P F T @

Tunisia Mengecewakan? Pengalaman 2 Hari di Tunis (2018)

Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel What are the most overrated travel destinations? oleh Kathleen Click, Quora | Jun 2018

Baca Dahulu

Ini pengalaman seorang pelancong pada Jun 2018, bukan gambaran seluruh Tunisia.

Apakah destinasi pelancongan yang terpaling dinilai tinggi?

Tunisia adalah negara yang tidak akan aku lawati lagi. Aku dah menghabiskan dua hari di Tunis, ibu negara Tunisia. Siapalah yang syorkan perjalanan ke sini?!

Cop... ini adalah artikel Jun 2018, bukannya yang terkini. Kak Mawar ada membuat sedikit bacaan tentang Tunisia, boleh rujuk pada laman web ini: 1 Week in Tunisia: Ultimate 1 Week Tunisia Itinerary dan Wikipedia tentang Tunisia. Tunisia bukan negara baru yang kaya dengan sejarah dan pernah dijajah beberapa kali. Keadaannya mungkin sudah banyak berubah sejak 2018. Orait, kita kembali kepada perkongsian dari Kathleen ni.

Bandar, Pengangkutan dan Lalu Lintas

Boleh dikatakan, di seluruh kawasan di Tunis ini agak mundur dan kotor. Di situlah, kilang, kampung dan juga bandar. Pengangkutan awam tidak begitu berfungsi di sini.

Gambar suasana bandar di Tunis

Selain itu, cuacanya panas, matahari bersinar terik, dan ada sikit-sikitlah pemandangan hijau-kehijauan.

Menunggu bas di tepi jalan adalah satu penyeksaan. Nasib baiklah, kitorang menyewa kereta, dan kitorang perasan yang perancangan jalan bandar di sini memang keterlaluan.

Gambar jalan dan lalu lintas di Tunis

Boleh dikatakan, seluruh kawasan bandar tu ada bulatan (round about) yang tidak terkira banyaknya. Kebanyakan pemandu dan pejalan kaki langsung tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Mereka meluru ke semua arah, dan kereta semua orang ada yang kemek, calar balar dan macam-macam.

Jika memandu di sini, korang boleh memandu tanpa adanya cermin depan, cermin sisi atau pun cermin tingkap, dan semestinya korang tidak boleh memandu tanpa menekan hon.

Peta Google juga tidak berfungsi di sini. Ia lambat untuk bertindak balas dan arahannya tidak jelas. Aku rasalah, peta Google ni pun keliru dengan bulatan yang tidak terkira banyaknya di sini.

Sidi Bou Said dan Carthage

Pekan biru dan putih Sidi Bou Said di Tunisia

Sidi Bou Said

Tarikan! Tidaklah semenarik yang dibayangkan. Indah khabar dari rupa. Pekan biru dan putih serupa dengan Santorini, dan Carthage serupa dengan tarikan di Athens.

Runtuhan purba Carthage dengan gerbang dan tiang batu di bawah langit biru

Runtuhan Carthage Purba

Tetapi rakan-rakan yang pernah ke sana tahu bahawa Sidi Bou Said masih jauh lebih rendah daripada Greece, sekurang-kurangnya dari segi persekitaran dan budaya.

Seluruh kawasan di sana, ada banyak lubang besar yang penuh dengan pelbagai lubang kecil.

Parkir dan Kereta Ditarik

Kitorang park kereta berhampiran tempat yang indah dan membayar bayaran parkir.

Selesai melawat, apabila kitorang kembali ke kereta, tau-tau kereta dah kena tarik, katanya kitorang park kat parkir haram. Jadinya, kitorang bukan ada pilihan pun, nak tak nak terpaksalah bayar denda dan mengambil kereta semula.

Gambar suasana semasa lawatan di Tunisia

Setiap kali kitorang park kereta kat kawasan parkir awam, pasti ada orang yang datang kutip bayaran parking kereta. Pelik jugak ni, sebab tak rasa pun diorang ni staf parking kereta. Aku rasalah, diorang ni hanya orang yang lalu-lalang yang mahu menipu duit tourist je.

Menukar Wang di Lapangan Terbang

Dah selesai percutian 2 hari di Tunis, akhirnya, kitorang nak pulang ke Eropah. Jadinya, kitorang nak tukarlah baki duit Dinar Tunisia (TND) kepada Euro di lapangan terbang, kerana peraturan di Tunisia telah menetapkan bahawa mata wang itu hanya boleh digunakan di negara mereka sahaja, dan akan dirampas apabila meninggalkan negara itu.

Walaupun peraturan tu mungkin tidak begitu ketat, dan walaupun kitorang berjaya membawa TND itu bersama-sama ke Eropah, pasti tidak akan ada tempat untuk menukarnya.

Maka kejadian malang itu berlaku lagi. Kitorang diberitahu yang kedai pertukaran wang hanya terima jika ada resit pembelian dari kedai asal. Lebih malang, kedai asal tu sudah pun ditutup. Jadi kitorang tanyalah kat semua kedai yang ada di lapangan terbang tu dan tiada satu kedai pun yang sudi tukarkan TND tu untuk kitorang.

Mujurlah, ada seorang pramugari itu berkata, yang dia mempunyai rakan sekerja yang boleh menukarnya untuk aku, tetapi rakannya tu hanya bersedia tukar dengan harga yang sangat rendah.

Aku mana ada pilihan selain menukarnya dengan rakan pramugari tu. Kitorang memang tidak ada banyak duit lagi dah, dah la tu rugi lebih kurang EUR100 (RM481.94).

Sebenarnya duit TND lagi mahal dari MYR, semasa artikel ini disalin semula. Kadar tukaran RM481.94 itu mengikut masa artikel ini ditulis semula.

Wang kertas Dinar Tunisia

Pengalaman Penulis tentang Orang dan Makanan

Kalau korang nak tau, peratusan kaum lelaki di sana, jika di kawasan awam di ibu negara, Tunis tu lebih kurang 80%.

Boleh dikatakan setiap lelaki di situ pasti akan merenung setiap perempuan yang lalu lalang dengan pandangan mata yang sangat jelik (lucah), dengan senyuman di wajahnya, dan sesekali menjerit-jerit beberapa perkataan kotor ke arah perempuan yang lalu tu.

Gambar suasana jalan dan orang ramai di Tunis

Rasa makanannya juga sederhana, dagingnya berbau kuat, dan hanya makanan laut je yang lebih enak. Kalau ada kelebihan pun, mungkin harga kat sana rendah dan cuacanya baik, itu sahaja.

Gambar penutup lawatan di Tunisia

Rumusan Penulis

Tetapi kelebihan sebegini pun ada kat negara lain, malah persekitaran keseluruhannya pasti lebih baik. Jadi, keseluruhan pengalaman percutian dua hari di Tunis, Tunisia tidaklah begitu baik, dan benar-benar tidak berbaloi untuk berkunjung ke sana.

Apa-apa pun ini pengalaman dia kat sana pada tahun 2018. Korang boleh layan YouTube ini, oleh Stef Hoffer, untuk mengenali Tunisia dengan lebih dekat.



Comments