Al-Fatihah Tun Dr. Siti Hasmah - Sebuah Renungan
Mawar Safiya | Putrajaya, Malaysia
Hi, I'm Mawar. Welcome to my little corner of postcards, big bikes and happy things.
GEDEBUK!
Itulah bunyi Kak Mawar semasa terjatuh betul-betul kat depan kedai makan Teluk Senangin. Pantai berpasir putih yang penuh orang melepak. Time tu pendek kata semua mata memandanglah. Memang malu sesangat, tapi terpaksalah letak tepi dulu. Tapi yang paling menyedihkan, cermin sisi kiri motor tu retak seribu.
Aha, tapi sebelum Kak Mawar nak bercerita macam mana Kak Mawar boleh jatuh "tergolek" kat Teluk Senangin tu, jom kita patah balik ke tahun 2013 hingga 2019 sewaktu Kak Mawar mula terjebak dengan aktiviti bermotosikal ni.
Ini adalah kisah seorang wanita yang asalnya cuma tahu berangan, sehinggalah dia berjaya memulas throttle impiannya sendiri. Kak Mawar la tu... :D
Ilustrasi adalah suntingan AI
Minat ni sebenarnya bermula dari skrin TV. Dulu-dulu, Kak Mawar selalu tengok perlumbaan Grand Prix. Jujurnya, babak yang paling Kak Mawar tunggu ialah scene eksiden, haahahha! Tak sangka pula, dari situlah benih minat mula bercambah dan menyubur dengan segarnya..
Tapi "trigger" yang sebenar-benarnya ialah bunyi ekzos tu sendiri. Saat jiran sebelah rumah panaskan enjin motor besar, terutamanya ekzos Yoshimura yang bunyinya lembut dan "berlemak" tu, jantung Kak Mawar tak henti berdegup kencang. Rasa macam ada magnet, tau! Terbakar...
Kak Mawar ni pula jenis yang selagi tak dapat, selagi tulah teringat-ingat.
Tahun 2013, Kak Mawar bulatkan azam untuk memiliki motosikal. Asalnya Kak Mawar hanya mencari Benelli T600, sebab time tu, Benelli T600 pun baru nak masuk Malaysia. Motosikal dibuat di China tapi asalnya dari Itali. Tapi itulah, takdir kata lain. Ada seorang kawan facebook Kak Mawar nak lepaskan Kawasaki Z1000 dengan harga "harga kawan-kawan". Haaa.. apa lagi, Kak Mawar terus grab lah!
Kenapa Kak Mawar jatuh cinta dengan Kawasaki?
Perasaan Kak Mawar time tu bercampur-baur antara gementar, gemuruh, bimbang, risau. Semuanya ada. Tapi di celah-celah semua tu, ada satu lagi perasaan yang paling kuat.... teruja.
Jadi Kak Mawar buat pilihan. Takut tu biarlah ada, tapi Kak Mawar pilih untuk layan yang teruja tu. Dan bila Kak Mawar pilih macam tu, tiba-tiba Kak Mawar rasa gagah, kuat dan berani.
Bab ni, korang kena bayangkan, tinggi Kak Mawar ni cuma 155cm, berangan nak jinakkan motor setinggi 815mm. Memang terjengket-jengketlah kaki macam penari balet! Namun begitu, demi Z1000, Kak Mawar buat sedikit "magik":
Ilustrasi adalah suntingan AI
"Masa mula-mula tu, lesen pun Kak Mawar belum ada! Haa..berkali-kalilah jatuh bodo dek tak reti nak cungkil clutch. Tapi Kak Mawar tak kira, takkan sesekali putus asa, janji Kak Mawar boleh vroom vroom!"
Actually, Kak Mawar ni jenis yang jaga privasi. Selalunya badan Kak Mawar berbalut jaket tebal dan pakai helmet full-face, jadi orang langsung tak perasan yang rider tu adalah seorang perempuan, ibu kepada 3 orang anak!
Tapi once orang dah tahu rider berjaket tebal tu sebenarnya perempuan, ramai pula peminatnya.. ahahaha ada yang angkat jari dan melambai-lambai dari dalam kereta! Almaklumlah, time tu, perempuan menunggang motor besar memang masih jarang. Pendek kata, betul-betul rare lah.
Sekarang? Hmmm..bersepah, hahahahaha! Dah tak rare. Dan Kak Mawar ni, bila sesuatu dah tak rare, hilanglah rasa minat. Wakakaka.
Nah, sekarang Kak Mawar sambung cerita tadi. Kak Mawar ride ke Teluk Senangin, pantai berpasir putih yang jadi port orang lepak. Dek disebabkan terlalu letih (tidur dan mandi pun kat R&R je) dan tak reti nak men moto di kawasan berpasir halus dan tebal tu, tak pasal-pasal Kak Mawar hilang imbangan semasa nak u-turn.
GEDEBUK!
Haa.. hambik, bayangkanlah seorang perempuan, atas motor besar, jatuh bodo di tengah-tengah orang ramai. Dalam kepala Kak Mawar masa tu cuma satu: "Alamak, malunya...! Allah camne ni..ramainya orang tengok!"
Malu... memang malu weh, tapi ada yang lebih cemas. Motor tu berat ya rabbi, camne nak tegakkan ni. Kak Mawar amat-amat perlukan pertolongan time tu.
Dan reaksi orang ramai?
Tiber-tiber, makcik depan kedai makan tu menjerit-jerit macam nak gila! Padahal Kak Mawar tak cedera pun, tak mati pun lagi, hahaha. Yang lain? Hanya memandang je. Tak ada seorang pun yang datang, sampailah kawan rider Kak Mawar yang tolong tegakkan motor.
Sejak kejadian tu, Kak Mawar belajar satu perkara penting, letih itu adalah musuh utama seorang rider. Kalau dah mengantuk, berhenti dan rehat betul-betul. Jangan degil.
Ilustrasi adalah suntingan AI
Dari semua pengalaman ni, Kak Mawar cuma nak pesan kata korang... kejarlah impian tu dan sentiasa FOKUS. Dan jangan korang terlalu show off, terlalu naif dan yang paling penting, jaga hati dan jaga diri.
Kalau korang ada impian, kejar je sekarang! Buatlah persediaan, dapatkan lesen B Full, pakai gear yang lengkap, utamakan keselamatan diri dan hati.
Jadi korang pula? Apa motor pertama korang dan korang pernah tak jatuh bodo? Kongsi tau kat ruang komen, Kak Mawar nak dengar cerita korang juga!
Comments