Posts

P F T @

Di Sebalik Perang Air | Makna, Sejarah dan Tradisi Sebenar Songkran

Image
Suasana Songkran tradisional (dijana menggunakan AI). Assalamualaikum, Kak Mawar di sini. Dulu Kak Mawar ingat Songkran ni cuma festival budak-budak muda yang adrenaline rush main pistol air kat jalanan di Patong Beach, Hatyai, Bangkok, Chiang Mai atau di mana-mana sahaja di Thailand. I mean, it looks super fun and happening, a massive water war party, right? Dengan muzik dance yang kuat dan lautan manusia yang basah lencun dari pagi sampai ke malam. Tapi rupanya, bila Kak Mawar gali lebih dalam, festival ni bukan calang-calang pesta. Ia adalah perayaan yang memegang makna yang sangat deep , syahdu dan spiritual bagi penganut agama Buddha. It's about a spiritual rebirth, a fresh start and shedding the old year's burdens, guys! Info Negara Gajah Putih Sebelum kita melompat terus ke dalam kolam air Songkran, jom kita kenal sikit dengan ‘tuan rumah’ kita, Thailand. Sebuah negara yang kaya dengan budaya dan sejarah yang mendalam. Thailand ni bukan negara kecil-k...

Trip Mangga Harum Manis Perlis | Kebun, Homestay dan Bajet RM175

Image
Ladang Kenaf, Chuping (dijana menggunakan AI). Assalamualaikum, Kak Mawar di sini. Siapa sangka, berawal dari sembang-sembang semasa Umrah Ramadhan Andalusia 2024 tentang mangga Harum Manis, Aunty Norlidah mempelawa rakan-rakan jemaah datang ke kebunnya di Perlis. Harga di kebun lebih murah daripada beli di tepi jalan, dan boleh masuk kebun pula. Siapa yang tak mahu, kan! Akhirnya pada April 2026, janji tahun 2024 itu tertunai. Asalnya Kak Mawar nak naik ETS, tapi tiket pergi balik dekat RM300, belum campur Grab ke sana sini dan mengangkut mangga dalam tren. Jadi kami putuskan drive sahaja, dan boleh kongsi kos sekali. Nak tahu harga mangga, tips pilih dan fakta Harum Manis? Baca di sini: Panduan Harum Manis: Harga, Tips Pilih dan Fakta . Ringkasan Trip Tarikh: 25 dan 26 April 2026 (2 hari 1 malam) Perjalanan: Putrajaya, Ipoh, Alor Setar, Perlis, dan balik ikut jalan yang sama Rombongan: 3 generasi, Baby Boomers, Gen X dan Gen Z Bajet: sekitar RM175 seor...

Panduan Harum Manis | Harga, Tips Pilih dan Fakta

Image
Mangga Harum Manis (dijana menggunakan AI). Assalamualaikum, Kak Mawar di sini. Dulu Kak Mawar ingat mangga Harum Manis sama sahaja dengan mangga lain. Selepas mengunjungi kebun Aunty Norlidah di Perlis pada April 2026, banyak yang Kak Mawar baru tahu. Post ini merangkumi harga, tips memilih dan fakta ringkas tentang Harum Manis. Nak baca kisah trip penuh (homestay, makan, tempat menarik)? Ada di sini: Trip Mangga Harum Manis Perlis . Kenapa Harum Manis Istimewa? Harum Manis paling terkenal datang dari Perlis. Masa di kebun, Aunty Norlidah ‘berbisik’ bahawa buah ini dipercayai kacukan dengan kuini. Kalau betul, itu mungkin sebabnya rasanya lain daripada mangga biasa. Kak Mawar tak dapat mengesahkan perkara ini, jadi anggap sebagai cerita tuan kebun. Rasa: ada kick masam manis dan sedikit lemak yang seimbang. Tak manis melampau sampai termuak. Tekstur: isi pejal, tak lembik macam sesetengah mangga lain. Senang dimakan: senang dipotong kerana isinya tak lembik ...

Nota Kecil Mama | Tadabbur Surah Al-Baqarah untuk Anak-Anak

Image
Mentadak Mentadu: simbol ketelitian dan kepatuhan pada fitrah ciptaan-Nya. Assalamualaikum buat para pembaca dan teristimewa buat tiga permata hati Mama yang dikasihi... Dalam kembara hidup Mama yang panjang, Mama belajar bahawa setiap perjalanan memerlukan ‘peta’ dan ‘perisai’. Hari ini, Mama ingin menitipkan sebuah nota kecil, satu rahsia kekuatan yang Mama temui dalam Al-Quran. Jika suatu hari nanti anak-anak Mama mencari kekuatan saat jiwa terasa lelah, carilah kekuatan itu dalam Surah Al-Baqarah. Bila hati lapang untuk Islam, dunia yang luas ini akan terasa lebih damai dan tenang. 1. Kenapa Surah Al-Baqarah? (Kekuatan Seorang Khalifah) Surah ini adalah surah terpanjang dalam Al-Quran (286 ayat) dan merupakan surah yang diturunkan di Madinah selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ia menjadi asas kepada pembentukan umat. Apa maknanya bagi kita? Surah ini mengajar tentang peranan kita yang paling besar, iaitu kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. ...

Saat Allah Melapangkan Hati, Segalanya Jadi Mudah | Tadabbur Surah Ash-Sharh

Image
Buat anak-anak Mama yang sentiasa dalam doa... Mama sambung lagi coretan ini. Jika dalam entri lepas, kita belajar tentang Rahmat , kali ini Mama nak bisikkan tentang ‘Kelapangan Hati’. Mama belajar sesuatu yang sangat mahal dari Surah Ash-Sharh (Alam Nashrah) . 1. Ilmu adalah Harta Yang Paling Mahal Anak-anak kesayangan Mama, ramai orang hari ini kepenatan mengejar harta sehinggakan tidak berkesempatan untuk menimba ilmu. Anak-anak tahu yang para sahabat Nabi SAW dulu-dulu, sanggup menjual harta demi setitis ilmu? Kenapa? Kerana hidup tanpa ilmu, kita akan tersesat seperti dua golongan yang kita baca berulang-ulang kali setiap hari terutama dalam solat iaitu surah Al-Fatihah: Golongan yang Dimurkai: ada ilmu (ada kitab), tapi tak mahu ikut atau amal. Golongan yang Sesat: beramal tapi tanpa ilmu (ikut-ikut sahaja). Peringatan buat kita: jangan sampai kita rajin membaca Al-Quran, tapi kita tidak tahu isi-isinya. Orang yang terbaik adalah orang yang berilmu dan ...

Mengapa Rahmat Lebih Mahal Daripada Rezeki? Tadabbur Surah Yunus dan Al-Kahfi

Image
Anak-anak kesayangan Mama... Ini adalah sambungan daripada apa yang Mama pelajari tentang Surah Yunus dari entri Mencari Syifa’ dan Syurga dalam Ujian . Mama mahu anak-anak Mama faham satu rahsia besar tentang kehidupan: ‘Kenapa ada orang yang diuji dengan kesakitan dan kesempitan, tapi mereka tetap tenang?’ 1. Kesakitan | Pembersih Dosa Menuju Syurga Kadang-kadang kita rasa pelik, kenapa orang baik selalu sakit? Nabi SAW mendidik sahabat untuk faham bahawa penyakit adalah penghapus dosa. Sakit yang diredhai (sanggup hadap, tiada rungutan) boleh membawa kita ke Syurga. Sihat yang disalahguna pula boleh mengheret kita ke Neraka. Nikmat terbesar bukanlah sekadar badan yang kuat, tapi nikmat ‘Tidak Berbuat Dosa’ itu yang terbaik. Hikmah apabila kita sakit dan sabar, Allah Taala telah ‘mengunci’ kita daripada melakukan maksiat. Itulah rahmat dalam ujian. 2. Rahmat vs Rezeki | Mana Lebih Mahal? Kita sentiasa mengejar rezeki (duit, harta, pangkat), sehingga kita ter...