P F T @

10 Tips Jalan-Jalan ke Negara Asing yang Mudah dan Selamat

Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel How Tourists Should Behave While Travelling Foreign Countries? oleh Shashwat Dubey, Quora Psychology And Human Behaviors with Lalit Mohan | 2 Ogos 2024

Nak jalan-jalan ke luar negara? Ini 10 tips ringkas daripada seorang pengembara di Quora, daripada soal keselamatan sehinggalah ke powerbank.

Gambar petikan pengembaraan untuk menjelajah dunia

Senarai Ringkas 10 Tips

  1. Perlahankan suara dan beri laluan
  2. Jangan overthink, jadi pengembara yang sopan
  3. Jangan mabuk dan rahsiakan tempat menginap
  4. Elakkan kawasan sunyi, terutamanya waktu malam
  5. Belajar sedikit bahasa tempatan
  6. Beg yang ringan dan kasut yang selesa
  7. Semak pelan data telefon dan kad kredit
  8. Bawa pengecas mudah alih (powerbank)
  9. Tempah penginapan awal dan baca ulasan
  10. Bawa peta subway

Tip 1: Perlahankan Suara

Perlahankan suara korang dan jangan sesekali menghalang laluan pejalan kaki.

Tip 2: Jangan Overthink

Don’t overthink. Jangan fikir yang bukan-bukan tentang tempat yang korang nak jelajahi ni. Jadilah seorang pengembara yang dihormati dan terbuka kepada pengalaman baru, dengan attitude yang sopan-santun, berbudi bahasa dan bertimbang rasa seperti mana korang berada di tanah air sendiri. Mudah je kan.

Tip 3: Jangan Mabuk dan Rahsiakan Tempat Menginap

Jangan mabuk-mabuk ye! Melainkan korang ada bersama-sama seseorang yang korang betul-betul percaya seratus peratus yang dia pun takkan mabuk.

Ingat!

Jangan sesekali memberitahu sesiapa di mana korang menginap.

Gambar petikan pengembaraan yang memberi inspirasi

Tip 4: Elakkan Kawasan Sunyi

Korang cuba elakkan kawasan sunyi, terutamanya pada waktu malam. Ini adalah perkara asas yang aku pasti korang dah terapkan dalam diri korang semasa korang di tanah air lagi.

Tetapi malangnya, ada juga perempuan yang melancong bersendirian yang memang jadi sasaran mudah untuk pemerdagangan manusia. Oleh itu, lindungi diri korang dua kali ganda dari kebiasaan apabila korang berada di wilayah yang tidak dikenali.

Tip 5: Belajar Sedikit Bahasa Tempatan

Jika korang melancong ke suatu tempat yang korang tidak reti bercakap bahasa itu, cuba pelajari sikit-sikit bahasa tempatan seperti perkataan ‘tolong’, ‘terima kasih’ dan ‘saya minta maaf’.

Gambar petikan tentang melancong bersama pasangan

Tip 6: Beg Ringan, Kasut Selesa

Beg korang tu kalau boleh biarlah ringan dan selesa! Korang mungkin akan berjalan lebih banyak dari biasa, jadi berbaloi jugaklah kalau korang sanggup melabur untuk membeli sepasang kasut yang bagus dan shopping stoking banyak-banyak.

Tip Pantas

Beg ringan, kasut selesa, dan powerbank. Tiga perkara yang paling berguna.

Gambar tentang persiapan melancong ke luar negara

Tip 7: Semak Data Telefon dan Kad Kredit

Jangan lupa untuk membuat semakan dengan syarikat telefon korang tentang kos data semasa melancong ke luar negara.

Selain itu, pastikan pemegang kad kredit korang tahu yang korang akan ke luar negara. Kan tak pasal-pasal akaun korang dibekukan kerana mereka fikir seseorang di negara lain telah mencuri maklumat akaun korang.

Tip 8: Bawa Powerbank

Jika korang merancang untuk banyak menggunakan telefon untuk bergambar, panduan arah atau googling fakta rawak tentang tempat yang dikunjungi, pastikan korang membeli pengecas mudah alih yang kecil (powerbank) kerana telefon korang akan mati pada satu ketika sebelum sempat dicas semula di hotel atau hostel. Aku beli 5 powerbank McDodo.

Gambar 10 sebab untuk melancong

Tip 9: Tempah Penginapan Awal dan Baca Ulasan

Jika tiada apa-apa lagi, pastikan korang dah siap-siap menempah hotel atau hostel dan tahu cara untuk ke sana dari lapangan terbang. Cara ini akan menjimatkan banyak perkara dan boleh mengelakkan banyak tekanan!

Hostel ialah pilihan yang menakjubkan di Eropah/Jepun dan 100% berbaloi untuk interaksi sosial. Di Amerika, tak payahlah, kebanyakan dari mereka berkelakuan tidak sopan dan keji.

Korang harus sentiasa membaca ulasan (review) dan perhatikan sebutan tentang pepijat (bugs), aduan tentang pembinaan (construction complaint) atau caj tambahan (extra charge). Jika korang melihatnya berulang-ulang kali, jangan ditempah tempat tu, ye.

Tip 10: Bawa Peta Subway

Dapatkan peta subway dan pastikan peta tu mudah untuk digunakan. Talian telefon korang berkemungkinan besar tidak berfungsi semasa dalam subway.

Ramai rakan perjalanan aku menyangka yang diorang ‘stay on track’, alih-alih aku juga yang tunjukkan arah apabila diorang kerap kali tersesat ke sana dan ke sini.

Dah itu sahaja 10 tips yang aku boleh kongsikan kat sini berdasarkan pengalaman perjalanan aku.

Selamat Melancong

Have a good travelling day!



Comments