Mengapa Tiada Hari Guru di Jepun?
Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel Why is Teacher’s Day not celebrated in Japan? oleh Kaushal, Quora Khidki | Disember 2023 Baca Dahulu Ini kisah dari Quora yang diceritakan oleh seorang penulis. Butirannya tidak dapat disahkan, jadi baca ia hanya sebuah cerita dan bukanlah fakta tentang Jepun. Pernah saya bertanya kepada rakan sekerja Jepun saya, Cikgu Yamamoto, “Bilakah tarikh awak menyambut Hari Guru di Jepun, dan bagaimana awak merayakannya?” Terkejut dengan soalan saya, rakan saya itu menjawab, “Kami tidak mengadakan sebarang sambutan pun untuk Hari Guru.” Mendengar jawapannya itu, saya tidak tahu sama ada mahu percaya atau pun tidak, malah saya pula tertanya-tanya di dalam hati, “Mengapa negara yang mempunyai ekonomi, sains dan teknologi yang maju ini, menunjukkan kurangnya rasa hormat terhadap guru dan tugas mereka?” Suatu hari selepas waktu kerja, Yamamoto menjemput saya ke rumahnya. Memandangkan dia tinggal jauh dari sekolah, jadi kami menai...