Posts

Showing posts from December, 2017
P F T @

KOG Border Ride Pak Bara Satun 2017 | Kembara Penuh Cerita

Image
Ada trip yang kita ingat bukan kerana jauhnya, tetapi kerana rasa di hati selepas pulang. KOG Border Ride ke Pak Bara, Satun, hujung tahun 2017 ini salah satunya. Duduk dulu, kita ceritakan dari mula. Ringkasan Trip Empat hari bersama 55 buah motosikal Kawasaki, merentas sempadan Wang Kelian ke Pak Bara dan Dannok, Thailand. 22 Disember 2017 (Jumaat): Putrajaya ke Wang Kelian Habis sahaja waktu bekerja, kita berkejar-kejar menyiapkan apa yang patut sebelum bergerak ke tempat rv di Tol Sungai Buaya. Destinasi kita, Kawasaki Owner Group (KOG) Border Ride ke Pak Bara, Satun. Kita sampai di tempat rv pada jam 11.05 malam. Jalan raya sesak teruk kerana cuti Krismas. Lebih kurang jam 11.30 malam, konvoi pun bergerak menghala ke utara tanah air, untuk berkumpul semula di Masjid Changlun, Sintok, Kedah. Sepanjang jalan, hujan turun renyai-renyai. Setiap hentian dan R&R penuh dengan kenderaan dan manusia. Kita teruskan juga perjalanan, sehinggalah jam 5.00 pagi baru k...