P F T @

Bhgn. 4 | Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Baca Dahulu

Catatan ini ditulis selepas perjalanan Januari 2018. Harga, waktu operasi dan keadaan tempat mungkin sudah berubah, jadi semak maklumat terkini sebelum bertolak.

Hai, uols...

Masa kita tulis blog ni, kebetulan pula Hari Meraikan Kekasih. Kepada semua pembaca dan pengikut Canon Rider yang ada isteri atau suami tercinta, di kesempatan ni kita nak ucapkan Selamat Meraikan Cinta. Semoga cinta uols berdua kekal subur berbaja sampai ke syurga. Tahniah untuk uols, tau.

Orait, kali ni kita sambung cerita seterusnya selepas Misi Mencari Batu Keramat berjaya. Sebenarnya, ada juga pembaca blog Canon Rider yang mesej kita, bagitahu artikel kita ni best. Ada juga yang menyindir, kata boleh buat ‘drama swasta’ sebab banyak sangat bahagiannya, hik3... eh, apa salahnya, kalau ada penerbit yang nak tawarkan, kan.

Apa-apa pun, itulah, kalau nak berjaya, macam-macam benda kita kena hadap. Orang sindir, orang perli, itu lumrah. Kita ambil yang positif je. Ada ramai lagi pembaca yang menyokong dan sudi memberi komen yang membina dan best-best.

Bak kata orang, bila kita berada di tempat yang tinggi, memang ramai yang nak menjatuhkan kita. Tak apa, Allah kan ada, apa nak susah. Ok, jom kita teruskan.

Bagi yang belum membaca episod sebelumnya, boleh klik Bhgn 3 | Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar).

Gambar pembuka Bhgn 4 jejalan tiga negara Laos, Thailand dan Myanmar

Bhgn 4 | Bye-bye Luang Namtha

Hari 4 | 28 Januari 2018

Semasa dalam perjalanan pulang ke Zuela Guesthouse dari Boten, kita perasan papan tanda 6 km ke Nam Dee Waterfall. Memang mandi-manda di air terjun tu ada dalam itinerary kita, selain ke Bandar Bersejarah Muang Sing yang terletak di barat laut Luang Namtha.

Muang Sing ialah bandar lama yang berhampiran sempadan China dan Myanmar. Tapi kita terpaksa batalkan sebab badan dah terasa penat, apalagi nak meredah jalan berliku-liku selama dua jam. Lama tu, kot...

Baik kita simpan tenaga untuk ‘amazing race’ esok ke Mae Sai, bandar paling utara Thailand yang bersempadan dengan Myanmar. Nak tahu ceritanya, tunggu episod seterusnya.

Air Terjun Nam Dee

Air terjun ni terletak kira-kira 6 km dari pusat bandar Luang Namtha, di kampung etnik Lanten, Ban Nam Dee. Nam Dee bermaksud ‘Good Water’, iaitu air yang baik. Semasa dalam perjalanan ke sana, kita nampak beberapa orang ibu berpakaian tradisi dok membuat kertas daripada buluh. Klasik.

Kedai kraf, rumah suku Lanten dan kaunter tiket di pintu masuk Air Terjun Nam Dee
Dari kiri: kedai kraf, rumah suku Lanten dan kaunter tiket
Denai hutan menuju Air Terjun Nam Dee yang sesuai untuk trekking ringan
Sesuai sangat untuk yang nak cabaran jungle trekking
Papan maklumat bayaran masuk ke kawasan Air Terjun Nam Dee
Bayaran masuk
Rumah kayu tradisional suku Lanten di Ban Nam Dee, Laos
Rumah orang Lanten, Laos
Permulaan laluan berjalan kaki menuju air terjun sambil membaca bismillah
Bismillah...
Besi dan binaan berkarat menunjukkan kawasan air terjun kurang diselenggara
Nampak sangat dah lama tempat ni tak diselenggara. Besi pun dah berkarat
Buaian kayu di kawasan rehat berhampiran Air Terjun Nam Dee
Swings! Buai ke?
Sudut kawasan air terjun yang suram dan sunyi sehingga terasa agak seram
Tempat ni macam suram sikit. Rasa seram pun ye
Pokok-pokok mati di persekitaran Air Terjun Nam Dee
Banyak pokok mati
Tanah kering dan berdebu yang tidak seperti kawasan air terjun
Kering dan berdebu. Tak macam tempat air terjun pun
Satu lagi buaian di tepi laluan menuju air terjun
Swings lagi?
Aliran air yang nipis di Air Terjun Nam Dee pada penghujung Januari
Banyak tu je airnya. Alahai... memang tak berbaloi.
Buaian kayu ringkas di Nam Dee, tempat kita berhenti rehat sebentar
Betullah, swings tu buai. Alahai, kalau bayar mahal-mahal untuk main buai.. aishh, memang tak berbaloi, der!!! hik3
Peralatan memasak tradisional di dalam rumah suku Lanten
Antara perkakasan memasak yang ada dalam rumah orang Lanten

Selesai di sini, jomlah kita balik. Kalau masa datang tadi dah sakit punggung dilambung-lambung dek jalan yang berbatu sungai ni, nak balik pun sama. Sekali lagi, punggung kita sakit tau... huhuhu.

Dua pelancong Jepun membeli barang kraf daripada penduduk kampung
Dua orang pelancong Jepun ni, beli barang kraf dari orang kampung
Proses membuat kertas daripada buluh secara tradisional di Ban Nam Dee
Pembuatan kertas dari buluh
Papan tanda Modern Health Village yang mungkin sebuah klinik kampung
Modern Health Village, mungkin itu klinik kot
Deretan rumah penduduk kampung di Ban Nam Dee
Rumah orang kampung di Ban Nam Dee

Meronda Bandar Luang Namtha

Petang tu tak tahu nak buat apa, jadi kita decide nak meronda-ronda bandar Luang Namtha sambil mengintai kedai makanan halal (belum putus asa dengan Luang Namtha, hik3).

Luang Namtha ialah bandar utama di barat laut Laos dan tempat singgah sebelum ke sempadan China. Nam Tha pula nama sungai yang mengalir di kawasan ni.

Kerusi kayu bersaiz besar di tepi jalan bandar Luang Namtha
Besar tak kerusi kita ni
Pemandangan comel yang kita temui ketika meronda bandar Luang Namtha
Cutenya...
Sebuah rumah besar di bandar Luang Namtha
Besarnya rumah dia

Di sini, ada banyak suku kaum bukit, antaranya Khmu, Akha, Hmong, Yao dan Lanten. Wilayah ni juga ada kawasan yang dilindungi daripada dicerobohi, seperti Kawasan Perlindungan Kebangsaan Nam Ha.

Kedai lori dan motosikal di tepi jalan utama Luang Namtha
Kedai lori dan motosikal
Kedai yang menjual baju bundle di Luang Namtha
Baju bundle
Papan tanda Lebuhraya R3 yang menghubungkan Chiang Rai di Thailand dengan Kunming di China
Lebuhraya R3, Chiang Rai (Thailand) ke Kunming (China)
Bangunan berpagar besi grill, gaya yang biasa dilihat di Luang Namtha
Macam biasa, mereka suka grill-grill je
Bangunan Lapangan Terbang Luang Namtha (LXG) untuk penerbangan ke Vientiane
Lapangan Terbang Luang Namtha (LXG), untuk penerbangan pergi balik ke Vientiane
Sudut kecil nan comel di bandar Luang Namtha
Lahai, kiutnya
Iklan Beer Lao pada baju, beg dan papan tanda di sekitar bandar
Beer Lao ni ada je kat mana-mana. Baju, beg dan di papan tanda lagi
Sebuah farmasi di bandar Luang Namtha
Farmasi
Penduduk melakukan aktiviti petang di tepi jalan Luang Namtha
Aktiviti petang
Bangunan hospital di bandar Luang Namtha
Hospital
Sebuah motosikal kecil yang comel diletakkan di tepi jalan
Moto ni.. hik3, comel
Mesin ATM Lao Development Bank di Luang Namtha
Mesin ATM, Lao Development Bank
Suasana jalan bandar Luang Namtha pada waktu petang
Langit senja berwarna jingga di atas bandar Luang Namtha
Senja di Luang Namtha

Makan Malam di Zuela Guesthouse

Apabila menjelang malam, perut kita dah macam tak boleh bertahan lagi. Kesian dia, kelaparan kot. Mana ada makan lagi selepas sarapan pagi tadi.

Confirm! Hasil meronda petang tadi, kita tak jumpa satu pun kedai makanan halal di Luang Namtha. Nasi Goreng Brahim tu memang kita bawa dari Malaysia, tapi bila dah sampai sini, rasa tak lalu pula nak telan. Mungkin faktor cuaca dan suasana, kot.

Then, nak tak nak, terpaksalah kita pejam mata dan order makan malam di Zuela Guesthouse ni. Kita pesan makanan berasaskan sayur je. Kita berani order sebab perasan ada banyak produk seperti kicap, lada sulah dan sos yang bercop halal Thailand.

Soal Halal

Ini pilihan kita pada masa itu dan bukan panduan untuk sesiapa. Kalau ragu-ragu, rujuk ustaz atau pihak berkuasa agama.

Tomyam sayur berisi betik, pisang, tomato dan timun di Zuela Guesthouse
Tomyam sayur tapi isinya ada betik, pisang, tomato dan timun. Lahai... terbantut selera kita
Vietnamese spring rolls yang dipesan sebagai makan malam
Vietnamese Spring Rolls
Pemandangan dari beranda menuju laluan bilik di Zuela Guesthouse
Pemandangan dari beranda untuk ke laluan bilik kita
Suasana santai di Zuela Guesthouse yang disukai penulis
Sebenarnya, dari lubuk hati kecil ni, kita suka berada di sini. Best tau!!!

Kesimpulannya, sehari di Luang Namtha buat kita mati kutu. Kita tak tahu nak buat apa, tak jumpa tempat yang betul-betul berkenan di hati, ditambah pula tiada makanan halal yang kita jumpa. Nasib baik suasana di Zuela ni best.

Kenal-kenal Luang Namtha Sebelum Kita Chow

Sebelum tutup episod ni, kita nak kongsi sikit cerita di sebalik bandar yang kita kata sunyi tadi. Yalah, dah sehari suntuk meronda, takkan nak balik tanpa tahu apa yang tersimpan di sebalik jalan-jalan lengang tu, kan. Rupa-rupanya, Luang Namtha ni lebih berlapis daripada apa yang mata kita nampak petang tu.

Bingkisan Sejarah

Luang Namtha ialah ibu wilayah bagi wilayah Luang Namtha di barat laut Laos, wilayah yang berjiran dengan China dan Myanmar. ‘Nam’ dalam bahasa Lao bermaksud air atau sungai, dan Nam Tha ialah nama sungai yang mengalir di kawasan ni.

Sejak dulu lagi, pergunungan di sini didiami pelbagai suku etnik. Menurut maklumat pengurusan Kawasan Perlindungan Kebangsaan Nam Ha, lebih 20 kumpulan etnik tinggal di dalam dan sekitar kawasan tu. Bayangkan, dalam satu hamparan hutan rimba dan gunung-ganang, ada lebih dua puluh cara hidup, pakaian dan bahasa yang berbeza-beza. Patutlah Ban Nam Dee yang kita jejak tadi terasa macam kat dunia lain je.

Jika kita menoleh lebih jauh ke belakang, Muang Sing yang terpaksa kita langkau tu dikenali sebagai pekan orang Tai Lue, sebelum Perancis menguasainya pada penghujung abad ke-19 ketika Laos menjadi sebahagian daripada Indochina Perancis. Laos kemudian merdeka pada 1953 dan Republik Demokratik Rakyat Lao diisytiharkan pada 1975. Kisahnya panjang dan kita cuma "lalu" sehari je. Hik3.

Ekonomi dan Cara Hidup

Kalau kita tanya orang kampung macam mana mereka mencari rezeki, jawapannya kebanyakan berkisar pada tanah. Mereka menanam padi dan hasil kebun, malah di utara Laos ada juga tanaman komersial seperti getah dan pisang, antaranya dengan pelaburan dari China.

Selain itu, kraf tangan seperti tenunan dan kertas buluh yang kita tengok di Ban Nam Dee tadi turut jadi sumber pendapatan tambahan. Mata wang yang kita guna sepanjang jejalan ni ialah kip, sebab tu harga tiket air terjun pun nampak berpuluh-puluh ribu kip.

Kedudukan Luang Namtha yang dekat dengan sempadan China di Boten, tempat kita singgah dalam episod lepas, menjadikannya laluan perdagangan yang penting. Pada Disember 2021, Kereta Api Laos-China dibuka dan landasannya merentasi utara Laos sehingga ke Boten, jadi keadaan hari ini tentu berbeza daripada apa yang kita lalui pada 2018.

Satu lagi nadi ekonomi yang makin penting ialah ekopelancongan. Menurut laman Nam Ha NPA, pengembara mula berdatangan pada 1990-an dengan pemandu tempatan yang belum terlatih, dan itu memberi kesan kurang baik kepada cara hidup kampung.

Kini, aktiviti trek dan homestay dianjurkan bersama pemandu dan penduduk kampung, dan tiket seperti yang kita bayar di Nam Dee dikatakan turut menyokong komuniti setempat.

Tempat Menarik dan Aktiviti

Kalau ada rezeki untuk balik ke sini, inilah senarai yang kita simpan dalam poket:

  • Kawasan Perlindungan Kebangsaan Nam Ha, seluas kira-kira 2,224 kilometer persegi dan diiktiraf sebagai ASEAN Heritage Park. Sesuai untuk trekking, berkayak di Sungai Nam Ha dan bermalam di kem hutan atau homestay kampung, bersama pemandu pelancong.
  • Ban Nam Dee dan air terjun, seperti yang kita ceritakan tadi. Boleh tengok proses membuat kertas buluh, tenunan dan pewarnaan, serta beli kraf terus daripada penduduk.
  • Muang Sing, kira-kira dua jam perjalanan ke utara. Bandar di dataran tinggi ni ada lebih kurang 20 kuil, antaranya Wat Chiang Jai, selain stupa That Xieng Tueng dan Air Terjun Nam Keo.
  • Air Terjun Pha Yueng di tepi jalan antara Muang Sing dan Luang Namtha. Laluan jalan kakinya dikatakan mudah, sekitar 20 hingga 30 minit.
  • Muzium Luang Namtha, yang menyimpan artifak buatan pelbagai komuniti etnik. Ia dilaporkan dibuka pada hari bekerja, jadi semak waktu terkini sebelum pergi.

Satu catatan kecil. Menurut Tourism Laos, paras air yang rendah antara Disember hingga Jun boleh menyukarkan sesetengah laluan sungai. Entah-entah, itulah sebabnya air Nam Dee nampak nipis je masa kita pergi hujung Januari. Mungkin kalau datang pada waktu lain, ceritanya lain.

Jadi, bila kita tulis “tak ada apa yang best” tadi, sebenarnya itu cerita satu petang dengan badan yang letih dan perut yang lapar. Luang Namtha mungkin tak gempak, tapi dia macam kawan pendiam yang baru kita kenal. Jadi kita perlukan masa dan sedikit kesabaran untuk nampak kebaikannya dan kelebihannya.

Kos Sepetang di Luang Namtha

Orait, macam biasa, jom kita kira berapa kos yang dihabiskan untuk sepetang di Luang Namtha kali ni (harga pada Januari 2018).

  • Tiket masuk ke Nam Dee Waterfall: 22,000 kip
  • Makan malam di Zuela Guesthouse: 70,000 kip

Renung Sejenak

Tempat yang sunyi pun menyimpan cerita, jika kita sudi duduk seketika dan mendengar getarannya.

Yeah, dah selesai. Chow dulu ye, sehingga kita berjumpa lagi di episod seterusnya. Boleh klik Bhgn 5 | Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). See ya.

Rujukan: Tourism Laos, Luang Namtha Province, Nam Ha NPA dan We Are Lao. Semak maklumat terkini sebelum merancang perjalanan.

Comments