7 Langkah Menetapkan Matlamat yang Jelas dan Berkesan
Ringkasan terjemahan daripada video oleh Little Bit Better (YouTube). Berikut adalah formula 7 langkah untuk menetapkan matlamat yang jelas dan berkesan. Senarai Ringkas 7 Langkah Tentukan secara khusus apa yang anda mahukan Tuliskannya: berfikir di atas kertas Tetapkan tarikh akhir Senaraikan semua yang perlu dilakukan Susun senarai menjadi pelan Bertindak dengan serta-merta Lakukan sesuatu setiap hari Langkah 1: Decide Specifically What You Want Muktamadkan secara khusus tentang apa yang anda mahukan, sama ada ditentukan oleh diri sendiri atau berbincang bersama-sama bos anda tentang matlamat dan objektif anda sehinggalah anda benar-benar jelas tentang apa yang diharapkan daripada anda, dan apa susunan yang mengikut keutamaan. Memang mengejutkan betapa ramai orang yang membuang masa hari demi hari untuk tugasan yang bernilai rendah kerana kekurangan kejelasan. Salah satu penggunaan masa yang paling teruk adalah untuk melakukan sesuatu de...