Sepagi di Beacon Hospital | Check-up dan Kolesterol
Baca Dahulu Cerita ini ditulis pada 10 Mac 2018. Maklumat kesihatan di dalamnya telah disemak semula dengan rujukan WHO dan KKM, tetapi ia maklumat am dan bukan nasihat perubatan. Pagi 10 Mac 2018, kita jejak kaki ke Beacon Hospital di Petaling Jaya, atau nama penuhnya Beacon International Specialist Centre . Kali pertama kita ke sana. Bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk menemani seorang kawan yang mahu menjalani saringan kesihatan tahunan. Dalam hati, kita memang kagum dengan kawan kita ini. Setiap tahun dia sanggup meluangkan masa untuk pemeriksaan penuh. Kalau ada apa-apa masalah, boleh dikesan awal. Betullah kata orang, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Hospital yang Rasa Macam Hotel Sampai sahaja di dalam, kita terdiam sekejap. Gahnya! Rasa macam masuk hotel pula. Maklumlah, selama ini kita hanya kenal hospital dan klinik kerajaan, dan perkhidmatan di situ pun baik, tak ada apa yang nak dikomplen. Jadi bila melangkah masuk ke sini, kita termangu-man...