P F T @

7 Langkah Menetapkan Matlamat yang Jelas dan Berkesan

Gambar tentang menetapkan matlamat

Ringkasan terjemahan daripada video oleh Little Bit Better (YouTube). Berikut adalah formula 7 langkah untuk menetapkan matlamat yang jelas dan berkesan.

Senarai Ringkas 7 Langkah

  1. Tentukan secara khusus apa yang anda mahukan
  2. Tuliskannya: berfikir di atas kertas
  3. Tetapkan tarikh akhir
  4. Senaraikan semua yang perlu dilakukan
  5. Susun senarai menjadi pelan
  6. Bertindak dengan serta-merta
  7. Lakukan sesuatu setiap hari

Langkah 1: Decide Specifically What You Want

Muktamadkan secara khusus tentang apa yang anda mahukan, sama ada ditentukan oleh diri sendiri atau berbincang bersama-sama bos anda tentang matlamat dan objektif anda sehinggalah anda benar-benar jelas tentang apa yang diharapkan daripada anda, dan apa susunan yang mengikut keutamaan.

Memang mengejutkan betapa ramai orang yang membuang masa hari demi hari untuk tugasan yang bernilai rendah kerana kekurangan kejelasan.

Salah satu penggunaan masa yang paling teruk adalah untuk melakukan sesuatu dengan sangat baik yang tidak perlu dilakukan sama sekali.

Sebelum anda mula mendaki anak tangga, apa yang anda perlu pastikan, adakah ia betul-betul bersandar pada bangunan yang betul ataupun tidak.

Langkah 2: Write It Down, ‘Thinking on Paper’

Tuliskannya! Penulis artikel ini menyebutnya berfikir di atas kertas. Fikirkan bila anda perlu mempunyai perjanjian dengan pihak profesional yang akan menawarkan anda perkhidmatan. Jika anda mempunyai perjanjian itu di atas kertas, maka ia mempunyai lebih banyak nilai daripada hanya membincangkannya secara lisan.

Gambar contoh senarai matlamat bertulis

Dengan cara yang sama apabila anda hendak menulis matlamat itu, maknanya anda sedang membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Menurut penulis, orang yang mempunyai matlamat bertulis yang jelas boleh mencapai matlamat 5x hingga 10x lebih banyak daripada orang yang matlamat hidupnya hanya dalam fantasi mereka sahaja.

Ini berlaku kerana untuk menulisnya anda perlu berhenti dan berfikir dengan jelas dan sedar mengenainya.

Menulis Menjadikannya Nyata

Apabila matlamat ditulis, ia menjadi satu perjanjian dengan diri sendiri.

Langkah 3: Set a Deadline

Tetapkan tarikh akhir. Tugas tanpa tarikh akhir adalah sesuatu yang boleh dilakukan pada bila-bila masa, hari ini atau bulan depan ataupun tahun depan.

Tidak menetapkan tarikh akhir untuk matlamat penting anda adalah seperti memberitahu diri anda bahawa tiada apa-apa untuk menangguhkan matlamat yang khusus ini malah mengutamakan perkara yang lain pula.

Gambar tentang mengurus masa dan meningkatkan produktiviti

Langkah 4: List Down Everything You Have to Do

Senaraikan semua yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat anda. Contohnya, jika matlamat anda adalah untuk menjadi lebih sihat, maka senaraikan perkara yang anda perlu lakukan antaranya mendaftarkan diri ke gym, mendapatkan pelan diet, membeli pakaian untuk gym dan sebagainya.

Langkah 5: Organize the List into a Plan

Perkemaskan senarai tersebut menjadi sebuah pelan. Susun senarai anda mengikut keutamaan dan urutan. Ambil masa beberapa minit untuk memuktamadkan perkara-perkara yang perlu anda lakukan dahulu dan perkara yang anda lakukan kemudiannya.

Tentukan apa yang perlu dilakukan sebelum sesuatu yang lain dan apa yang perlu dilakukan selepas itu. Adalah lebih baik, susun atur rancangan anda secara visual, sama ada dalam bentuk kotak ataupun bulatan pada helaian kertas anda.

Anda pasti akan kagum betapa mudahnya anda untuk mencapai matlamat apabila anda membahagi-bahagikan tugasan secara berasingan.

Gambar tentang membuat pelan tindakan

Langkah 6: Take Action Immediately

Buat dengan serta-merta, dengan melakukan apa sahaja berdasarkan pelan. Lakukan dengan bersungguh-sungguh adalah jauh lebih baik daripada rancangan cemerlang yang mana tiada apa yang dilakukan langsung.

Ingat

Rancangan biasa yang dilaksanakan lebih baik daripada rancangan cemerlang yang tidak dilakukan.

Langkah 7: Do Something Every Day

Lakukan sesuatu setiap hari bagi menggerakkan diri anda ke arah matlamat utama anda, walaupun ia adalah satu tindakan yang begitu kecil. Jangan sesekali mengecualikannya walaupun sehari.

Contohnya, hari ini anda tidak boleh melakukan 30x push up seperti yang anda rancangkan. Tidak mengapa, lakukan hanya 10, tetapi jangan sesekali terlepas walaupun sehari.

Setiap Hari

Walaupun sedikit, jangan terlepas walau sehari.

Latihan: Senaraikan 10 Matlamat

Berikut adalah ringkasan bagi 7 petua dan juga contoh bagi menunjukkan kepada anda bagaimana keputusan akhir akan kelihatan, jika anda melakukan latihan penetapan matlamat mengikut 7 langkah ini.

Gambar ringkasan 7 langkah menetapkan matlamat

Ambil satu kertas yang bersih sekarang dan senaraikan 10 matlamat yang anda ingin capai pada tahun hadapan. Contohnya, anda akan menulis:

  • I earn X number of dollars per month
  • I weigh X number of kilos

Kemudian, semak semula senarai 10 matlamat anda itu dan pilih salah satu matlamat yang jika anda capai, ia akan memberi impak positif yang paling besar dalam hidup anda.

Apa sahaja matlamat itu, tuliskan pada helaian kertas yang berasingan, tetapkan tarikh akhir, rancangkan bagaimana anda akan mencapainya, laksanakan rancangan tersebut dan kemudiannya lakukannya setiap hari, yang mana ia pasti menggerakkan anda ke arah matlamat tersebut.



Comments