Nota Kecil Mama | Tadabbur Surah Al-Baqarah untuk Anak-Anak
Mentadak Mentadu: simbol ketelitian dan kepatuhan pada fitrah ciptaan-Nya. Assalamualaikum buat para pembaca dan teristimewa buat tiga permata hati Mama yang dikasihi... Dalam kembara hidup Mama yang panjang, Mama belajar bahawa setiap perjalanan memerlukan ‘peta’ dan ‘perisai’. Hari ini, Mama ingin menitipkan sebuah nota kecil, satu rahsia kekuatan yang Mama temui dalam Al-Quran. Jika suatu hari nanti anak-anak Mama mencari kekuatan saat jiwa terasa lelah, carilah kekuatan itu dalam Surah Al-Baqarah. Bila hati lapang untuk Islam, dunia yang luas ini akan terasa lebih damai dan tenang. 1. Kenapa Surah Al-Baqarah? (Kekuatan Seorang Khalifah) Surah ini adalah surah terpanjang dalam Al-Quran (286 ayat) dan merupakan surah yang diturunkan di Madinah selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ia menjadi asas kepada pembentukan umat. Apa maknanya bagi kita? Surah ini mengajar tentang peranan kita yang paling besar, iaitu kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. ...