Posts

P F T @

Cerpen Kisah Si Bongsu | Aku Belajar Berbahagia

Image
Aku Si Bongsu… kahwin awal. Umur 23 tahun. Di saat rakan-rakanku sibuk bergambar konvo, aku pula sibuk pilih langsir pelamin dan susun barang hantaran. Bukan kerana cinta agung macam dalam drama pukul tujuh malam tu. Bukan pula sebab cinta monyet😅. Dia adalah cinta pandang pertama aku. Oh ye, aku sarankan korang baca dulu kisah sebelumnya, Cerpen Kisah Si Bongsu | Genggam Aku Kuat-Kuat Ya, aku kahwin…sebab aku nak bebas. Bebas dari belenggu kokongan keluargaku. Bebas dari emosi yang lama terpenjara. Aku fikir dengan perkahwinan itu adalah tiket kemerdekaan jiwa. Aku sangka, dengan bernikah, aku akan tenang…akan selamat dari cengkaman mereka. Ilustrasi (dijana AI) Tetapi rupanya aku silap. Perkahwinan bukanlah ubat magik yang dapat menyembuhkan luka semalam. Luka lama yang tidak sembuh itu, turut ikut berpindah ke rumah yang baru aku pula. Suami aku... baik orangnya. Baik sungguh. Dia penyabar. Dia penyayang. Kalau aku merajuk tahap ribut taufan, dia tetap jadi pelindu...

Cerpen Kisah Si Bongsu | Genggam Aku Kuat-Kuat

Image
Jadi korang dah baca siri sebelum ini kan… Kisah Si Bongsu - Luka Yang Tak Terucap . Kalau belum, aku syorkan baca dulu sebab ini sambungan dari kisah itu. Nota: cerita ini menyentuh perasaan ingin mengakhiri hidup. Kalau ia terasa berat untuk dibaca, berhenti dahulu dan hubungi seseorang yang kau percayai. Maklumat bantuan ada di hujung cerita. Aku bukanlah sesiapa. Hanya si bongsu yang biasa-biasa, yang lahir dalam keluarga yang nampak sempurna dari luar, tapi penuh luka yang mencarik-carik di dalamnya. Aku pernah senyum di luar, tapi menangis tak henti-henti di dalam kamar mandi. Pernah makan nasi bersulamkan senyuman untuk anak-anak, tapi dalam hati, Allah saja tahu betapa kosong dan kelamnya ruang dalam dada ni. Kadang-kadang… aku rasa nak tamatkan semuanya. Astaghfirullahal’azim . Berat aku nak tulis ni. Tapi aku tahu, aku tak keseorangan. Ramai di antara kita...wanita, ibu, anak, isteri, manusia biasa, yang pernah rasa apa aku rasa. Ya... aku pernah rasa terlal...

Cerpen Kisah Si Bongsu | Luka Yang Tak Terucap

Image
Nota: kisah ini menyentuh luka lama dalam keluarga. Kalau ia terasa berat untuk dibaca, berhenti dahulu dan hubungi seseorang yang kau percayai. Kisah ini bermula dengan seorang anak bongsu… ya, aku lah itu. Si bongsu daripada empat orang adik-beradik. Katanya, Si bongsu ni manja, suka buat perangai, dan juga yang paling disayangi. Tapi hakikatnya? Manja tu kadang hanya nampak pada mata kasar. Dalam hati tak siapa pun tahu badai yang melanda. Bondaku...wanita paling aku cintai di dunia ini. Wajahnya redup, suaranya lembut, namun nasihatnya bisa menikam sampai ke dasar jiwa. Dia selalu pesan, "Solat jangan tinggal, mulut jangan celupar, jangan sesekali jaja cerita orang." Tapi itulah… Si bongsu ini, degilnya aku mengalahkan batu. Kadang-kala rasa aku ni macam campuran batu sungai dengan duri semalu. Pantang ditegur, tapi mudah sangat terasa. Kuatnya merajuk macam kerja part time aku yang tetap gaji dia: kosong. Ayahandaku pula, pendiam tapi tegas. Apabila dia ma...

Sunnah Rasul di Bulan Syaaban | Persiapan Menyambut Ramadhan

Image
Nota ini mama tulis untuk anak-anak mama, dan mama kongsikan di sini kalau ada sesiapa yang mahu mengambil manfaat. Persediaan Ramadhan ini sepatutnya la kan, bermula pada awal Syaaban. Tetapi mama terjumpa satu ceramah di Youtube Channel Baba Wan Syukry ini sehari sebelum kita menyambut puasa. Harap-harap kita diberkati semasa di bulan Ramadhan nanti dengan dapat menunaikan segala ibadat hanya semata-mata kepada Allah Taala dan diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadat sunat sepanjang perjalanan kita di bulan Ramadhan nanti. Orait sebelum tu, gambar ini mama di Masjid Cina di Ipoh pada tahun 2021. Alhamdulillah... Masjid Muhammadiah Ipoh, Perak Ini point-point yang mama sempat catat semasa ceramah itu. Ringkasan Pantas Bertaubat, perbanyakkan amalan sunat, berpuasa di awal Syaaban sehingga hari putih, dan makan secara bersederhana. Sunnah Rasul semasa bulan Syaaban 1. Bertaubat Bertaubat dengan rasa kesian kepada diri. 2. Perbanyakkan perkara sunat So...

You Can Be Free | Saying Goodbye to Tricky People

Image
Hello my wonderful friends! Have you ever felt like someone else is holding the strings, and you are just a little puppet dancing to their tune? Maybe someone tries to boss you around all the time, or tells you what to think and feel? It doesn't feel very nice, does it? Remember Never let someone else control you. Sometimes, we make a little mistake. We accidentally let someone who shouldn't have power over us... well, have power over us! Someone who isn't kind or fair. Maybe a tricky friend, maybe someone else. We open our heart's door just a little bit, and oops! Someone not-so-nice walks in and tries to take over the house! If this happens, please know: it is okay! You can still find your way back! You can gently close that door again. You don't have to stay in a place that feels yucky or hurtful (a ‘toxic environment’). Feeling sad about letting them in is okay too, but the most important thing is to find your freedom again. What D...

Do We Truly Love the Prophet SAW? | Betul Ke Cinta Rasulullah?

Image
Dakwah According to the Quran & Sunnah Masjid Jami Musa-If Ad-Dhobi, Jala (Yala) | 28 Sep 2024 Do We Truly Love the Prophet Muhammad SAW? Betul Ke Kita Cinta Rasulullah SAW? Many of us say with passion, “I love the Prophet Muhammad SAW!” But…love isn’t just something you say, my friends! Just like how we show love to someone by doing what they like and avoiding what they don’t, it’s the same with our love for the Prophet SAW. So, what is it that the Prophet SAW loved the most? But before that... Ramai yang dengan penuh semangat kata, “Aku cinta Rasulullah SAW!” Tapi…cinta ni bukan sekadar kata-kata je, geng! Sama macam apabila kita suka seseorang, kita tunjukkan cinta tu dengan buat apa yang dia suka, dan elakkan apa yang dia tak suka. Kalau betul cinta Rasulullah SAW, jom tengok…apa perkara yang Baginda SAW paling suka buat? Tetapi sebelum itu... What Really Made the Prophet SAW Sad? Apa yang Sebenarnya Buat Rasulullah SAW Bersedih? The Prophet SAW, like us, exper...