Posts

Showing posts with the label Asam Gelugur
P F T @

Al-Fatihah Tun Dr. Siti Hasmah - Sebuah Renungan

Image
Malam ini terasa lain sedikit. Berita pemergian Tun Hasmah tiba-tiba membawa aku kembali kepada makna seorang ibu, seorang pendamping, seorang wanita yang bertahan dengan lembut sepanjang zaman yang penuh cabaran. Seratus tahun bukan usia yang singkat. Ada banyak yang beliau saksikan, banyak yang beliau lalui dan mungkin banyak juga yang beliau pendam sendiri sebagai seorang isteri kepada tokoh besar negara. Aku terfikir, di sebalik gelaran dan sejarah, beliau tetap seorang manusia biasa yang penat, yang gembira, yang bimbang, sama seperti aku dan semua wanita lain yang cuba menjadi kuat setiap hari. Entah kenapa, berita ini menyentuh sesuatu dalam diriku. Mungkin kerana aku pun seorang ibu, yang cuba bertahan, cuba membesarkan anak-anak sendirian, cuba mencari makna di sebalik keletihan harian. Melihat seorang wanita yang begitu dihormati akhirnya pergi dengan tenang pada usia begitu panjang, buat aku rasa bahawa hidup ini, walau seberat mana pun, tetap ada keindahannya sendiri jika...

Asam Gelugur (Asam Keping) - Kegunaan Tradisi dan Resepi Air Rebusan

Image
Makluman: Catatan ini ialah perkongsian petua tradisi, bukan nasihat perubatan. Asam gelugur tidak menggantikan rawatan doktor. Sesiapa yang mempunyai penyakit, sedang makan ubat, mengandung atau menyusukan anak, sila rujuk doktor sebelum mengamalkan resepi di bawah. Apa Itu Asam Gelugur? Hai, kali ni Kak Mawar nak kongsikan tentang asam keping atau asam gelugur. Asam keping ialah buah asam gelugur yang dihiris dan dikeringkan. Ia sangat sinonim dengan masakan Melayu, terutamanya asam pedas, gulai dan masak lemak, untuk memberi rasa masam yang segar. Asam gelugur berbeza daripada asam jawa . Keduanya bahan masam, tetapi tumbuhan yang berlainan, jadi jangan tersilap tukar ganti. Apa Yang Dipercayai Orang Tentang Asam Gelugur Dalam kalangan masyarakat, asam gelugur dikaitkan dengan beberapa kegunaan tradisi, antaranya: Membantu selera makan dan pencernaan Dijadikan minuman rebusan oleh sesetengah orang yang mahu menjaga pemakanan Digunakan sebagai perisa ...