Posts

Showing posts from January, 2026
P F T @

Petua Kulit Cantik dari Dalam | Orang Dulu vs Sains

Image
Pernah tak kita perasan, nenek-nenek di kampung kulitnya licin dan halus, walaupun seumur hidup- mereka langsung tak pernah kenal serum atau pun krim berjenama? Dan kita pasti tertanya-tanya, apakah rahsianya. Haa..jawapan yang selalu kita dengar, “Orang dulu-dulu memang pandai jaga diri secara dalaman.” Betul ke? Sebahagiannya memang betul. Sebahagian lagi perlu kita semak semula dengan hati-hati. Jom kita duduk santai-santai, kita bincangkan satu-persatu. Renung Sejenak Petua orang lama-lama memang banyak hikmahnya, tetapi cantik yang paling tahan lama adalah cantik yang dijaga dengan ilmu dan disirami dengan hati yang tenang dan lapang. Kenapa Petua Orang Lama-lama Masih Kita Ingati Orang dulu-dulu tak ada makmal, tetapi mereka ada pemerhatian yang memakan tahun. Kalau sesuatu nampak berkesan dan tak menyakitkan, ia meniti dari mulut ke mulut. Masalahnya, kadang-kadang yang meniti itu hanya separuh cerita sahaja. Ada yang selamat, ada yang kosong sahaja dan ada ...