Cerpen Kisah Si Bongsu | Aku Belajar Berbahagia
Aku Si Bongsu… kahwin awal. Umur 23 tahun. Di saat rakan-rakanku sibuk bergambar konvo, aku pula sibuk pilih langsir pelamin dan susun barang hantaran. Bukan kerana cinta agung macam dalam drama pukul tujuh malam tu. Bukan pula sebab cinta monyet😅. Dia adalah cinta pandang pertama aku. Oh ye, aku sarankan korang baca dulu kisah sebelumnya, Cerpen Kisah Si Bongsu | Genggam Aku Kuat-Kuat Ya, aku kahwin…sebab aku nak bebas. Bebas dari belenggu kokongan keluargaku. Bebas dari emosi yang lama terpenjara. Aku fikir dengan perkahwinan itu adalah tiket kemerdekaan jiwa. Aku sangka, dengan bernikah, aku akan tenang…akan selamat dari cengkaman mereka. Ilustrasi (dijana AI) Tetapi rupanya aku silap. Perkahwinan bukanlah ubat magik yang dapat menyembuhkan luka semalam. Luka lama yang tidak sembuh itu, turut ikut berpindah ke rumah yang baru aku pula. Suami aku... baik orangnya. Baik sungguh. Dia penyabar. Dia penyayang. Kalau aku merajuk tahap ribut taufan, dia tetap jadi pelindu...