Sunnah Rasul di Bulan Syaaban | Persiapan Menyambut Ramadhan
Nota ini mama tulis untuk anak-anak mama, dan mama kongsikan di sini kalau ada sesiapa yang mahu mengambil manfaat. Persediaan Ramadhan ini sepatutnya la kan, bermula pada awal Syaaban. Tetapi mama terjumpa satu ceramah di Youtube Channel Baba Wan Syukry ini sehari sebelum kita menyambut puasa. Harap-harap kita diberkati semasa di bulan Ramadhan nanti dengan dapat menunaikan segala ibadat hanya semata-mata kepada Allah Taala dan diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadat sunat sepanjang perjalanan kita di bulan Ramadhan nanti. Orait sebelum tu, gambar ini mama di Masjid Cina di Ipoh pada tahun 2021. Alhamdulillah... Masjid Muhammadiah Ipoh, Perak Ini point-point yang mama sempat catat semasa ceramah itu. Ringkasan Pantas Bertaubat, perbanyakkan amalan sunat, berpuasa di awal Syaaban sehingga hari putih, dan makan secara bersederhana. Sunnah Rasul semasa bulan Syaaban 1. Bertaubat Bertaubat dengan rasa kesian kepada diri. 2. Perbanyakkan perkara sunat So...