Posts

Showing posts from February 13, 2018
P F T @

Bhgn. 4 | Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Image
Baca Dahulu Catatan ini ditulis selepas perjalanan Januari 2018. Harga, waktu operasi dan keadaan tempat mungkin sudah berubah, jadi semak maklumat terkini sebelum bertolak. Hai, uols... Masa kita tulis blog ni, kebetulan pula Hari Meraikan Kekasih. Kepada semua pembaca dan pengikut Canon Rider yang ada isteri atau suami tercinta, di kesempatan ni kita nak ucapkan Selamat Meraikan Cinta. Semoga cinta uols berdua kekal subur berbaja sampai ke syurga. Tahniah untuk uols, tau. Orait, kali ni kita sambung cerita seterusnya selepas Misi Mencari Batu Keramat berjaya. Sebenarnya, ada juga pembaca blog Canon Rider yang mesej kita, bagitahu artikel kita ni best. Ada juga yang menyindir, kata boleh buat ‘drama swasta’ sebab banyak sangat bahagiannya, hik3... eh, apa salahnya, kalau ada penerbit yang nak tawarkan, kan. Apa-apa pun, itulah, kalau nak berjaya, macam-macam benda kita kena hadap. Orang sindir, orang perli, itu lumrah. Kita ambil yang positif je. Ada ramai lagi pembaca yan...