Berkelah di Lata Chakah, Setiu | Balik Kampung
Baca Dahulu Kisah ini berlaku pada Februari 2018. Kemudahan, harga dan keadaan air di lata mungkin sudah berubah, jadi semak dahulu sebelum pergi. Bismillahirrahmanirrahim... Assalam uols! Hari ini kita nak kongsi cerita balik kampung yang kita simpan elok-elok dalam hati. Niat kita cuma satu: nak ziarah pusara bonda dan jumpa adik-beradik kita di Setiu, Terengganu. Dah lama sangat kita tak balik. Tak sangka pula, dalam trip yang kita sangka biasa-biasa sahaja ini, keluarga Kak Long ajak kita berkelah di Lata Chakah. Pernah dengar nama lata ni? Belum pernah, kan? Selalunya kita dengar Lata Tembakah , Lata Payung , Lata Belatan dan macam-macam lagi lata di Terengganu. Jadi apa yang istimewa sangat dengan Lata Chakah ni? Jom kita mula dari awal. Malam Panjang dari Putrajaya Macam biasa, kita balik ke Terengganu bersama Kak Ngah. Untungnya balik dengan Kak Ngah, semua belanja pergi dan balik dia yang tanggung. Kita cuma perlu pandu kereta dengan selamat. Pada 16 Feb...