Posts

Showing posts from 2012
P F T @

Pertama Kali ke Makassar | Sulawesi Selatan, Indonesia

Image
31 Oktober hingga 5 November 2012 | Makassar, Sulawesi Selatan Baca Dahulu Ini catatan perjalanan Oktober 2012. Harga, jarak dan keadaan tempat mungkin sudah berubah, jadi semak maklumat terkini sebelum berangkat. Impian yang Diam-diam Disimpan Tana Toraja. Nama yang tak asing bagi sesiapa yang gemar menonton dokumentari. Seingat kita, pada tahun 2012 rancangan Dunia Tersembunyi di TV3 pernah mengupas tentang Toraja, dan akhbar arus perdana seperti Harian Metro dan Utusan Malaysia pun ada bercerita tentangnya. Dalam diam, kita pun menyimpan impian untuk memijak tanah Toraja suatu hari nanti. Tak sangka, kebetulan kita terlibat dalam Pasukan Mendayung Perahu Naga, dan pasukan itulah yang akhirnya membawa kita terbang ke sana. Bertuahnya nasib badan. Impian itu tercapai juga. Walaupun pada saat-saat akhir kita terpaksa menarik diri daripada pasukan mendayung, kita tak mahu peluang ini terlepas. Kita gunakan sepenuhnya untuk menjelajah Makassar, Makale dan Toraja se...