daging babi diketahui boleh membawa jangkitan cacing pita dan parasit lain jika tidak dimasak dengan betul. Namun hikmah pengharamannya lebih luas daripada soal kesihatan sahaja. Ayat 173 إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحۡمَ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ بِهِۦ لِغَيۡرِ ٱللَّهِۖ فَمَنِ ...