Posts

P F T @

Tafsir Yassin 33 - 35 | Amalan Bercucuk Tanam

Image
Pagi itu, bayangkan seorang ibu berdiri di tepi sekeping tanah yang kering merekah. Kemarau sudah berminggu-minggu. Benih di tangannya digenggam erat, seperti doa yang belum sempat dilafazkan. “Tanah ni dah mati agaknya,” bisiknya perlahan. Malam itu hujan turun. Beberapa hari kemudian, sehelai tunas hijau yang sangat kecil menjenguk dari celah tanah. Dia tersenyum, dan matanya berkaca. Apa yang Allah Tunjukkan Dalam tafsir Ibn Kathir, Surah Yasin ayat 33 hingga 35 menyebut ‘bumi yang mati’ yang Allah hidupkan. Daripadanya dikeluarkan biji-bijian untuk dimakan, lalu dijadikan kebun kurma dan anggur serta dipancarkan mata air. Semua ini tanda-tanda kekuasaan Allah. Allah yang mampu menghidupkan tanah kontang juga berkuasa menghidupkan semula yang mati pada hari kebangkitan. Ayat 35 ditutup dengan satu soalan yang menyentuh hati: mengapa kita masih tidak bersyukur? Maksud Ayat 35 Supaya mereka makan hasil buahnya, sedang bukan tangan mereka yang menciptanya. Maka meng...

Tafsir Yasin 32 | Menjadi Lebih Baik

Image
Di kampung, senja datang perlahan-lahan. Seorang ibu duduk bersimpuh di serambi rumah, melipat baju sekolah anak-anak sambil memerhati mereka bermain di halaman. Tadi pagi dia telah meninggikan suaranya kepada si sulung, hanya kerana kasut sekolah hilang sebelah. Kini hatinya terasa berat. “Esok aku nak jadi ibu yang lebih baik,” bisik hatinya. Semua Akan Dihadapkan kepada-Nya Dalam tafsir Ibn Kathir, Surah Yasin ayat 32 menegaskan bahawa semua umat, yang terdahulu dan yang kemudian, akan dikumpulkan lalu dihadapkan kepada Allah pada hari kiamat. Di sana, Allah menghakimi mereka mengikut amalan masing-masing. Ayat sebelumnya mengingatkan betapa banyak generasi telah pergi. Maka ayat ini datang sebagai peringatan yang hidup kita ini bukanlah sia-sia dan setiap yang kita lakukan ada nilainya di sisi Allah. Maksud Ayat 32 Dan sesungguhnya mereka semua pasti dikumpulkan lalu dihadapkan kepada Kami. Ibu, Pemimpin di Rumahnya Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan M...

Ramadan 9/30 | Resepi Ayam Masak Halia Mudah

Image
Hari kesembilan puasa. Awal Ramadan dulu semangat kita tinggi menggunung. Masuk hari kesembilan, otak mula berbisik perlahan, “Hari ni nak masak apa ya?” Waktu itulah dapur terasa sunyi. Tangan dah penat, kepala dah kosong, tapi perut anak-anak tetap menunggu dengan penuh harapan. Hari ini saya nak kongsi satu menu yang tak payah banyak fikir. Ayam masak halia. Bahannya biasa-biasa, masaknya sekejap sahaja, tapi bila halia ditumis, bau harumnya satu rumah boleh tahu. Dengan nasi panas, rasanya macam dipeluk dari dalam. Bahan-bahan Anggaran masa penyediaan 10 minit, masa memasak 20 minit, untuk 3 hingga 4 hidangan. 500 gram ayam, dipotong kecil 4 ulas bawang putih, dihiris nipis 2 cm halia, dihiris halus memanjang 1 sudu besar kicap cair 1 sudu besar sos tiram 1 biji bawang besar, dihiris nipis membulat 1 biji cili merah, dihiris nipis 1 tangkai daun bawang, dipotong 2 cm 1½ sudu kecil tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air Sedikit lada ...

Aduh, Manisnya Senyumanmu! Review Ubat Gigi Melaleuca

Image
Ada satu tempoh, kita perasan yang kita mula kurang selesa nak senyum lebar-lebar. Gigi nampak makin kuning, ada plak yang degil, dan ubat gigi yang kita pakai macam dah tak larat nak buat kerja. Pada masa itulah muncul seorang jiran dengan satu cadangan. Dari situlah bermulanya cerita kita kali ini. Baca Dahulu Ini catatan lama dari pengalaman peribadi pada bulan Ramadan. Harga dan tawaran keahlian mungkin sudah berubah, jadi semak sendiri di laman rasmi. Bermula Daripada Seorang Jiran Jiran kita ni baik orangnya. Setiap kali berjumpa, dia mesti ajak kita cuba produk Melaleuca. Katanya, Melaleuca ialah kedai dalam talian yang jual barang harian dan kosmetik seperti sabun, syampu, ubat gigi, losen, bedak, ubat kumur, krim dan deodoran. Konsepnya kedai sihat, dengan bahan semula jadi untuk keluarga. Yang paling menarik perhatian kita, mengikut tawaran syarikat ketika itu, barangan boleh dipulangkan dan duit dikembalikan kalau kita tak berpuas hati. Dalam hati k...

Kempen Derma Darah Kawasaki Tahun Ke-10 | Wangsa Maju

Image
Baca Dahulu Kisah ini berlaku pada 17 Mac 2018. Butiran kempen mungkin sudah berubah. Bismillahirrahmanirrahim. Hai uols… lama dah kita tak lepak kat sini. Kerja hakiki menimbun, sampai sawang pun sempat bersarang kat blog ni. Tapi hari ini, kita gagahkan jugak jari menaip. Kalau tak ditulis, nanti basi pula ceritanya. Betul tak? Ini cerita tentang satu pagi Sabtu yang panas, penuh dengan deruman motosikal, dan berakhir dengan hati yang lapang. Kempen Derma Darah Kawasaki, tahun ke-10. 17 Mac 2018 Kawasaki Glenmarie, Shah Alam ke AEON Big Wangsa Maju, KL Seawal Pagi di Glenmarie Seawal pagi Sabtu tu, kita bergerak bersama seorang kawan riding menuju ke HQ Kawasaki Glenmarie, Shah Alam. Di sinilah tempat berkumpul (RV) sebelum konvoi bermula. Pagi tu kita dijamu nasi lemak. Sambalnya… fuhh, sedap giler! Kawan kita siap berbisik, “Memang sedap.” Kita pun angguk je, mengiyakan. hik3 Konvoi 100 Motosikal Lepas bacaan doa dan taklimat ringkas daripada seora...

KOG Border Ride Pak Bara Satun 2017 | Kembara Penuh Cerita

Image
Ada trip yang kita ingat bukan kerana jauhnya, tetapi kerana rasa di hati selepas pulang. KOG Border Ride ke Pak Bara, Satun, hujung tahun 2017 ini salah satunya. Duduk dulu, kita ceritakan dari mula. Ringkasan Trip Empat hari bersama 55 buah motosikal Kawasaki, merentas sempadan Wang Kelian ke Pak Bara dan Dannok, Thailand. 22 Disember 2017 (Jumaat): Putrajaya ke Wang Kelian Habis sahaja waktu bekerja, kita berkejar-kejar menyiapkan apa yang patut sebelum bergerak ke tempat rv di Tol Sungai Buaya. Destinasi kita, Kawasaki Owner Group (KOG) Border Ride ke Pak Bara, Satun. Kita sampai di tempat rv pada jam 11.05 malam. Jalan raya sesak teruk kerana cuti Krismas. Lebih kurang jam 11.30 malam, konvoi pun bergerak menghala ke utara tanah air, untuk berkumpul semula di Masjid Changlun, Sintok, Kedah. Sepanjang jalan, hujan turun renyai-renyai. Setiap hentian dan R&R penuh dengan kenderaan dan manusia. Kita teruskan juga perjalanan, sehinggalah jam 5.00 pagi baru k...