OMG Betong Thailand Lagi | Road Trip 2017
Baca Dahulu Kisah ini berlaku pada November 2017. Harga dan syarat sempadan mungkin sudah berubah, jadi semak maklumat terkini sebelum bertolak. Trip ni hampir-hampir tak jadi, tahu tak? Gara-gara satu salah faham, rancangan ke Betong tergantung-gantung tak tentu hala. Tapi alhamdulillah, akhirnya kami bertolak juga. Dan hujung ceritanya manis sangat, sampai sekarang pun saya tersenyum sendiri bila teringat. Dalam perjalanan macam ni, kita belajar bertolak ansur. Kita belajar buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang baik kita jadikan teladan, yang kurang elok kita jadikan pengajaran. Semuanya ada hikmah, kan. Pesan Hati Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar (Al-Baqarah: 153). Hari Pertama: 24 November 2017 Singgah Makan Dalam Air di Castella Cafe, Gerik Jam 10.30 pagi, kami bergerak menghala ke Pengkalan Hulu. Langit mendung je hari tu. Jadi kami ambil keputusan singgah dulu di Castella Cafe, Kg. Kerunai,...