Sunnah Rasul di Bulan Syaaban | Persiapan Menyambut Ramadhan
Nota ini mama tulis untuk anak-anak mama, dan mama kongsikan di sini kalau ada sesiapa yang mahu mengambil manfaat.
Persediaan Ramadhan ini sepatutnya la kan, bermula pada awal Syaaban. Tetapi mama terjumpa satu ceramah di Youtube Channel Baba Wan Syukry ini sehari sebelum kita menyambut puasa.
Harap-harap kita diberkati semasa di bulan Ramadhan nanti dengan dapat menunaikan segala ibadat hanya semata-mata kepada Allah Taala dan diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadat sunat sepanjang perjalanan kita di bulan Ramadhan nanti.
Orait sebelum tu, gambar ini mama di Masjid Cina di Ipoh pada tahun 2021. Alhamdulillah...
| Masjid Muhammadiah Ipoh, Perak |
Ini point-point yang mama sempat catat semasa ceramah itu.
Ringkasan Pantas
Bertaubat, perbanyakkan amalan sunat,
berpuasa di awal Syaaban sehingga hari putih, dan makan secara bersederhana.
Sunnah Rasul semasa bulan Syaaban
1. Bertaubat
Bertaubat dengan rasa kesian kepada diri.
2. Perbanyakkan perkara sunat
Solat sunat
- Rawatib 12 rakaat (terbinanya rumah di dalam syurga)
- Dhuha 12 rakaat
- Tahajud 12 rakaat
- Solat wudhu
Kebaikan sesama manusia
- Bersedekah: perbanyakkan senyuman dan menggembirakan hati orang.
- Berbuat baik: bekerja dengan niat ingin membantu orang, banyak membantu orang, ikhlaskan kerana Allah semata-mata.
Zikir dan al-Quran
- Zikrullah: zikir selepas solat, zikir pagi dan petang (ini petanda orang yang berjaya).
- Baca al-Quran setiap hari sekadar mampu.
3. Perbanyakkan berpuasa
Sebaiknya berpuasa setengah bulan Syaaban kerana Allah (fadilatnya dapat menjauhkan dirinya dari neraka sebanyak 70 parit). Jadi berpuasalah di awal bulan Syaaban sehinggalah puasa hari putih (13, 14 dan 15hb).
Peringatan
Mama pun baru tahu...
tiada puasa khas nisfu Syaaban.
Sekiranya nak juga berpuasa, niatkan puasa hari putih iaitu 15hb Syaaban.
4. Makan bersederhana
Islam menganjurkan makanlah secara bersederhana, kerana kita ingin melaksanakan ibadah dengan banyak. Jika kekenyangan sangat, susah kita untuk melaksanakan solat dan ibadah lain kerana badan terasa berat, mengantuk serta rasa tidak bermaya. Kenyang sangat!!
5. Malam nisfu Syaaban
Pada malam nisfu Syaaban, mama dan anak-anak memohonlah supaya Allah terima amalan kita yang telah kita buat dan akan buat nanti.
Selamat berpuasa anak-anak mama, niatkan kerana Allah dan teladannya dari Rasulullah SAW.
Harap amalan kita semua diterima oleh Allah Subhanahu wa Taala dan kita dapat menjadi hamba yang diampuni segala dosa dan diredhai oleh-Nya.
Pesanan Mama
Kita ingin masuk kembali ke syurga...
jadi kena berusaha sungguh-sungguh untuk kembali ke sana.
Akhir Syaaban 1446H
Catatan ini ialah ringkasan peribadi daripada ceramah. Sila rujuk ustaz atau sumber rasmi untuk kepastian hukum dan dalil.
Comments