Posts

P F T @

Tasik Kenyir | Bermalam di Rumah Rakit Zaman Dulu-Dulu

Image
Ada percutian yang kita ingat sebab jauhnya. Ada yang kita ingat sebab sunyinya. Percutian kali ini, termasuk dalam yang kedua. Kak Long mengajak kami pulang ke kampung dan ikut sekali bermalam di rumah rakit. Dalam kepala kami, mesti rumah rakit yang berdekatan dengan Sanctuary Kelah, tempat yang orang selalu pergi tu. Rupa-rupanya, sangkaan kami meleset sama sekali. Rumah rakit yang mana? Jom, Kak Mawar ceritakan dari awal. Baca Dahulu Ini catatan perjalanan November 2017. Harga dan keadaan di Tembat mungkin sudah berubah, jadi semak dahulu sebelum merancang. Hari Pertama | Bergerak Pulang ke Sungai Tong Tepat jam 12.00 pagi, kami bergerak pulang ke kampung halaman di Sungai Tong, Setiu. Perjalanan malam yang panjang itu terasa santai sekali, sebab destinasinya kampung halaman sendiri, tanah tumpah darah. Dalam perjalanan, kami singgah berehat sebentar di RNR Temerloh. Hari Kedua | Nasi Kerabu, Pusara Mek dan Rumah Rakit Lebih kurang jam 4.00 pagi, kami selamat sampai ...

Shell Out Loud, Putrajaya! | Seafood Unik di Ayers 8

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Hai, uols!... Kali ini kita nak kongsi satu tempat makan yang unik dan best gila , sebab setakat ni kita belum pernah masuk restoran macam ni kat mana-mana tempat lain. Nak tahu kat mana? Sah-sah lah Shell Out, Ayers 8, Putrajaya . Tak rugi langsung meluangkan masa makan-makan kat sini. Masakannya sedap, layanannya mesra, view pun cantik, dan yang paling best, it’s rare! Baca Dahulu Catatan ini ditulis pada 24 Februari 2018. Waktu operasi, menu, harga dan laluan bas mungkin sudah berubah, jadi semak dahulu sebelum pergi. Kali Pertama ke Shell Out Hari itu, kita ke sini untuk temankan si PA kesayangan kita makan-makan. Kali ini, dia mengidam nak makan di Shell Out Putrajaya . Kita pula first time kat sini, walaupun restoran ni dah dibuka hampir setahun di Ayers 8. Untuk hari tu, kita order satu set untuk makan berdua. Ingatkan sikit ja... rupanya, hah, ambik! Kami berdua pun tak habis. Banyak kot. Cara ke Shell Out Putrajaya Opps, l...

Bhgn. 14 | Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Misi ke sempadan China di Boten, Laos sudah selesai. ‘1,864 crazy curves’ di Mae Hong Son pun sudah kita layan sampai puas. Tinggal satu persinggahan sebelum pulang ke Malaysia, dan kita pilih untuk menghabiskannya di Chiang Mai. Dan di Chiang Mai inilah dua pengalaman yang paling melekat di hati. Pertama, terjun bungy dari ketinggian 165 kaki, kira-kira 50 meter. #firsttime Kedua, dan ini yang paling berharga, kita dapat memegang harimau di Tiger Kingdom sambil bergambar, uols. Bukan seekor sahaja, malah tiga ekor! Wow! Memang terbaik trip kita kali ini. Kalau belum baca kisah sebelum ini, boleh klik Bhgn. 13 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar) . Baca Dahulu Kisah ini berlaku pada Februari 2018, jadi harga tiket dan pakej yang disebut di sini ialah harga ketika itu dan mungkin sudah berubah. Terbang di Mae Rim 2 Februari 2018 Mae Rim, Anusarn Market dan Kalare Market Sarapan di Hilal Town Pagi itu, sebelum bertolak ke ...