9 Tips Pengurusan Masa | Siapkan Lebih Banyak dalam Sehari
Ringkasan terjemahan daripada video tips pengurusan masa oleh Little Bit Better (YouTube). Senarai Ringkas Tips Bahagikan hari kepada blok masa Keseimbangan kerja dan kehidupan itu satu pembohongan Elakkan terlalu banyak matlamat Bentuk rutin Reka model mingguan anda Elakkan tugasan yang melibatkan kelemahan anda Anda boleh berkata TIDAK Jangan multitask Beberapa tugasan tidak akan selesai, dan itu tidak mengapa Bonus: Tidur dengan nyenyak Tip 1: Uruskan Masa dengan Membahagikan Hari kepada Blok Manage your time well by splitting your day into blocks. Uruskan masa anda dengan baik iaitu dengan membahagi-bahagikan hari anda kepada blok-blok. Blok 1: Strategic block (minimum 3 jam) Strategic block adalah blok masa di mana anda bekerja pada tugas strategik, minimum 3 jam. Tanpa emel, tidak bercakap-cakap dengan rakan sekerja malah tidak berangan-angan langsung tentang apa nak dimakan semasa tengah hari nanti. Blok 2: Buffer block...