Posts

Al-Fatihah Tun Dr. Siti Hasmah - Sebuah Renungan

Image
Malam ini terasa lain sedikit. Berita pemergian Tun Hasmah tiba-tiba membawa aku kembali kepada makna seorang ibu, seorang pendamping, seorang wanita yang bertahan dengan lembut sepanjang zaman yang penuh cabaran. Seratus tahun bukan usia yang singkat. Ada banyak yang beliau saksikan, banyak yang beliau lalui dan mungkin banyak juga yang beliau pendam sendiri sebagai seorang isteri kepada tokoh besar negara. Aku terfikir, di sebalik gelaran dan sejarah, beliau tetap seorang manusia biasa yang penat, yang gembira, yang bimbang, sama seperti aku dan semua wanita lain yang cuba menjadi kuat setiap hari. Entah kenapa, berita ini menyentuh sesuatu dalam diriku. Mungkin kerana aku pun seorang ibu, yang cuba bertahan, cuba membesarkan anak-anak sendirian, cuba mencari makna di sebalik keletihan harian. Melihat seorang wanita yang begitu dihormati akhirnya pergi dengan tenang pada usia begitu panjang, buat aku rasa bahawa hidup ini, walau seberat mana pun, tetap ada keindahannya sendiri jika...

Bab 1: Antara Maruah dan Sabar yang Berbisa

Image
Lampu biru berkelip-kelip dari jauh sudah cukup untuk membuatkan suasana di dalam SUV premium itu bertukar tegang. Di luar, hujan renyai-renyai mula membasahi lebuh raya menghala ke ibu kota. Di dalam, atmosfera terasa lebih sejuk daripada pendingin hawa yang terpasang. Safiya Elena membetulkan kedudukan duduknya di kerusi penumpang hadapan. Di sebelahnya, Mastura, sahabat karibnya sedang memandu dengan tenang. Di barisan tempat duduk belakang, ada Pak Danial (ayah Safiya), Puan Katrina (ibu tiri Safiya), dan seorang kenalan rapat keluarga yang dipanggil Pak Cik Khalid. Kereta Honda CRV itu sebenarnya milik Kak Long Safiya, iaitu Hanis, yang juga ada bersama di tempat duduk belakang. "Aduh, ada roadblock pulak," rungut Puan Katrina dari belakang, nadanya kedengaran rimas. Mastura memperlahankan kenderaan, bersedia untuk berbaris mengikut arahan polis trafik di hadapan. Punca sekatan jalan raya hari ini jelas, hanya pemeriksaan rutin dan mungkin... cermin gelap. Cermin kereta...

Di Sebalik Perang Air - Makna, Sejarah dan Tradisi Sebenar Songkran

Image
Suasana Songkran tradisional (dijana menggunakan AI). Assalamualaikum, Kak Mawar di sini. Dulu Kak Mawar ingat Songkran ni cuma festival budak-budak muda yang adrenaline rush main pistol air kat jalanan di Patong Beach, Hatyai, Bangkok, Chiang Mai atau di mana-mana sahaja di Thailand. I mean, it looks super fun and happening, a massive water war party, right? Dengan muzik dance yang kuat dan lautan manusia yang basah lencun dari pagi sampai ke malam. Tapi rupanya, bila Kak Mawar gali lebih dalam, festival ni bukan calang-calang pesta. Ia adalah perayaan yang memegang makna yang sangat deep , syahdu dan spiritual bagi penganut agama Buddha. It's about a spiritual rebirth, a fresh start and shedding the old year's burdens, guys! Info Negara Gajah Putih Sebelum kita melompat terus ke dalam kolam air Songkran, jom kita kenal sikit dengan "tuan rumah" kita, Thailand. Sebuah negara yang kaya dengan budaya dan sejarah yang mendalam. Thailand ni bukan negara...

Trip Mangga Harum Manis Perlis - Kebun, Homestay dan Bajet RM175

Image
Ladang Kenaf, Chuping (dijana menggunakan AI). Assalamualaikum, Kak Mawar di sini. Siapa sangka, berawal dari sembang-sembang semasa Umrah Ramadhan Andalusia 2024 tentang mangga Harum Manis, Aunty Norlidah mempelawa rakan-rakan jemaah datang ke kebunnya di Perlis. Harga di kebun lebih murah daripada beli di tepi jalan, dan boleh masuk kebun pula. Siapa yang tak mahu, kan! Akhirnya pada April 2026 , janji tahun 2024 itu tertunai. Asalnya Kak Mawar nak naik ETS, tapi tiket pergi balik dekat RM300, belum campur Grab ke sana sini dan mengangkut mangga dalam tren. Jadi kami putuskan drive sahaja , dan boleh kongsi kos sekali. Nak tahu harga mangga, tips pilih dan fakta Harum Manis? Baca di sini: Panduan Harum Manis: Harga, Tips Pilih dan Fakta . Ringkasan Trip Tarikh: 25 dan 26 April 2026 (2 hari 1 malam) Perjalanan: Putrajaya, Ipoh, Alor Setar, Perlis, dan balik ikut jalan yang sama Rombongan: 3 generasi, Baby Boomers, Gen X dan Gen Z Bajet: sekitar RM1...

Panduan Harum Manis - Harga, Tips Pilih dan Fakta

Image
Mangga Harum Manis (dijana menggunakan AI). Assalamualaikum, Kak Mawar di sini. Dulu Kak Mawar ingat mangga Harum Manis sama sahaja dengan mangga lain. Selepas mengunjungi kebun Aunty Norlidah di Perlis pada April 2026, banyak yang Kak Mawar baru tahu. Post ini merangkumi harga, tips memilih dan fakta ringkas tentang Harum Manis. Nak baca kisah trip penuh (homestay, makan, tempat menarik)? Ada di sini: Trip Mangga Harum Manis Perlis . Kenapa Harum Manis Istimewa? Harum Manis paling terkenal datang dari Perlis . Masa di kebun, Aunty Norlidah "berbisik" bahawa buah ini dipercayai kacukan dengan kuini . Kalau betul, itu mungkin sebabnya rasanya lain daripada mangga biasa. Kak Mawar tak dapat mengesahkan perkara ini, jadi anggap sebagai cerita tuan kebun. Rasa: ada kick masam manis dan sedikit lemak yang seimbang. Tak manis melampau sampai termuak. Tekstur: isi pejal, tak lembik macam sesetengah mangga lain. Senang dimakan: senang dipotong kerana is...

Nota Kecil - Pemenang Dunia Akhirat dengan Surah Al-Baqarah

Image
"Mentadak Mentadu: Simbol ketelitian dan kepatuhan pada fitrah ciptaan-Nya." Assalamualaikum buat para pembaca dan teristimewa buat tiga permata hati Mama yang dikasihi...  Inas, Syasya, dan Anas. Dalam kembara hidup Mama yang panjang, Mama belajar bahawa setiap perjalanan memerlukan "peta" dan "perisai". Hari ini, Mama ingin menitipkan sebuah nota kecil, satu rahsia kekuatan yang Mama temui dalam Al-Quran. Jika suatu hari nanti anak-anak mama mencari kekuatan saat jiwa terasa lelah, carilah kekuatan itu dalam Surah Al-Baqarah . "Bila hati lapang untuk Islam, dunia yang luas ini akan terasa lebih damai dan tenang." 1. Kenapa Surah Al-Baqarah? (Kekuatan Seorang Khalifah) Surah ini adalah surah terpanjang dalam Al-Quran (286 ayat) dan merupakan surah yang diturunkan di Madinah dan selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ...

Saat Allah Melapangkan Hati, Segalanya Jadi Mudah

Image
Buat anak-anak Mama yang sentiasa dalam doa...  Inas, Syasya dan Anas. Mama sambung lagi coretan ini. Jika dalam entri lepas, kita belajar tentang Rahmat , kali ini Mama nak bisikkan tentang "Kelapangan Hati" . Mama belajar sesuatu yang sangat mahal dari Surah Ash-Sharh (Alam Nashrah). 1. Ilmu adalah Harta Yang Paling Mahal Anak-anak kesayangan Mama, ramai orang hari ini kepenatan mengejar harta sehinggakan tidak berkesempatan untuk menimba ilmu. Anak-anak tahu yang para sahabat Nabi SAW dulu-dulu, sanggup menjual harta demi setitis ilmu? Kenapa? Kerana hidup tanpa ilmu, kita akan tersesat seperti dua golongan yang kita baca berulang-ulang kali setiap hari terutama dalam solat iaitu surah Al-Fatihah: Golongan yang Dimurkai: Ada ilmu (ada kitab), tapi tak mahu ikut/amal. Golongan yang Sesat: Beramal tapi tanpa ilmu (ikut-ikut sahaja). Peringatan buat kita -  Jangan sampai kita rajin membaca Al-Quran,...

Mengapa Rahmah Lebih Mahal Daripada Rezeki?

Image
Anak-anak kesayangan Mama... Inas, Syasya, dan Anas. Ini adalah sambungan daripada apa yang Mama pelajari tentang Surah Yunus dari entri Mencari Syifa' dan Syurga dalam Ujian . Mama mahu anak-anak mama faham satu rahsia besar tentang kehidupan: "Kenapa ada orang yang diuji dengan kesakitan dan kesempitan, tapi mereka tetap tenang?" 1. Kesakitan - Pembersih Dosa Menuju Syurga Kadang-kadang kita rasa pelik, kenapa orang baik selalu sakit? Nabi SAW mendidik sahabat untuk faham bahawa penyakit adalah penghapus dosa. Sakit yang diredhai (sanggup hadap, tiada rungutan) boleh membawa kita ke Syurga. Sihat yang disalahguna pula boleh mengheret kita ke Neraka. Nikmat terbesar bukanlah sekadar badan yang kuat, tapi nikmat "Tidak Berbuat Dosa" itu yang terbaik. Hikmah apabila kita sakit dan sabar, Allah Taala telah "mengunci" kita daripada melakukan maksiat. Itulah rahmat dalam ujian. 2. R...

Mencari Syifa’ dan Syurga dalam Ujian

Image
Assalamulaikum anak-anak Mama sayang...  Inas, Syasya, dan Anas. Mama tulis coretan ini bukan sekadar untuk memenuhi ruang blog Canonrider , tapi sebagai kompas untuk anak-anak mama saat dunia terasa menghimpit. Kita semua tahu, perjalanan hidup kita bukan lebuh raya yang rata. Ada lubang trauma, ada bukit kewangan yang tinggi untuk didaki dan ada rintangan kesihatan yang perlu kita lalui. Tapi, Mama mahu anak-anak kesayangan mama, Inas, Syasya dan Anas pegang dua kunci utama yang Mama pelajari hari ini dari kelas Tadabbur Ghulam Al-Dakwah, Rawatan Hati Melalui Surah Ash-Sharh (94) oleh ustaz Abdul Muein Abd. Rahman bertarikh 12 Mac 2023   1. Al-Quran: Bukan Sekadar Bacaan, Tapi Penawar (Syifa’) Dalam Surah Yunus, ayat 57-58, Allah menurunkan manual kehidupan yang sangat indah. Allah Taala menyebut Al-Quran itu ada 4 fungsi besar:  Mau’izah (Nasihat): Teman saat kita hilang arah. Syifa’ (Penawar):  Ini paling penting untuk kita. Ia adalah ubat bagi "penyaki...

From Lincoln to Putrajaya | The Postcard That Crossed 163 Years

Image
Hello, friends and fellow history wanderers! Welcome back to another episode of "What did the postman bring today?" For most people, checking the mailbox is a mundane chore. You walk out to the gate, open the metal box, and usually find disappointment. Maybe it is a bill you forgot to pay. Maybe it is a flyer for a pizza promotion or a brochure for a loan shark. It is rarely exciting. But for me, the mailbox is a portal. It is a gateway to the rest of the world. I have a daily ritual. Every evening, I check my postbox with a little bit of hope. And on December 5th, 2025 , that hope turned into pure joy. It was a "Jackpot Day." Not one, not two, but four postcards  arrived at the same time! Two came all the way from Germany, one from the sunny state of California, and one very special card arrived from Bay City, Michigan, USA . While all of them were beautiful, the one from Michigan stopped me in my tracks. It wasn't just a pretty picture of a sunset or a cat. It...