Posts

Al-Fatihah Tun Dr. Siti Hasmah - Sebuah Renungan

Image
Malam ini terasa lain sedikit. Berita pemergian Tun Hasmah tiba-tiba membawa aku kembali kepada makna seorang ibu, seorang pendamping, seorang wanita yang bertahan dengan lembut sepanjang zaman yang penuh cabaran. Seratus tahun bukan usia yang singkat. Ada banyak yang beliau saksikan, banyak yang beliau lalui dan mungkin banyak juga yang beliau pendam sendiri sebagai seorang isteri kepada tokoh besar negara. Aku terfikir, di sebalik gelaran dan sejarah, beliau tetap seorang manusia biasa yang penat, yang gembira, yang bimbang, sama seperti aku dan semua wanita lain yang cuba menjadi kuat setiap hari. Entah kenapa, berita ini menyentuh sesuatu dalam diriku. Mungkin kerana aku pun seorang ibu, yang cuba bertahan, cuba membesarkan anak-anak sendirian, cuba mencari makna di sebalik keletihan harian. Melihat seorang wanita yang begitu dihormati akhirnya pergi dengan tenang pada usia begitu panjang, buat aku rasa bahawa hidup ini, walau seberat mana pun, tetap ada keindahannya sendiri jika...

KOG Border Ride Pak Bara Satun 2017

Image
22 Disember 2017   |   Jumaat Putrajaya - Wang Kelian Setelah abih bekerja, kita berkejar nak selesaikan apa yang patut sebelum bergerak untuk rv di Tol Sg. Buaya bagi mengikuti trip Kawasaki Owner Group (KOG) Border Ride ke Pak Bara, Satun. Kita tiba di tempat rv pada jam 11.05 malam, hari tu jalan raya jem teruk sempena cuti krismas. Dalam jam 11.30 malam, kita pun bergerak menghala ke Utara tanahair untuk berkumpul semula di Masjid Changlun, Sintok, Kedah. Jalan memang jem sesangat dan hujan renyai-renyai. Setiap hentian dan RNR, penuh dengan kenderaan dan orang begitu ramai. Kita teruskan perjalanan lagi sehinggalah jam 5.00 pagi kita pun tiba di Masjid Changlun. Opss, lupa kita nak bagitau, actually kita ni tumpang "support car". 23 Disember 2017   |   Sabtu Wang Kelian - Satun Setelah selesai solat subuh, hujan turun selebat-lebatnya. Rakan-rakan bikers nak tak nak terpaksa meredah jua hujan yang lebat untuk ber...

OMG Betong Thailand Lagi 2017!

Image
Hari Pertama  24 November 2017  Castella Cafe, Kg. Kerunai, Gerik Actually, trip ini hampir-hampir terbatal gara-gara salah faham. Tetapi, alhamdulillah, kita buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Kita belajar untuk bertolak ansur dan belajar menjadi tabah dengan keadaan sekeliling. Yang mana baik dijadikan teladan. Yang mana tak elok tu, kita jadikan tauladan. Semua perkara ada hikmahnya, kan. Yang penting kita bersabar. Allah amat sayang pada hambaNya yang sabar dan sentiasa menunaikan solat. (Al-Baqarah, 214) Orait..pada jam 10.30 pagi, kami pun bergerak menghala ke Pengkalan Hulu. Cuaca pada hari tu, mendung je. Jadinya, kami ambil keputusan untuk singgah di Castella Cafe, Gerik dulu. Di sini, memang terkenal dengan makan di dalam air. Sambil makan, sambil main air. Macam piknikla plak. Makanannya, dijual dengan harga pakej. Kami ambil pakej RM100. Dalam pakej RM100 tu, ada ikan sungai dan rebung masak gulai lemak kuning, ikan baka...